Posts

Showing posts from July, 2012

Eh, Saya Tak Layak.

Image
Bismillah. Menghadapi Ramadhan di rumah yang cukup perfect sekali keadaannya, memang agak payah untuk istiqamah. Untuk tambah amal setiap hari, sebab ade je, perkara lain yang menambat hati. Ya Allah, aku bermohon untuk Ramadhan ini memperbaharui hati. Huhu. Entry ni dibuat sebab apa yang dah berlaku kepada seorang sahabat ni.  Betul, kadang-kadang kita merasa tak layak untuk mentarbiyah ataupun berdakwah. Kita rasa, ilmu yang tak cukup, iman yang tidak kuat, dan kadang-kadang rasa diri tak boleh bumikan apa yang kita dakwahkan dan pesankan kepada orang lain. Tapi, itu tanggapan awal kita. Bila kita dah masuk situasi sebenar, keadaan menjadi lain. Keadaan yang lain telah sedikit sebanyak mempengaruhi diri untuk memadam perkataan tak layak tu. Kadang-kadang, perkara tu jadi terpaksa. Hakikatnya kat luar sana, masih ramai yang perlukan sesuatu. Sesuatu yang mereka tak tahu yang perkara tu sangat istimewa dan akan menjadi indah bila dah dapat. Mereka rasa dunia yang mereka lal

Kuat Mereka Perlu Diqudwahkan

Image
Bismillah. Alhamdulillah, hari ni masuk malam yang ke-8 kita dalam bulan penuh barakah, Ramadhan. Walaupun amalan-amalan masih tak stabil dan senget-senget, Allah masih mengizinkan untuk menyucikan diri yang bergelumang dengan dosa ni. Fuh, astaghfirullah. Alhamdulillah, walaupun hari ni tak sihat, tapi ada hikmahnya. Betullah, Allah sentiasa mendengar doa hamba-Nya kan? Even tadi sedih sebab macam tak berkesempatan untuk tarawih dengan Sheikh Abdul Rahman kat Masjid Kristal, Allah bagi peluang untuk terawih dekat Masjid Merbau Patah dengan Sheikh Usman. Alhamdulillah. Walaupun sempat 8 rakaat sebab memang tak tahan dengan kesihatan yang agak tidak ok, tapi tazkirah Sheikh Usman tadi sangat memberi kesan. Sheikh Usman asalnya daripada Somalia. Ha, mesti terbayang keadaan rakyatnya yang kurus kering dan sangat menyedihkan tu kan? Tapi, seriously selama ni tengok gambar-gambar Somalia macam takde perasaan pape.  Walaupun Sheikh datangnya dari Somalia, tapi ilmu al-

Bukan Allah Yang Hilang

Image
Entry ini memang diwujudkan khas untuk memperingati 5 tahun senget-senget masa yang dihabiskan bersama Quran. Masa yang berlalu tanpa sedar, last sekali dah sampai ke penghujung. Sampai masa untuk berpisah dengan masa yang Allah kurniakan bersama Quran. Err. Bukan, tapi masa yang 'ditetapkan' bersama Quran. Walaupun perjalanan hafalan nampak menyeksakan dan memeritkan, tapi terlampau banyak perkara manis yang tak mungkin saya dapat lupakan.  Imtiaz yang memberi permulaan kepada perjuangan ini, walaupun dalam keadaan yang semput-semput, berjaya memberi bekas yang sangat amat kepada saya dan Quran.  Masa first-first start hafal, memang serba tak kena dan tak reti. Sebab takde sebarang asas dan untuk membaca sahaja pun, agak tunggang-langgang. Masuk Imtiaz, belum pun sempat khatam mengaji. Sampai juzu' 12 je pun. Teringat lagi, time kecik-kecik time mak cerita ada orang yang dapat hafal satu Quran, dengan slumber dan steady saya mengajukan soalan, "Dia

Sabar Itu Anugerah

Image
First post selepas pulangnya daripada kursus yang banyak mengajar erti kesabaran. Fuh.. First impression, masa mula-mula dapat jadual kursus, alhamdulillah. Sekurangnya ada lah jugak pengisian tu kan. Ada bacaan al-Quran pagi-pagi sejuzu' sehari. Pastu ada kuliah Maghrib, solat berjemaah. Ok lah, Tapi, masa menghadapi tu, memang diri saya merasa tidak ok. Tinggal di bi'ah luar, tidak berdepan dengan tarbiyah yang selama ni tersedia di depan mata, memang sangat amat mencabar. Saya akui, kadang-kadang rasa macam tersungkur jugak dengan bawaan bi'ah ni, tapi terpaksa la buat-buat gagah. Buat-buat tak terkesan dengan bi'ah yang baru sahaja diperkenalkan ni.Dan, tinggal di bi'ah ini, mengajar untuk mengaplikasi apa yang telah dikutip dahulu di tempat tarbiyah terulung, Darul Quran JAKIM. Dan memanglah, mengutip sangat mudah nak dibandingkan dengan aplikasi tu. Time dapat tarbiyah dulu, kadang-kadang terima dengan sambil lewa dan tak menghargai. Sebab tarbiyah macam