Posts

Showing posts from March, 2014

Melakar Pelangi

Image
Bismillah. "Mak, doakan Syidah ye, doakan study" "Mak doakan semua, mak bangun malam-malam doakan anak-anak semua. Tapi Syidah jangan main dah benda-benda luar. Jangan sibuk benda lain dah. Fokus belajar je." "Mak, Syidah dah terima satu jawatan ni, tapi Syidah janji akan urus masa elok-elok, takkan buat macam dulu dah.." rasa nak terucap, tapi terhenti di hujung lidah. Bimbang kalau mak tak faham situasi diri sendiri. Ya, kalau bagitahu mak, confirm mak takkan benarkan lagi dah. Cukup pengajaran yang dulu. Memang confirm mak takkan izinkan. Diam. Mata panas. Merah. Main perasaan dengan mak macam ni lah jadinya. Lepas tahu result dekat Malaysia baru ni, mak pun tengok sendiri poster-poster PERTAMA dekat wall. Mak bising. Syidah masuk apa dekat sana nampak macam sibuk sangat. Mak ingatkan sebelum balik jangan libatkan diri dah dengan persatuan. Hari tu, memang tak nak terima jawatan ni teringatkan segala benda yang dah berlaku, tambah lagi ter

Jangan Tangisi Lelah

Aku pulang, Bersama keringat otak, Teringat aku kembali, Pernah aku terfikir mahu toleh ke belakang, Mahu menyepi, mahu menyendiri, Pernah juga aku terfikir, Mahu terus pulang, tanpa perlu melangkah lagi, Lalu aku mengeluh lagi, Kuatkah aku, Menghabiskan yang berbaki. Aku seka air mata yang benar jarang menitis, Mengumpul himmah yang masih aku harapkan ia untuk ada, Bersama aku, menemani aku, Walau terpaksa aku tempuhi lagi, Liku-liku yang tersisa. Aku tahu, siapa aku, Hendak menangis akan takdir yang telah tersurat, Atau hendak persoalkan mengapa aku, Atau hendak menidakkan akan hikmah yang telah ditakdirkan, Aku mengerti itu. Aku bermuhasabah, Akan cara aku mengurus si dia yang bernama emosi, Atau si dia yang bernama masa, Atau si dia yang bernama ujian, Dan si dia lain yang sungguh aku gagal lewati. Aku pandang ke hadapan lagi, Maka tiada pun yang mengerti apa yang aku alami, Tiada yang faham akan rentak yang sedang aku tari, Tiada yang bisa mengubah rint

Pertama ini Untuk Terakhirnya

Image
Bismillah. Time bahang betul terasa hari tu, sempat tulis tajuk je. Lepas bismillah, tutup laptop pejam mata. Dah kurang lebih setengah bulan PERTAMA habis. Usaha membanting tulang selama 5 bulan lebih kurang tu memang luar biasa kesannya. Kalau tak pada orang lain pun, dalam diri aku, tinggal banyak kesan-kesan. Weh, ayat lama tak menaip dan menulis ni. First time dalam hidup jadi Timbalan Pengarah. Tambah lagi buat program yang super besar dalam keadaan takde pengalaman dan kosong. Dekat IMTIAZ pernah ambik nama orang solat masbuq je, pastu suruh sembahyang kat padang. Kehkeh. Nostalgia zaman dulu-dulu. Akur sungguh aku digalas amanah. Ye lah maklum kerja-kerja bendahari pun selama ni aku tak buat langsung. So macam kononlah takde kerja sangat tu kan. Ceh. Kami di Amman sungguh sikit jumlahnya. Perlukan tenaga yang sungguh banyak untuk melaksanakan program sebesar ini. Dan memang pada mulanya, terlampau banyak masalah yang hadir melumpuhkan semangat kami. Soal penempat