Pertama ini Untuk Terakhirnya

Bismillah.

Time bahang betul terasa hari tu, sempat tulis tajuk je. Lepas bismillah, tutup laptop pejam mata.



Dah kurang lebih setengah bulan PERTAMA habis. Usaha membanting tulang selama 5 bulan lebih kurang tu memang luar biasa kesannya. Kalau tak pada orang lain pun, dalam diri aku, tinggal banyak kesan-kesan. Weh, ayat lama tak menaip dan menulis ni.

First time dalam hidup jadi Timbalan Pengarah. Tambah lagi buat program yang super besar dalam keadaan takde pengalaman dan kosong. Dekat IMTIAZ pernah ambik nama orang solat masbuq je, pastu suruh sembahyang kat padang. Kehkeh. Nostalgia zaman dulu-dulu.

Akur sungguh aku digalas amanah. Ye lah maklum kerja-kerja bendahari pun selama ni aku tak buat langsung. So macam kononlah takde kerja sangat tu kan. Ceh.

Kami di Amman sungguh sikit jumlahnya. Perlukan tenaga yang sungguh banyak untuk melaksanakan program sebesar ini. Dan memang pada mulanya, terlampau banyak masalah yang hadir melumpuhkan semangat kami.

Soal penempatan 9 dinar each person. Pengsan. Kira-kira memang tak cukup bajet kalau 9 dinar nak darab dengan semua jumlah peserta mantiqah lain. Last sekali keputusan kami, sumbat separuh peserta akhawat masuk rumah dekat Sweileh. Syabab pulak tidur dekat Masjid Hud-Hud. Memang sangat epik bila ada AJK syabab pun yang berqiam malam tu try tidur dekat masjid sebelum program. And finally, perkara 'penempatan' yang paling kami takutkan itu, Allah telah permudahkan. Peserta selamat tiba di Mudarraj Hassan dengan muka ceria pada pukul 8.00 pagi hari Sabtu itu.

Tahun lepas Qatar Airways ada taja separuh amount tiket panelis. Tahun ni, setelah komiti ulang alik dekat RJ tu, tetap no response. Dan akhirnya kami putuskan untuk beli sendiri tiket. Nak transfer masuk ke akaun bank guna Western Union satu hal. Sampai round bandar Terengganu sampai menangis dekat HSBC. Last sekali punya ikhtiar, tempah tiket dekat Doha Airport online. Dengan berlari cari plug bila bateri nak mati, denagn Note tak nak hidup, dengan kad kredit tiba-tiba tak boleh guna, terpaksa pinjam mak saudara punya, memang rare dan epik sangat. Dan akhirnya, tiket semua panelis berhasil dibeli.

Kerja belakang tabir sungguh penuh kejutan dan memeranjatkan. Dewan tak pasti tutup pukul berapa. Tentatif berubah on the spot. Gimik tak rehearsal pun. Team nasyid Mutah tak boleh perform. Perjalanan program yang betul nampak tak teratur. Dan sebagainya.

Tapi apa yang paling mengejutkan adalah respon peserta selepas PERTAMA. Semua excited dan bagi respon positif yang tak disangka-sangka. Tambahan panelis yang sungguh bikin PERTAMA jadi semakin epik, alhamdulillah, tidak terkata. Dan dengan banyak masalah bajet, tiba-tiba duit last terlebih pula. Rasa macam-macam rasa yang tidak disangka.

Dengan PERTAMA, aku belajar.



Jangan risikokan diri sendiri untuk sesuatu yang tak dijangka.

Persepsi aku bila first buat kerja. Haih, ni je pun takde berat sangat. Kadang-kadang, bagi arahan, suruh itu suruh ini, lepastu meeting bincang bla bla.

Ni je pun ?

Waktu klimaks PERTAMA in progress unfortunately adalah waktu FINAL exam. Dan time tu, serious, banyak sangat benda yang tak boleh fokus. Dengan panelis kejap nak datang kejap tak. Dengan meeting dengan kekerapan yang sangat maksima. Dengan otak serabut bla bla. Dan aku kira, aku fail dengan usaha sendiri. Ya, tak pandai nak divide masa. Memang nampak simple je. Tapi tengah duk hafal slide tulah nampak muka Prof Redzuan, Prof Saedah. [OVER]. Tapi that's it. Tak dapat nak concentrate dengan final exam seriously. Tak pernah aku usaha sesikit itu dan bertawakal sedahsyatnya sebab tahu tak boleh nak buat mana.

In tansurullaha yansurkum ?

Ramai je orang yang pegang kata-kata ni.

"Takpa, pergi je meeting malam tu, esok exam insyaAllah Allah tolong, orang tolong agama Dia"

Tapi sebelum tu.

Faiza 'azamta fatawakkal 'alAllah.

Dah memang tak cukup syarat, macam mana nak harapkan ganjaran yang lumayan?

Ya benar, aku fail mengurus masa time tu. Teringat je masa berdegung-degung duk cakap atas pentas time forum dengan adik-adik SPB. Ditambah lagi dengan perasa malu yang menikam-nikam, perasaan cakap tak serupa bikin tu lagi menusuk dada time tu. Manage your time! Tak pandai jangan ambik risiko!

Ya, jangan jadi katak bawah tempurung. Bukan kata jangan join persatuan. Tapi berpadalah, beringat. Beringat akan tujuan utama kita di sini. Benar, memang Allah tolong. Tak tipu dalam berpuluh soalan yang ditembak menggunakan senapang gajah itu, banyak jugak yang betul. Tapi kena faham situasi diri dan sejauh mana persediaan. Jangan melulu dan terlampau yakin boleh. Yeah, beringat.

A busy life makes prayer harder, but prayer makes a busy life easier. - Abdal Hakim Murad.

Kebersamaan kita.

Walaupun kerap kali bersama penggerak program, tak pernah melihat penggerak program seperti mereka. Bersengkang mata, sudahkan urusan lain yang bertimbun. Memang terpegun melihat usaha masing-masing. Tak pernah melihat mereka yang begitu komited dengan kerja dan sanggup berkorban.

Ramai penggerak yang tiba-tiba dan ada juga yang tidak tiba-tiba menghilangkan diri ke Europe, ke tanah Haram, ke Malaysia (note to : self) memang mencengkam lagi mereka yang meneruskan perjuangan di bumi Amman. Tapi seriously dekat Malaysia pun tak senang duduk. Tapi jauh-jauh pun, kerja alhamdulillah tetap jalan, termasuk ada yang dipangku sementara.

Walaupun semua dah letih dengan meeting yang asyik kacau masa, tapi semua nampak tekad nak jayakan PERTAMA di Amman. Kagum melihat kebersamaan ini.

Natijahnya daripada Dia.

Natijahnya daripada Allah. Dia juga yang memutuskan segalanya. Setelah usaha yang bersungguh daripada semua komiti, dan juga doa yang diaminkan, akhirnya Dia memudahkan perjalanan program dan membantu kita semua.

Dan perancangan-Nya yang sungguh berhikmah. Sungguh berhikmah sampai kita yang marah-marah akhirnya tersenyum dengan takdir yang Allah berikan. Dewan tutup pukul 8.00 malam pun satu rahmat. Dr Siddiq Fadzil tak dapat datang, Prof Agus cancel, Prof Redzuan tak dapat datang jugak last minute, Ustaz Hasrizal sedar email lambat, rupanya Allah nak hadirkan Dr Azhar Ibrahim yang sungguh rare, dapat sambutan yang dahsyat, menspraiskan dengan stailnya, dan ilmu baru yang dikongsi di luar pengetahuan kami.

MasyaAllah, begitu hebat perancangan Dia.

Lord of the universe
[Surah al Fatihah, verse 2]

Sungguh, kalau nak dicerita semua kenangan bersama PERTAMA, memang tak dapat diungkap perasaannya bagaimana. Sungguh mengharukan dan penuh kejadian.

Dr Azhar Ibrahim, Prof Saedah, Cg Zul Fikri Zamir. Semua hubungan tidak berakhir sekadar di PERTAMA.




Sungguh walaupun penuh juga dengan kepahitan dan tangisan, memori indah, pengalaman memang banyak dipungut daripada PERTAMA kelapan. Walaupun teruk juga gerak kerja membelasah result, tapi alhamdulillah Allah beri keizinan lagi untuk teruskan perjalanan. Moga terus thabbat dan diberikan kemudahan oleh Allah untuk menghabiskan tahun ini.


*Penampakan ayat yang tak tersusun dengan penggunaan kosa kata yang tidak sesuai ditambah daya penulisan yang terbantut kerana sudah sangat lama tangan tidak hinggap di wazakkir. HAHA. Tapi biarlah. Asal ia termkatub juga dalam blog usang sebagai satu rekod pengisian kembara hidup.

Comments

  1. glad 2 work with u, i saw the leadership in ur soul. keep it up!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi