Posts

Showing posts from 2015

Emas Dalam Longgokan Lumpur

Image
Bismillah Alhamdulillah, thummal hamdulillah.. Akhirnya setelah 3 semester lebih kurang perjalanan ulang lagi sekali tahun kedua, akhirnya perjalanan yang agak 'panjang' selesai sudah. Sepanjang ulang tahun, banyak juga cari semangat orang-orang luar yang dah berjaya tamatkan pengajian. Ada ramai, doktor yang dah dapat PHD pun, ulang tahun sebenarnya. Ulang tahun bukan satu penyesalan yang total, walaupun mungkin kita akan penat dan habis banyak masa nak dibandingkan dengan orang lain. Setiap perkara yang Allah anugerahkan tak mungkin sia-sia kan. Well, semua orang takkan sama ceritanya. Sebab situasi semua adalah berbeza. Minat berbeza, kemahuan berbeza, pemikiran berbeza. So, kita takkan mampu untuk ambil seratus peratus jalan cerita orang lain untuk samakan dengan diri kita. Tapi dalam masa yang sama pengalaman orang lain boleh juga dibuat inspirasi. Macam kami dulu, 3 daripada akhawat yang ulang tahun semua perangai dan pemikiran berbeza. Depends on msing-masing maca

Muhasabah, Tetamu Dataran Syam

Image
Bismillah, Pagi itu kami bergerak untuk bawa tiga orang adik-adik baru SPB, plan hari itu untuk bawa adik-adik ke Masjid Farid al-Khalil dan Makam Abdurrahman Auf. Dan lebih menarik lagi bila semua senior yang bawa adik-adik tak pernah menapak pun lagi ke makam tersebut. Adik-adik SPB kali ini ada 3 orang, paling sikit sepanjang 3 tahun menerima adik baru yang diberi peluang untuk menuntut di sini. Sedih juga tak dapat nak kembangkan populasi yang makin sikit di Amman, tapi tak mengapalah, yang ada ini kita syukuri, moga yang sikit-sikit ini, besar kualitinya. Sempat berhenti sebentar di Masjid Abdurrahman Auf, masjid yang paling dekat dengan kebanyakan rumah-rumah student di sini juga, masjid yang paling jadi tumpuan golongan veteran di Sweileh waktu Ramadhan. Pasar Sya'bi yang disebelahnya pun baru mulakan perniagaan dan mencari rezeki, tradisi Arab biasa suka tidur waktu pagi, jadi kebanyakan kedai buka agak lambat. Lama tak mengimbau kembali kisah-kisah lama yang orang

Prelude to Success

Image
Bismillah ان اللهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ: فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ، وَلْيُحِدْ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ، وَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ رَوَاهُ وَمُسْلِمٌ Dr Syaraf Qudhah membaca separuh daripada hadith ke 17, daripada Arba'in Nawawi. Selebihnya disambung student Arab lain. Kemudian Dr sambung lagi tanya hadith seterusnya, apa maksud, syarah hadith dan semuanya. Setiap yang ditanya dijawab. Setiap soalan ada yang berebut-rebut nak jawab.  Sepanjang kelas, laju pen mencatat kalimat emas yang keluar daripada mulut doktor. Setiap yang dicurah terasa begitu bermakna, sampai ke dalam hati. Dan jarang sekali, perkara sebegini dirasakan dalam kelas Medic. Dalam hati, sebak, rasa jahil yang menyelubungi. Sebulan Yang Bermakna Bersempena dengan hari-hari free dan tak perlu nak masuk kelas MSS macam orang lain, jadi saya beranikan diri masuk kelas-kelas dekat kelas Syariah. Setiap hari akan tengok bal

Kenangan Dua Sesi Bersama

Image
Bismillah. Makin lama makin susah nak update blog ni. Banyak cerita ingin dikongsi, tapi mungkin tak terluah kadang-kadang di sebalik tulisan, ataupun tak menyempat nak buka laptop dan habiskan beberapa jam untuk satu post, ataupun keyakinan makin kurang untuk menulis dan mempersembahkan tulisan kepada semua - macam selalu berlaku di Facebook, makin hari penyakit kurang keyakinan dan takut expectation orang makin meninggi. Setelah kira-kira sebulan, (mungkin) sesi PPMA 14/15 melabuhkan tirai, akhirnya cerita ini sempat dicoretkan. Setelah pimpinan-pimpinan baru dah diumumkan dan dah start gerak kerja pun. Jujur, berakhirnya sesi lepas, tak sikit rasa sedih yang bertapak dalam hati. Walaupun segala kelegaan telah dilepaskan, diakhiri dengan alhamdulillah, walaupun banyak lagi perkara yang tak settle dalam pimpinan, bina kepercayaan yang tinggi buat sahabat-sahabat yang kembali mengganti pimpinan : moga tapak yang dibina boleh diperteguhkan binaannya, biiznillah. Tak sikit kenan

Ceritanya Cinta (II)

Image
Bismillah. Hancur rasa hati bila sekali lagi diberitahu tak punya rezeki lagi nak join umrah winter break ini. Kalau haritu sebab exam, kami korbankan umrah dan duit 100++ dinar kami, tapi kali ini kerana dah ramai sangat yang berpusu-pusu isi nama sehingga tak sempat. Hanya Allah yang mengerti dan tahu mengapa tidak diizinkan lagi menjadi tetamu ke sana. Dan akhirnya untuk menyedapkan hati dan mengubat rasa kecewa, maka kami ambil keputusan untuk ke ardhul kinanah, Mesir. Bumi Musa, bumi Yusuf. Tak sangka 2 minggu yang kami habiskan di sana terasa benar sekejap, dan banyak sekali hal-hal yang rasanya tidak terlunas, rasa mahu dipanjangkan lagi masa di sana. Dan begitu banyak rasanya, pelajaran-pelajaran yang diambil, biarpun tidak begitu sempurna, tapi pastinya cukup berbekas di jiwa. Bumi ini, Sejarah Kita. Alhamdulillah, sempat kami lawat beberapa tempat bersejarah di sini, walaupun tak semua, ye lah Cairo sahaja populasi penduduk sama dengan Malaysia, besar sangat. Sem

Maknanya Hari Semalam

Image
Bismillah. Kalau exam kami tak ditunda lagi, insyaAllah bakal mengakhirkan semester satu tahun 2 'kali kedua' ini Selasa ini. Biiznillah. Siapa sangka utusan Allah si salju turun mencurah-curah ke tanah Jordan saat last minute macam ni, dan satu Jordan terpaksa cuti, sama ada terpaksa ataupun rela. Sehingga ada di kem perlindungan Syria meninggal kerana salji yang terlampau sejuk. Mencengkam, even kami yang di rumah bertemankan sobah dan hirom pun masih banyak rungutannya. Inikan pula saudara Syria yang berbumbungkan khemah berlantaikan tanah. Dingin yang tidak diketahui mana hikmah diutuskan sang salju kepada mereka. Saja nak analogikan mata manusia yang tidak mampu melihat 'hikmah' di sebalik pengaturan Allah. -------- Cliche, hari-hari semalam sangat banyak mengajar erti kehidupan. Tapi ia sangat-sangat beerti. Apa lagi selain pengalaman yang lebih mahal dalam kehidupan. Belajar hikmah melalui pengalaman dan ujian, satu anugerah yang sangat berharga, satu k