Posts

Showing posts from October, 2012

Sabar Yang Perlu Ada

Image
Bismillah. Allah sedang berbicara tentang erti sabar dan ikhlas kerana mungkin saya sudah melupakan erti sabar dan ikhlas tersebut. Tak sangka dan sungguh tak sangka. Banyak ujian yang melanda diri kebelakangan ni.  Tapi, Bila fikir balik, mungkin Allah hendakkan kejutkan diri yang dalam keadaan yang selesa supaya lebih mengingati Dia. Allah hendak sedarkan bahawa, dah banyak diri ini terlalai, dah lama tak dapat pengisian, dah lama tak mengulang betul-betul, dah banyak sangat gelak, dah kurang sangat menangis. Ujian macam datang tak henti-henti, mengalahkan ribut pasir yang selalu la jugak melanda Jordan ni. Sampai berhabuk habis semua barang atas meja. Okay, langgar topik.  Hari tu, masa fatrah sangat sedih, rasa macam diri terhempap-hempap, tak tahu nak buat macam mana, dan ambil headphone pasang terus Quran. Tersentap bila, ayat ni sekali lagi muncul bila rasa ditimpa ujian. " Belum tibakah waktunya bagi orang-orang beriman, untuk secara khusyu mengingati Alla

Sobs

Bismillah. Kebelakangan ni, asyik meluas perasaan. Ye perkara tu bukanlah lagi zikr. Walaupun hakikat blog ini bernama Wazakkir. Hihi. Kalau anda tetibe terbuka blog ini kerana saya tahu sedikit sukarelawan sahaja yang buka blog ini ketahuilah post ini mengenai luahan rasa. Again. Dan sejujurnya, biarlah blog ni jadi tempat dilontarkan kesedihan, dan sewajibnya kesedihan itu diadukan kepada Allah. Sebab saya dah rasa memang takkan ada yang akan faham dengan apa yang saya rasa sekarang. I mean, di sini. Acece, sedih tak? Tapi serious sedih ni. Sesedih muzik instrumental, I am truly missing them. Sape? Dqians. Biah dQ. Biah Quran. Biah ukhuwah fillah. Biah ingat mengingatkan. Biah program dQ. Biah tadhiyyah sahabat. Biah tadhiyyah segalanya. Saya merasa semuanya. Merasa segalanya yang semakin berubah. Merasa kehilangan di jiwa. Merasa kosong tanpa diisi. Bukanlah hidup diisi tiada pengisian. Banyak je perkara yang baik yang perlu untuk kite approach sendiri, makanya untuk pe

Ini Luahan Rasa : Saya Sayang UJ !

Image
Bismillah. " Akak suke duk kat sini tau, sebab kat sinilah ajar akak macam mana kuatnya pergantungan kita pada Allah. Kat sini, ramai yang akak jumpe, termasuk pengalaman diri akak sendiri. Ujian yang kadang-kadang tak terfikir dek akal, sampaikan memang takde harapan lain selain Allah. Makanya, tawakkal kepada Allah tu menjadi luar biasa. Ingat kita berada di bumi ni, Allah nak bagi ujian biasa-biasa ke? Ni ujian bumi Syam, dan kadang yang tak terasa diuji kerana nikmat yang tak putus-pustus, hakikatnya lebih hebat lagi ujian bila diri melupakan Allah " Okay, post ini adalah post yang sedih. Walaupun keputusan sebenar tak keluar dan tak tahu la lagi nasib macam mana sekarang tapi rasa macam tak tertahan nak meluahkan apa yang dirasa. Bermacam ujian yang telah didatangkan Allah semasa berada di sini, tapi rasanya inilah yang paling memeritkan. Rasa yang tak dapat nak diluah dengan kata-kata, rasa yang Allah sahaja yang mengerti. Duwalii. Mawazi. Duwali. Mawazi. Duwa