Posts

Showing posts from 2010

Allah Sayang Kamu

Shukri tergamam di hadapan skrin laptopnya. Sudah lama benar dia tidak menjenguk ke laman-laman web yang hangat diperkatakan orang sekarang. Terutamanya laman web yang giat memasang perangkap kepda warga-warga muslim di luar sana. Facebook. Sudah lama Shukri mendengar khabar tentang facebook. Tetapi tidak pernah pula menyertainya. Entah mana datang gerak hatinya itu, lantas dia mmilikilah satu akaun facebook yang menjadi gilaan ramai. Memegang status seorang huffaz Shukri bersedia menyediakan profile yang cukup 'warak' dan 'alim'. Gambarnya cukup dengan renungan-renungan tetentu perihal Islam. Dan juga gambar dia bersama teman-teman seperjuangan di sebuah Maahad Tahfiz. Cukup menarik perhatian. Sopan berjubah dan berserban. Pasti jika dilihat mana-mana perempuan, terkesima juga iman di dada. Status Shukri tidak pernah menggambarkan keduniaan. Semuanya digambarkan dengan cukup indah melalui hadith-hadith Rasulullah dan kata-kata ulama'. Cukup menginsafkan. Cukup juga

Kesabaranmu itu....

Wajah sayu itu ku tatap beberapa kali. Namun, di sebalik wajah sayu itu tersembunyi seribu satu pahit getir yang telah dilaluinya. Aku mengalihkan pula pandangan kepada susuk tubuh yang kurus kering itu. Di sebalik tubuh itulah tersembunyi hati yang sudah masak dengan pelbagai jenis dugaan hidup. Hati yang terhimpun kesabaran yang memuncak jauh sekali dengan raut wajahnya. Kenangan silam berulang,.. Kami melangkah masuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. Hospital yang baru sahaja ditukar nama itu masih berdiri megah walaupun sudah bertahun-tahun ianya berbakti kepada masyarakat. Di situ jugalah tempat ayahku mencari rezeki halal. Langkah kami semakin melaju apabila sampai ke tingkat 8, tempat di mana Ustaz Azuwan ditempatkan. Akhirnya, kami sampai di hadapan katil yang di atasnya berda seorang yang lemah, tidak berdaya. Kami semua menarik nafas, bukan lega tetapi terkejut. Ustaz Azuwan yang dahulunya berisi, kini sudah kurus kering. Dia dimasukkan ke hospital sebulan lalu setelah masala

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Terketar-ketar tubuhku, nafas, ku tarik perlahan-lahan,, Namun semuanya tidak menampakkan perubahan, aku disapa suara ibuku, aku gagahkan diriku membuka dua kelopak mata yang tiada bermaya, "Ok tak?" sayup-sayup suara itu menyapa gegendang telingaku "Kurang, tapi, insyaAllah, boleh bertahan lagi ni.." jawabku, seakan berdusta "Mmm.. kita pergi hospital lepas Subuh nanti la ye.." jawab ibuku. "Ok2" Tangan berurat itu perlahan-lahan menggosok-gosok belakangku. Aku gagahkan diri menahan ujian Allah ini, teringat aku sabda Rasulullah dalam sebuah Hadis Qudsi "Tidak Aku timpakan penyakit kepada hambaKu melainkan aku gugurkan dosa-dosanya seperti gugurnya daun pokok pada musim luruh" KuasaNya tidak dapat ditandingi, aku rasakan paru-paru semakin sukar menyedut udara daripada luar. Bunyi kurang senang keluar daripada mulutku membuatkan si ibu yang sudah gelisah bertambah gelisah. "Ok tak ni?? Makin teruk je,, kita pergi hospital sekarang

Fadhilat Solat Tahajjud

Image
Sembahyang tahajud iaitu sembahyang sunat dua rakaat, merupakan di antara pelbagai shalat sunat yang disyariatkan oleh Allah. Ia ditunaikan apabila seseorang itu terjaga daripada tidur sementara waktu yang paling sesuai melakukannya adalah di antara sepertiga malam iaitu kira-kira dari pukul 2:30 pagi hingga menjelang subuh. “Kalau nak sembahyang sebelum tidur, iaitu selepas sembahyang isyak pun boleh, tapi lebih eloklah pada sepertiga malam kerana waktu itulah yang paling sesuai untuk seseorang itu membersihkan jiwa serta mendekatkan diri dengan Allah” kata Ustaz Muhd Shafie, setiausaha penasihat syariah sebuah syarikat makanan antarabangsa. Sebagai seorang yang banyak membuat kajian berhubung shalat tahajud, Mohamad memberi penjelasan lanjut mengenai sembahyang itu ringkas tetapi padat. Beliau memberitahu, walaupun sembahyang tahajud dua rakaat sahaja, ia boleh ditunaikan lebih daripada itu mengikut kemampuan masing-masing. Bagaimanapun sebelum sembahyang tahajud, adalah lebih elok j