Posts

Showing posts from May, 2011

Tarbiya daripada-Nya~histeria di IKB

Alunan al-Quran daripada saudara Taqiuddin mengusik hati. Majlis Schoolwide Enrichment Model petang itu diadakan besar-besaran walaupun tidak banyak sekolah yang hadir. Tapi ditengah-tengah ketenangan alunan surah al-Waqiah ada juga jiwa yang seksa mendengarnya. Dialah Angsana. Dari tadi mengurut-ngurut kepalanya seakan tidak rela mendengar kalam Allah tersebut. Rima dan Sakti di belakangnya menunjukkan reaksi. "Eh, ok tak?" Rima menuturkan kata. "Takpe, ok lagi ni" balas Angasana dalam keperitan. Tiba-tiba, dari sudut tepi, Kasturi memunculkan diri. "Angsana, Chempaka panggil dekat bilik rehat" selamba Kasturi menuturkan kata-kata. "Sape ada dalam bilik rehat?" Angsana membalas dengan nada yang agak tinggi. "Chempaka dengan Dewi je" balas Kasturi lagi. "Tipu! Ustaz Fahmy ade?" "Tak! Sumpah!" Angsana bangkit dari kedudukannya. Diikuti Rima dan Sakti. Angsana terduduk sebentar semasa hampir dengan bilik rehat. Dia