of patience and endurance

 Bismillah

Tahun 2021 sangat banyak mengajar aku banyak perkara. Walaupun mostly benda-benda pahit yang aku sendiri tak expect pun akan berlaku dalam hidup, tapi aku sedar semuanya daripada Allah dan Dia yang nak aku belajar daripada setiap situasi tu. Walaupun aku sendiri pasti aku tak buat yang terbaik dalam setiap episod hidup ni.

Mungkin orang boleh kata yang selama ni aku sentiasa dihidangkan dengan benda-benda baik dalam hidup. Daripada zaman sekolah sampai zaman universiti, aku antara orang yang lebih sikit daripada orang lain - bukan puji diri sendiri pun, sebab setiap daripada nikmat adalah anugerah yang Allah bagi rasa dan pinjam, tiada satu pun milik aku. Tapi bila masuk alam bekerja, aku mula rasa aku yang lowest kot. Makin lama, makin terasa orang lain jauh tinggalkan aku. 

Kawan-kawan aku yang lain, kalau tak habis housemanship dan jadi MO, mostly dah nak habis HO. 

Yang tak berkeluarga lagi tu boleh bilang kot. Kalau tak berkeluarga pun mesti at least dah ada relationship. 

Dan dengan housemanship ni, passion aku makinlah berkurang hari demi hari. Aku bukan lagi orang yang semangat dengan study, yang selalu excited jumpa kes best nak study, cuma seorang HO cabuk yang asyik buat silap, tak sabar nak balik setiap hari, malas nak kerja, mengantuk dan asyik kena marah (especially dekat O&G) 

Dan aku sangatlah tak suka dengan perangai sendiri yang makin introvert hari demi hari ni. Makin tak reti nak bergaul dengan orang, tak banyak mulut, suka berseorangan. Cari kawan senang, tapi nak cari yang masuk boleh buat geng susah sangat.

Dan aku sendiri sangatlah cepat mentally and physically exhausted. Kalau seharian kerja, mesti balik rumah tak reti dah buat kerja berfaedah sikit, nak main phone dengan tidur je memanjang. 

Paling sedih, aku rasa spiritual aku makin lemah. Aku rasa banyak sangat benda aku hilang. Pengisian takde, kawan-kawan, usrah tu lagilah kelaut. Makin terbiasa solat lewat sebab kerja, makin malas nak puasa sunat, makin culas dengan aurat dan pergaulan. Semua benda yang stressful dalam housemanship ni makin buatkan aku numb dengan patient punya situation. Aku sedih, sebab terlampau fikir diri sendiri. 

Pendek kata, makin hari, makin malas nak pergi kerja, makin hilang sense of life.

Banyak lagi nikmat yang Allah bagi, tapi aku mentioned a few yang buatkan aku rasa lost.

Dan sebabkan semua benda ni, aku selalu ingatkan diri untuk syukur, sabar, redha dan ikhlas. Yang susah sangat aku nak dapat sekarang. 

Dan benarlah, medan bekerja ni adalah sebenar-benar tempat ujian. Yang akan membuktikan sejauh mana keberkesanan persiapan masa lalu.

Haritu aku buka al-Quran dan cuba tebuk diri sendiri macam biasa aku buat. Mengalir laju air mata aku bila banyak dah ayat al-Quran yang aku tak ingat. Mungkin banyak sangat dah maksiat yang aku buat, dan surely banyak sangat masa yang aku spend untuk perkara lain selain al-Quran. Aku seriously rasa yang aku hamba yang tak tahu bersyukur dan tak usaha untuk jaga al-Quran. Nak habis 30 juzu pun dah dekat setengah tahun. Malunya nak cakap diri sendiri penghafal al-Quran.

Aku just nak pesan kepada diri aku untuk jadi better untuk 2022. I know its not going to be easy, but its still possible. Syukur, sabar, ikhlas dan redha.

Rasyidah, aku harap kau sentiasa syukur dengan segala nikmat yang Allah bagi. Jangan banding-bandingkan nikmat orang lain dengan apa yang engkau dapat. Syukur, tak terhitung nikmat yang Allah bagi. Allah tak pernah tinggalkan engkau dan Dia sentiasa mendengar.

Sabar, mungkin ini pengajaran yang terbaik yang Allah nak engkau pelajari. Sabar sebab hidup ni memang fitrahnya susah. Susah kehidupan ni adalah jalan dan jambatan untuk beroleh syurga Allah. Sabar, Allah's plan is always better dan yours. Mungkin bukan di dunia tapi untuk akhirat.

Ikhlas. Aku tahu susah sangat nak praktikkan dalam keadaan kerja yang sangat tough. Kebajikan diri yang tertinggal jauh dengan patient. Tapi Rasyidah, kerja yang engkau tengah buat sekarang ni antara kerja yang paling mulia atas dunia ni. Memudahkan urusan orang, melawat orang sakit, beri kebahagiaan, harapan untuk orang lain. Rugi rasanya kalau segala amalan yang susah payah kau buat ni hancur sebab tiada keikhlasan. Rasyidah, ingatlah Allah sentiasa melihat dan menghitung. Dia memberi ganjaran bagi setiap perbuatan baik. Ikhlaslah Rasyidah, demi akhirat yang menantimu. Dan ikhlas atau tidak, sama sahaja bebanan kerja, tak berkurang sedikit pun kalau kau banyak merungut dan tak ikhlas.

Kalau fikir dunia sahaja, maybe aku dah give up dengan hidup. Untunglah, aku ada Allah. Ada akhirat. Ada janji-janji Allah yang mengajar, kalaupun kita tak bahagia di dunia, tapi akhirat itulah harapan kita.

Terima kasih Allah, kerana memberi aku ujian-ujian yang sedarkan diri sendiri bahawa dunia ni tak selalu indah, dan kita takkan selalu dapat apa yang kita nak. Ujian mengajar aku bahawa dunia ini sementara. Dunia ini tidak adil. Mana keadilan dunia kalau kita membandingkan nikmat kehidupan masing-masing. Emak yang sudah sangat tua tapi masih perlu menjaga anak yang sakit lumpuh dan memerlukan bantuan seratus peratus sedangkan emaknya tadi pun tak mampu. Tapi di bahagian lain di atas dunia ada insan yang sihat, kaya, bahagia bersama keluarga dll. Dunia tidak akan mampu untuk adil. Akhirat itu adalah harapan kita semua. 

Moga 2022 lebih baik. Dan paling penting, aku akan ubah diri aku kepada yang lebih baik.

Hati yang baik juga perlu dibuktikan dengan amalan dan akhlak yang baik. Moga Allah kuatkan aku sentiasa.

Tak tersusunnya post ni. Tapi takpelah dah penat bermonolog sendiri XD


Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi