Sunday, November 21, 2010

Allah Sayang Kamu

Shukri tergamam di hadapan skrin laptopnya. Sudah lama benar dia tidak menjenguk ke laman-laman web yang hangat diperkatakan orang sekarang. Terutamanya laman web yang giat memasang perangkap kepda warga-warga muslim di luar sana. Facebook.

Sudah lama Shukri mendengar khabar tentang facebook. Tetapi tidak pernah pula menyertainya. Entah mana datang gerak hatinya itu, lantas dia mmilikilah satu akaun facebook yang menjadi gilaan ramai. Memegang status seorang huffaz Shukri bersedia menyediakan profile yang cukup 'warak' dan 'alim'.

Gambarnya cukup dengan renungan-renungan tetentu perihal Islam.
Dan juga gambar dia bersama teman-teman seperjuangan di sebuah Maahad Tahfiz.
Cukup menarik perhatian. Sopan berjubah dan berserban.
Pasti jika dilihat mana-mana perempuan, terkesima juga iman di dada.

Status Shukri tidak pernah menggambarkan keduniaan. Semuanya digambarkan dengan cukup indah melalui hadith-hadith Rasulullah dan kata-kata ulama'. Cukup menginsafkan. Cukup juga menkagumkan mana-mana pemerhati yang membacanya.

Hari berganti hari, jumlah 'friends' semakin ramai. Semua terpikat dengan penampilan Shukri yang begitu warak laksana ustaz.

Dek kerana ramaina kawan, ramainya yang mengomen statusnya, Shukri jadi terikat dengan facebook. Kalau sehari tidak 'on', demam kambinglah Shukri.

Hinggalah satu hari.

"Assalamu'alaikum akhi"
Ungkapan yang muncul dari tetingkap 'chat' cukup melajukan degupan jantung Shukri.

Bukan senang Shukri hendak membalasnya. Peru dikaji siapa orangnya, baik budinya, kalau boleh biarlah sepadan, huffaz sama huffaz, warak sama warak. Ternyata, 'profile' muslimah ini cukup cantik di mata Shukri. Sekolah pula sama tahfiz. Bagai pinang dibelah dua nampaknya.

"Wa'alaikumusalam ukhti"

Maka bermulalah satu perbualan diantara dua orang huffaz yang mengaku mereka berukhuwwah atas nama Allah. Mereka salaing membri tazkirah atas nama Allah. dan sealu meletakkan tanda 'ukhuwwah fillah' di akhir perbualan mereka.

Syukri sudah tidak sedar. Dulu, ada ustaz cakap, berhubung dengan seorang muslimah tanpa sebarang keperluan adalah haram. Ya, haram. Tapi bagi Shukri, ditibainya dengan,

'Sekarang kita ada keperluan ya ukhti, kita saling nasihat-mensihati antara satu sama lain, setiap mukmin dan mukminah perlu sentiasa menyuburkan tazkirah di dalam lubuk hati mereka supaya tidak lupa akan Allah, bahkan ada hadith Rasulullah yang menyebut, jika hati seorang mukmin itu tidak diberi tazkirah selama 3 hari, bertambahlah satu titik hitam didalam hati seseorang itu"

Begitulah setelah syaitan mengambil tempat di sudut hati. Bagai pihak pembangkang, sentiasa mencari usul untuk mengalahkan pihak kerajaan yang berdiri dengan usul yang tidak mungkin dapat dikalahkan. Pandai sahaja membuat hukum sendiri. Fatwa menipu.

Dek kerana hubungan Shukri dengan muslimah tersebut yang semakin rapat dari hari demi hari, segala tazkirah sudah bercampur-baur dengan luahan perasaan, masalah dan sebagainya. Sudah pandai bertanyakan khabar, sedang buat apa?, sudah makan?.
Besarnya keperluan tersebut.

Hinggalah satu hari, Shukri begitu tertarik dengan istilah 'couple' yang dibawa begitu ramai remaja sekarang. Tanpa segan silu, dia mengajak muslimah tersebut ber'couple;. Katanya atas dasar ukhuwwah fillah. Supaya hubungan mereka tidak terputus suatu hari nanti. Nombor telefon bimbit pula diambil. Semakin rancak bisikan syaitan yang menghantui kedua-dua huffaz ini.

BEGITULAH HARI BERGANTI HARI.

Cuti semester sudah tamat. Giliran Shukri untuk kembali ke Maahad Tahfiz semula menyambung pengajiannya. Di sekolah, Shukri begitu terjaga. Sudah namanya lil banin. tengok muslimah pun kadang-kadang, inikan pula berhubung. Mahfuzo sungguh.

"Kenapa kamu ni Shukri? makin teruk hafazan, kamu nak khatam ke tak?"

Tergamam kawan-kawan Shukri yang lain, melihat Shukran dibentak Ustaz Zakaria. Tidak pernah. Baru kali ini.

Shukri diam membisu.

"Ustaz nak esok kamu tasmi 5 mukasurat sekaligus. Ikutla kamu nak mengadap ustaz dalam keadaan macam mana pun esok!"
Tersirap darah Shukri melihat ustaz kesayangannya memarahinya begitu sekali.
Shukri pun hairan, dia tidak dapat menhafal satu mukasurat pun selama sehari. 2 jam pun belum habis satu muka. Tergagap macam oarang baru nak mengaji.
Selalunya, 15 minit dia sudah berjaya menghafal satu mukasurat beserta makna sekali.

