Posts

Showing posts from January, 2022

of patience and endurance

 Bismillah Tahun 2021 sangat banyak mengajar aku banyak perkara. Walaupun mostly benda-benda pahit yang aku sendiri tak expect pun akan berlaku dalam hidup, tapi aku sedar semuanya daripada Allah dan Dia yang nak aku belajar daripada setiap situasi tu. Walaupun aku sendiri pasti aku tak buat yang terbaik dalam setiap episod hidup ni. Mungkin orang boleh kata yang selama ni aku sentiasa dihidangkan dengan benda-benda baik dalam hidup. Daripada zaman sekolah sampai zaman universiti, aku antara orang yang lebih sikit daripada orang lain - bukan puji diri sendiri pun, sebab setiap daripada nikmat adalah anugerah yang Allah bagi rasa dan pinjam, tiada satu pun milik aku. Tapi bila masuk alam bekerja, aku mula rasa aku yang lowest kot. Makin lama, makin terasa orang lain jauh tinggalkan aku.  Kawan-kawan aku yang lain, kalau tak habis housemanship dan jadi MO, mostly dah nak habis HO.  Yang tak berkeluarga lagi tu boleh bilang kot. Kalau tak berkeluarga pun mesti at least dah ada relationshi