Posts

Showing posts from June, 2014

Ceritanya Cinta

Image
Bismillah Sama ada, Angin di selat yang menghubungkan laut hitam dan putih itu, Mahupun tanah Asia yang aku jejak tika itu, Ataupun tanah Eropah yang aku lihat tika itu, Cukup menjadi saksi, Buat sejarah istimewa yang telah menambat hatiku, Memaksa aku merindui, Tanah yang tertegaknya khilafah itu. Kembara Uthmaniyyah Sehari sebelum berjaulah, sempat buka laman saifulislam. Separuh artikel tentang Turki sempat dihadamkan. Buat bekal perjalanan 11 hari di bumi Turki. Banyak ustaz nukilkan tentang betapa mahalnya tamadun Turki Uthmaniyyah, yang tidak semua orang tahu tentang keagungannya satu masa dahulu. Teringat juga dulu, waktu zaman ikut daurah ISK. Tamadun yang dikatakan berupaya menakluk 2/3 dunia, suatu yang amat perlu dibanggakan dan dijadikan ibrah buat kita semua. Mungkin, terlalu banyak cerita yang sama meresap masuk ke dalam telinga. Akan jatuhnya khilafah kerana seorang manusia yang dikenali sebagai Mustafa Kamal. Akan ditawannya kota Kostantinopel itu