Malam itu.

Sayup-sayup kedengaran suara mengalunkan ayat-ayat Allah di tengah gelapnya malam. Shukri tidak berputus asa. Baginya, mungkin ayat ini susah berbanding ayat-ayat sebelumnya.

Tidak berkesan dengan hanya sebutan daripada mulut, Shukri menulis ayat tersebut.
Namun, usahanya tidak membuahkan hasil. Akhirnya, di tengah gelapnya malam itu, Shukri menangis di hadpan Tuhannya. Dia sendiri tidak tahu apa yang ditangisinya. Sendirian. Shukri berharap agar Allah melimpahkan kurnianya secara tiba-tiba dan mengembalikan kekuatan hafalannya seperti dahulu.

Shukri mencuba lagi. Mencuba lagi. Dalam tangisan berselang kalamullah.
Dia menanti saat Allah memberi nikmatnya semula.

Lantas dalam kehenian malam tersebut, dalam lenanya tidur rakan-rakannya, seorang abang bangun merebahkan diri di hadapan Shukri.

"Kenapa ni Shukri, abang dah lama perhatikan Shukri, dari tadi merintih, kenapa?"

Tersentak sebentar Shukri. Tidak sangka dari tadi ada mata yang memerhatikannya.
dalam teragak-agak dia berjaya menceritakan kepada abang tersebut, Muslim.

"Awak ada buat apa-apa sebelum ni tak, yang awak rasa salah?"

Fikiran Shukri terus melayang kepada muslimah tersebut. Baru dia terfikir akan perihal tersebut. Segera dia menceritakan semuanya kepada Muslim.
Muslim menghadiahkan sekunum senyuman.

"Bersyukurlah kamu Shukri. Allah sayang kamu. Inilah akibatnya kalau kamu tidak pernah berdepan dengan maksiat sebegini. akibat daripada lalai mengingatiNya"

"Maksud abang?" Shuukri menyapu air matanya yang mengalir ke pipi.

"Itulah. Kamu tak pernah buat maksiat sebelum ni. Tiba-tiba kamu buat hal macam ni. Terus Dia tunjuk. Dia bagi kamu susah untuk ingat ayat-ayatNya. Dia nak tunjuk kat kamu yang Dia tak suka kamu buat benda ni. Pernah dengar cerita pasal Imam Syafie'?. Dia hilang 1/3 dripada hafalannya masa dia terlihat betis seorang perempuan. Macam tulah. Allah sayang dia. Allah tak nak dia buat maksiat dan terus tunjuk akibat. Bukankah orang itu akan berubah apabila terima akibatnya?"

Berderaian air mata Shukri jatuh menyembah bumi. Dia tidak terfikir tenttang hal itu sebelum ini. Tidak terfikir betapa melimpahnya kasih sayang Allah terhadap dirinya.

"Sudahlah Shukri, yang penting kamu sudah sedar sekarang"

Shukri mengucapakan terima kasih kepada Muslim dan bersalam dengannya.
Shukri bangkit dan menghamparkan sejadahnya. Dia menunaikan Solat Sunat Taubat dengan penuh keinsafan. Seluruh jiwanya diabadikan kepada Tuhannya.
Dia memohon ampun kepada Tuhan Sekelian Alam yang telah memberinya hidayah yang tidak ternilai harganya.

Esoknya, dia terus meninggalkan mesej kepda muslimah tersebut.

"Asslamualaikum ya ukhti. Terima kasih kerana sudi mengenal ana selama ini. Terima kasih juga kerna telah hadir dalam hidup ana sebagai ujian dan secara tidak langsung hidayah. Ana sedar sekarang siapa diri ana. Ana sedar akan kelalaian ana selama ini yang menyebabkan ana tunggang langgang dalam menggapai cinta Ilahi. Ana harap enti sedar akan kenapa ana mengambil keputusan begini. Tidak mengapa kita berpisah demi kehendak Ilahi. Terima kasih juga atas segala tazkirah yang enti suburkan dalam hati ana ni. Ana harap selepas ini, tiadalah kiriman sms atau mesej melalui facebook. Ana juga akan menghapuskan akaun tersebut. Maaf akan kehadiran ana yang telah mengganggu hubungan enti bersama Tuhan enti. Dan ingin ana beritahu enti untuk kali terakhir. Tiada istilah ukhuwwah fillah antara banin dan banat yang masih tidak ada apa-apa hubungan.

Wassalam"

Shukri sekali lagi mengucapak syukur ke hadrat Ilahi yang telah memberinya nikmat yang tidak terhingga. Moga kesilapan ini tidak berulang lagi di lain hari.

Dan, sekarang hafazan Shukri sudah kembali seperti biasa. 30 juz al-Quran sudah habis dihafalnya. Sudah memegang gelaran 'masyi' dan 'siqoh' dalam maaahd tahfiz di sekolahnya.

Alhamdulillah.
cintaMu tidak ada tandingannya.




















2 comments: