Posts

Showing posts from March, 2012

Inspiration.

Image
' Kita merancang, tapi perancangan Allah lebih baik daripada perancangan kita' Memang. Kita hidup dan terus hidup. Terus merancang apa yang kita akan lakukan selepas ini dan selepas itu. Tapi hakikatnya hanya Allah yang boleh merealisasikan perancangan tersebut. Hanya Dia Yang Maha Berkuasa. Dia menentukan segalanya walaupun bendanya sebesar zarah sekalipun. Dan perancangan hidup saya jelas sekali tiada dalam list perkara impian yang saya rancang sejak dulu lagi. Betapa kecilnya, perancangan saya dengan perancangan Allah. Betapa indahnya perancangan Allah itu sendiri. Dari seorang pelajar sekolah rendah yang tak tahu apa-apa tentang agama, yang anti sekolah agama, tapi lihatlah perancangan Allah itu sendiri. Allah menghantar saya ke sebuah sekolah yang saya sendiri tidak memgetahui bahawa ia sebuah sekolah agama. Bukan sekadar agama, malah tahfiz. Kalau direnungkan balik, betullah. Imtiaz sahaja sekolah agama yang namanya memang tiada simbolik agama tersebut. Mana

Dear Profesor.

Image
Kepada. Pippa Hasbi. Welcome. :) (haha) Classmate Ibnu Jarud yang sama-sama 'menghadapi' Ustaz Faez dan Ustaz Rasul. Kadang-kadang buat senyum-senyum kambing dan kemudian mintak tasmi' dengan 'budak Ganu' ni. Kadang-kadang tahan gelak tengok Profesor tutup mata sambil muka control tahap gaban. Ustaz jarak sejengkal pon tak sedar bahawa Profesor sudah syahid. Kadang-kadang, mengada-ngada nak tebuk orang (i.Allah pasni takde, Musabaqah sudah berakhir) Teringat ayat Mirae, jangan ditebuk nanti tak pasal-pasal kite yang kembang ni meletup, tak pasal-pasal boleh jadi Miss World. Classmate 12G3. Yang selalu tunjuk jalan untuk ke kelas lepas habis kelas tasmi' sebab 'budak Ganu' ni tak pernah belajar nak cari kelas sendiri. Tak lupa juga,yang sentiasa marah-marah macam singa betina time kelas English sebab suruh 'budak Ganu' buat ayat sendiri. Ketahuilah profesor, 'budak Ganu' tidak takut kepada Profesor melainkan apabila menghadapi ayat-ayat b

Sibuk dengan al-Quran ?

Image
Allah datangkan satu-satu ujian itu untuk mereka yang benar-benar dapat menghadapinya. Bukan sembarangan orang apabila diuji dengan ujian yang kadang-kadang meremukkan hati. Usai Program MANTOP tempoh hari, hati saya sarat syukur kepada Allah atas nikmat yang telah dikurniakan-Nya selama ini. Dan paling menyentuh, kisah pengalaman orang yang hafal al-Quran dengan payahnya tapi masih istiqamah dengan al-Quran sampai ke penghujungnya. Dan suka saya menceritakan pengalaman akak ni,. Beliau menceritakan, Usai berprogram dengan jayanya, maka bermulalah perjalanan seorang mahasiswi Darul Quran untuk menghafaz al-Quran. Dan untuk akak ni, bukanlah senang beliau menghafal satu mukasurat al-Quran, apatah lagi nak hantar modal 2 maqra' sehari. Akak ni bercerita, 2 jam pun belum tentu dia dapat menghabiskan satu mukasurat dengan lancar. Jadi, 2 jam kali 5 mukasurat, 10 jam. Sedangkan di Darul Quran, pelbagai program dianjurkan dan untuk seorang yang tidak mengorbankan masa untuk bersama al-Qu