Flowergirl

She is called flower girl. Because she has brought  to me 'beautiful flowers' in my life.
 

Walaupun tangan dan buah pemikiran ni taklah hebat seperti admin earimlagnes, tapi, takpelah, sekurang-kurangnya, semua ni datang dari hati yang masih merasa sangat terkesan sebentar tadi.


First and foremost, terima kasih sebab sudi membuat satu post khas tanpa bayaran dalam blog yang digemari ramai tu. Sebenarnya, saya agak risau, sebab nanti kalau ada orang Google nama, keluar blog earimlagnes tu. Tak pasal-pasal adminnya ambik populariti saya. Tapi takpelah, nanti kalau orang Google nama awak, blog saya la pulak yang famous ye, Cik Nur Amira binti Shuib. Entry birthday tu pun ade penuh kamu eh? Ala takpela.

Hey, nasib baik saya tak jadi Kassim Selamat tadi. Rasanya, dah hampir sama dengan Mirae time lepas exam Syafawi tempoh hari. Haha. Lebih kurang camtu kot. Tapi yang pasti lebih lama dan takde orang nak pujuk. Ingatkan nak tidur je ikut contoh hari tu, tapi tetiba ada mak sedare datang nak jumpa la konon, pastu terpaksa turun dengan mata membengkak tau. Anda wajib dipersalahkan atas hal ini. Biasanya hampir setiap hari buka earimlagnes tapi semenjak sehari dua ni, kecewa kot takde entry baru. maybe Allah nak turunkan kesedihan sehari sebelum pergi kursus tu. Seriously, post tu sangat memberi-beri-beri kesan. Rasa macam tak sanggup nak pergi esok.

Ok la, back to the story. Sebenarnya, dah kirim sepucuk surat pengistiharan perdamaian tadi kat Madi. Tapi bila dah touched gile baca entry tadi, biarlah, post ni jadi post terakhir sebelum saya dikurung di Resort tu selama sebulan. 
Good friends are like stars. You don't always see them but you  know they're always there.


Pasal perang tu, cooking session tu terbuka pada bila-bila masa ye. Sape suruh tak datang Terengganu tempoh hari hah? Ok la busy woman, takpe, takpe. Tapi semua ni bergantung pada diri anda sendiri ye. Kalau rasa terhutang lagi dengan cooking session tu, silalah berkunjung ke negeri keropok ni. Pintu rumah walaupun tak besar, selalu terbuka luas untuk anda.

Janji-janji manis tu. Waa. Saya memang bersalah. Manelah tahu nak jadi macam ni? Lepas ni, kena ambik ibrah jangan lepas cakap ikut sedap mulut je. Sungguh menyesal. Lepas ni, tak nak da janji-janji manis ke ape. Tapi, alhamdulillah, saya mempunyai seorang sahabat yang sangat beriman dan beramal sholih dan sanggup sabar memikirkan hikmah-hikmah Allah yang Dia dah tentukan.  ^__^

Cloud 9 ? Ceh, tak payah nak sebut jihad harta bagailah. Tu permintaan, bukan pemberiaan. Haha. Kalau tak sampai bila orang hebat ni merajuk macam budak hingusan, dan saya jugak tak dapat makan ketam Kak Tin [ Betulkah? ] masak tempoh hari. dan tak dapat merasa naik kereta BMW seorang pilot yang berjiwa rakyat sangat. Haha.

Ok lah, 

Saya pun ingin meminta maaf untuk segala apa perkara-perkara yang telah saya lakukan. Perkara-perkara pelik, perkara-perkara tak berasas dan segala bagai. Allah telah menciptakan saya begini, so, redha ye. Sekali lagi saya bersyukur mendapat sahabat yang sangat tawadhu' [ Ya, saya boleh bayang wajah tu.] Bersyukur tau saya berjaya ingat muka Mirae dalam pelbagai rupa. Hey, bukan senang. Hargai ye.

Cakap pasal terima kasih. Kalau nak tulis semua memang tak cukup kot. Sebab banyak benda lagi kena terima kasih kat Mirae.

Thanks sebab bagi buah pemikiran yang bermacam-macam sebab saya tak mampu berfikir sehebat tu. Thanks sebab selalu bagi macam-macam makanan sepanjang 6 bulan bermaustatin di dQ. Thanks sebab sudi ziarah bilik siang malam walaupun semata-mata untuk tidur. Thanks sebab dah banyak menegur dan bagi nasihat. Thanks sebab sanggup teman sampai larut malam dekat masjid. Thanks sebab bagi dorongan untuk habiskan 30 juzu' SEM 1. Thanks sebab sudi tebuk walaupun tak lancar. Thanks sebab bagi penyelasaian masalah masa tiket bas tertunda sampai pukul 9 malam. Thanks sebab sudi temankan ambil slip exam yang tertinggal dekat masjid walaupun masa-masa tu dah semput-semput nak exam. Thanks sebab bagi saya kenal Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Thanks sebab sanggup pujuk Pak Cik KTM supaya tak kena denda tempoh hari. Dan diringkaskan cerita, thanks sangat la sebab sudi jadi sahabat saya.

Thanks. Terima kasih. Syukran.

Tak tahu la nak cakap pe. Tapi serious saya sangat berterima kasih dan bersyukur dengan Allah sebab sudi kenalkan saya dengan orang yang hebat dan 'bermakna' macam Mirae. Boleh kata apa yang saya dapat di dQ, ilmu-ilmu yang duk kat sini [ termasuk ilmu hati ] separuh/ 50 % daripada awak sendiri. 

Nasib baik la, Allah kuatkan hati untuk pilih Jordan walaupun rasa macam tak menghargai sahabat yang sangat special yang Allah hadiahkan bila nak tinggalkan dQ.

Ini betul-betul. Bukan cobaaan.!

Lebih hebat daripada beliau sebab Mirae beriman dan bermaal  sholih.

Memandangkan awak masih still di dQ, manfaatkanlah baik-baik ye.

Jangan lupa sedut aura Mecak, walaupun hakikatnya Mirae sudah hebat dan tak payah nak sedut aura mana-mana lagilah. Jangan lupa hantar berbelas-belas page sehari. Khatamkan tahun ni. Nanti rakam tau Mirae khatam. Tak sabar nak tengok Musolla tu banjir sebanjir-banjirnya. Ataupun khatam masa Ramadhan nanti, i.Allah tercapaila hasrat saya nak tengok Mirae khatam live.

Ha, jangan lupa azam dQ. Mana kertas tempoh hari? Heh. Ala, saya kat sini belum tentu lagi boleh ambik sanad dengan masyaikh-masyaikh kat situ. Lain la kat dQ tu, Sheikhul Azhar tunggu masa je nak memuntahkan ilmunya. Nanti ambik la sanad, talaqi sekali 30 juzu'. Nanti saya nak tengok Mirae dalam internet masuk Musabaqah Hafazan 30 juzu' ye. 



Jangan lupa concernkan pasal saya eh. Mana lah tahu nanti lalai bila sampai negara orang. Kalau nampak iman saya macam tak sihat tu, pandai-pandai la tegur. Mirae kan seorang ustazah yang sangat berkaliber. Takkan sahabat sorang tak boleh jaga kot ? Ngeh3.


Nanti kalau skype tak guna video call tak boleh lah gosok-gosok cermin laptop kalau tengah sedih. [ Idea Pilot Shuib ] . Saya pun takkan nye sanggup tunjukkan wajah. Pana call hari tu pun tutup webcam dengan jari. Ngeh3.

InsyaAllah, saya takkan lupakan Mirae dalam doa saya. Jauh-jauh mane pun InsyaAllah budak dQ akan tetap terpelihara dengan segala macam tarbiyah yang pelbagai. Mirae pun jangan lupa ye, doakan saya. Bimbang la tak boleh nak jaga Quran. Teringin jugak cermin diri, pastu nampak Quran sebijik. Teringin nak jadi The Walking Quran. Nanti memang takdelah orang yang tetiba je nak tebuk, walau tak ingat. Nanti kalau saya perlukan khidmat, saya call ye.

InsyaAllah, saya akan doakan persahabatan kita sampai syurga. Semoga kita menjadi salah seorang daripada orang yang dapat bernaung di bawah arasy-Nya masa kat mahsyar nanti. Kat dunia ni sekejap je kan? Syurga lagi syok dan panjang. Doakanlah T__T


Ya, saya janji. 
Mirae, take care.

Nanti ade rezeki nak iktikaf kat masjid dQ masa Ramadhan saya akan bawak Cloud 9 dan keropok banyak-banyak. Kursus tu sebulan, doakan la sebulan sebelum raya tu free. Oh, ok, tak buat janji manis lagi.


p/s : Sampai hati letak lagu Sebiru Hari Ini. Lagu tu sangat mencabar emosi yang sudah tercabar. Mana lagu Hakikat Bahagia tu ah? 

* Pukul 2.00 da. Barang satu habuk kuman pun tak sentuh. Serius tak semangat langsung.






Comments

  1. Cehh perlu jugak buat counterback post. :P

    "Thanks sebab sudi ziarah bilik siang malam walaupun semata-mata untuk tidur."

    Kurengs punye syidoh. Statement ni memang membangkitkan rasa ingin berperang! HAHA

    Btw, background music sebiru hari ini tu memang disengajakan. Biar ade 'feel' sikit. :P

    Dan bab air mata melimpah tu, kite takleh buat ape. Lain kali kalau paip bocor, panggil plumber. Kehkeh

    Kalau rasa nak buat treatment gigi, baru panggil kite. Sebab kite kan dentist hebat yang berjaya! :)

    ReplyDelete
  2. Hey, jangan cakap pasal gigi ye. Sensitif :p

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi