Posts

Showing posts from June, 2013

Perjuangan

Sekeping hati dibawa berlari Jauh melalui jalanan sepi Jalan kebenaran indah terbentang Di depan matamu para pejuang Tapi jalan kebenaran Tak akan selamanya sunyi Ada ujian yang datang melanda Ada perangkap menunggu mangsa  Dipisah dia berkelana Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah Namun jiwa tetap mara memburu cinta Membara demi Allah dan rasulNya Berjuang tak pernah senang Ombak derita tiada henti Tenang resah silih berganti Inilah sunnah orang berjuang Pastikan langkahmu wahai pejuang Dengan Al-Qur'an menjadi pedoman Hembuskanlah angin pembaharuan Karena kita khalifaturrahman Tidurmu di rimbunan tamar Tenangmu tiada tercalar Berbantal lengan tanpa pengawal Berselimut embun keimanan Di malam yang hening Meratap menyesali diri Pada dosa kealpaan Dibasuh dengan airmata Memohon keampunan Tuhan  I know I’m waiting Waiting for something Something to happen to me But this waiting comes with Trials and challenges Nothing in life is

As I see, I learn.

Image
Bismillah. Esok exam Is'af Awwali, atau dengan bahasa Mat Saloh, First Aid. Dan saya masih lagi boleh menekan-nekan keypad laptop membuat satu post yang paling baru. Haha. Oh, mentang-mentang Is'af ye. Ha, tu tak kira, yang penting saya nak tulis jugak. Eish, kalau kawan Arab tahu ni, mesti diorang geleng kepala 90 darjah 100 kali. Semalam, lepas habis baca Doa Wehdah dengan Doa Rabitah time SWEET, tiba-tiba Cik Dibosh dapat mesej daripada Kak Nani yang kata kawan dia accident. 5 orang yang terlibat, 1 orang meninggal, kawan Kak Nani tu gugur kandungan 8 bulan, yang lain cedera, dan ada jugak yang cedera agak parah. Balik rumah, terus bertalu-talu keluar post pasal accident ni dekat Facebook. Alhamdulillah bak kata kak Fatima al-Fihri, ikatan aqidah kita lebih kuat daripada ikatan pertalian darah. Senyum. Beberapa bulan yang terdekat ni, saya agak dikejutkan dengan orang-orang muda yang diambil Allah. Dua orang dari kumpulan yang sangat femes dikenali dengan tagline

Keropok Terengganu

Bismillah. Nyet. Nyet. Nyet. Burung memanggil-manggil. Bukan burung, loceng bunyi burung. Saya pun dengan bingkasnya bangun dari katil. "Min.. min...?" "Mirae..." "Hah, Mirae ?" Cepat-cepat saya bukak pintu tu. Terkejut tengok Mirae depan mata dengan jubah hitam dan tudung kuliah. "Ha? Mirae?" "Kite datang kejap je ni, kite nak balik dah, pak cik tu buat ape tah dekat bawah tu. Takpelah kite pergi dulu" Eh.. Saya pun terus ke bilik tengok ikut tingkap pak cik tu tengah buat apa. Oh, tengah gaul simen rupanya. Baba ni tak habis-habis kerja penambahbaikan rumah ni. Kesian rujul kat atas. Kehkeh. Tiba-tiba bunyi lagi loceng. Nyet. Nyet. Eh.. Saya pun bangun dengan girangnya sebab sangka Mirae balik semula. Eh, Mirae balik semula lah. "Ha, rindu kite lah tu, semangat je buka pintu" "Hehe" Takde ra'du wa barq tiba-tiba phone menyanyi. Eh, Kak Nani ? "Syidah, akak ada depan rumah dah n

Apa Khabar di Sana ?

Image
Bismillah,  Firman Allah, " Wahai orang-orang beriman! Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu " [Surah al-Tahrim, ayat 6]. Dah 10 bulan duduk di Jordan. Apa khabar Malaysia? Bila mata tak bertentang mata, hati pun tak bertentang hati. Ceh, hati  bertentang hati ? Menyedari hakikat diri sekarang di Jordan, bukan lagi di Malaysia dan menyedari hakikat pada tarikh 14/9/2012 baru ni, jasad ni dah memulakan pengembaraan vesi terbaru di bumi kinanah, Jordan. Terlampau sibuk dengan urusan dan hal sendiri, sampaikan lupa kabare orang di sana, di Malaysia, atau lebih spesifik lagi, keluarga saya di sana. Memang Skype tak boleh termiss hatta seminggu, kalau tak nanti mak rindu. Ceh berlagak . Tapi dah lama tak dengar khabar yang betul-betul serius dari sana. Hari tu, dalam bulan 3, dapat khabar yang Cekngoh, dah pulang ke rahmatullah, meninggalkan seorang suaminya, dan 5 orang anak. Mak saudara yang san

Aku, Mereka dan Taqwa

Image
Sebiru dan seindah hari itu, Aku melangkah pergi membawa memori, Aku lihat masjid itu, Walau kaku memberi makna beribu, Akan erti tarbiyah, akan erti ukhuwah, Lama aku menangisi, akan takdir ini, Lama aku pendam akan duka ini, Mana mungkin akan kulupakan, Kenangan semekar bunga di sini. Aku mengorak langkah sambil menangisi memori, Dulu aku ada mereka, Meraka yang mengundang taqwa, Aku selami hari, Hari aku dinasihati, Hari aku memuhasabah diri, Hari aku menyimpul ukhuwah, Hari aku bersilibus al-Quran, Hari aku berusrah penuh makna, Dan hari-hari yang aku anggap pengundang taqwa diri, Ya, aku mula merindui, Aku mula menyesali, Namun kunyatakan semula kepada diri, Taqwa bukan selamanya tidak diuji, Akhirnya masa berbicara, Akan erti taqwa itu sendiri. Bila aku mengamati, Rupa-rupanya pada mereka aku menilai taqwa diri, Aku lihat kadang taqwa itu bersinar, kadang taqwa itu sirna, Dek kerana hati aku yang sering muqallib. Saat taqwa diuji, Aku kadang

She

Image
Bismillah. Aku mencapai telefon. Meskipun hanya telefon cikai, yang dibeli sejak kejadian rompakan tempoh hari, telefon ni tetap dapat bertahan walaupun dengan ribuan jatuhan yang melanda. Aku mendial, namun tiada jawapan. Kesal. Namun aku gagahi langkah juga untuk pergi ke Duwar Qubah itu. Hebat tak ayat novel? Haha. Tak lulus. Maklumlah BM A-. Post ni khas dicoretkan untuk sahabat yang sedang berada juga di Jordan. Sama-sama berjuang di bumi Allah sebagai seorang hamba namun pelik, tidak menuntut di mana-mana universiti. Ye lah orang datang Jordan ni dengan satu reason je, nak sambung belajar. Tapi kawan saya yang seorang ni, datang Jordan sebab ada juga misi dia yang tertentu even dia dapat je tajaan Yayasan Terengganu untuk sambung Dentistry kat sini. Tapi dia lebih rela untuk datang dengan satu agensi yang bernama, GISB. Dulu di Imtiaz, memang sangat rapat dengan beliau. Dia bijak, dia baik, dia tenang. Lengkap package. Exco Disiplin sekolah. Hebat perwatakannya. Yakin da