Posts

Showing posts from 2014

Bingkisan Buat Pejuang Ilmu

Image
Bismillah. Orang kata, kalah dan jatuh tu adat kehidupan. Ye lah kan, ni bukan syurga 24 hours nak dapat kenikmatan. Jatuh jatuh tersepak berdarah tu betullah adat kehidupan. Kalau takde hal yang sebegini, mungkin bukan dunia yang kau jejak. Ataupun segala kenikmatan yang diberikan, sampai lupa jenis 'ujian' yang begini. Dan untuk sekelian kalinya. " I'm sorry, this is how it is." Sepatah kata-kata Dr Nafith. Tapi hancur berkeping-keping hati. Dalam hati, this is too much. Rasa sakit dalam hati yang tak dapat diungkapkan. Bibir beristighfar yang tak boleh diterjemahkan sampai ke dalam hati. Hakikat yang masih 50/50 terbayang dalam kepala. How will I gonna face all of this ? Sebentar tadi dalam Musolla. Noura masuk ke dalam Musolla dan dengan gembiranya bagitahu kami "Alhamdulillah I passed !" . Terus dia sujud syukur. Alhamdulillah dan syukur buat dia. Wajar insan seperti dia dikurniakan ganjaran sebegitu. Tak lama, kawan baik Noura p

Tahun Katang

Image
Bismillah. Alhamdulillah, alhamdulillah thummalhamdulillah. Walau belum berakhir lagi perjuangan untuk menghabiskan sisa tahun 2, tapi tetap, akhirnya habis mengharungi silibus tahun yang penuh makna ini. Sukar diekspreasikan dengan kata-kata, tentang bermaknanya tahun ini. Tahun kematangan. Tahun air mata murah. Tahun tahan sebak di dada. Tahun penuh rahsia. Pelbagai. Kalaupun satu hari nanti kita kalau diizinkan Allah untuk gembira meraikan kejayaan, tahun ini pasti takkan luput di ingatan, kerana ia tahun kehidupan yang sangat mengajar sebuah erti hidup. Bermula dengan semester 1 yang sungguh tidak disangkakan ceritanya begitu, cerita pelajaran Medic yang semakin mencabar, cerita tentang keluarga yang bersedih di Malaysia, kakak sakit teruk, atuk tersayang meninggal time nak exam, kerja persatuan yang sungguh mematangkan diri, cerita hati yang gundah gelana dan berbagai bagai lagi cerita lain. "Apa ertinya seseorang itu menerima tarbiyah, bagaimana kita nak melihat s

Ceritanya Cinta

Image
Bismillah Sama ada, Angin di selat yang menghubungkan laut hitam dan putih itu, Mahupun tanah Asia yang aku jejak tika itu, Ataupun tanah Eropah yang aku lihat tika itu, Cukup menjadi saksi, Buat sejarah istimewa yang telah menambat hatiku, Memaksa aku merindui, Tanah yang tertegaknya khilafah itu. Kembara Uthmaniyyah Sehari sebelum berjaulah, sempat buka laman saifulislam. Separuh artikel tentang Turki sempat dihadamkan. Buat bekal perjalanan 11 hari di bumi Turki. Banyak ustaz nukilkan tentang betapa mahalnya tamadun Turki Uthmaniyyah, yang tidak semua orang tahu tentang keagungannya satu masa dahulu. Teringat juga dulu, waktu zaman ikut daurah ISK. Tamadun yang dikatakan berupaya menakluk 2/3 dunia, suatu yang amat perlu dibanggakan dan dijadikan ibrah buat kita semua. Mungkin, terlalu banyak cerita yang sama meresap masuk ke dalam telinga. Akan jatuhnya khilafah kerana seorang manusia yang dikenali sebagai Mustafa Kamal. Akan ditawannya kota Kostantinopel itu

Kita dan Limitasi

Image
Bismillah. " Saya kan, kalaulah komitmen tak sebanyak ni, banyak lagi yang saya nak terokai. Banyak lagi yang boleh dibuat. Banyak lagi boleh digarap. Banyak lagi yang boleh dimanfaatkan, lebih-lebih lagi dekat tanah barakah ni. Tapi disebabkan ada komitmen yang lebih utama, maka saya akan utamakan yang lebih utama. Tapi berbaloi ke kalau saya tak dapat macam yang orang lain dapat ? " Kehendak Kita Bermacam orang, bermacam pandangan. Pelbagai khilaf. Kadang kita berlapang dada, kadang kita terlepas menghamburkan kata kata kesat tidak bersetuju dan kadang kadang kita pendam dalam hati pendapat kita. Tak, kita tak sama, kerana itu wujudnya adab kita dalam berikhtilaf. Ada orang, belajar perubatan 6 tahun. Sepanjang 6 tahun manfaatkanlah masa yang diberi, wang yang dibayar, kepercayaan yang diamanahkan untuk buat sehabis baik dalam akademik. Kalau boleh, hindarkan perkara lain, jangan masuk campur. Kita ada amanah yang utama untuk kita bawa ke sini. Cukuplah pengalama

Melakar Pelangi

Image
Bismillah. "Mak, doakan Syidah ye, doakan study" "Mak doakan semua, mak bangun malam-malam doakan anak-anak semua. Tapi Syidah jangan main dah benda-benda luar. Jangan sibuk benda lain dah. Fokus belajar je." "Mak, Syidah dah terima satu jawatan ni, tapi Syidah janji akan urus masa elok-elok, takkan buat macam dulu dah.." rasa nak terucap, tapi terhenti di hujung lidah. Bimbang kalau mak tak faham situasi diri sendiri. Ya, kalau bagitahu mak, confirm mak takkan benarkan lagi dah. Cukup pengajaran yang dulu. Memang confirm mak takkan izinkan. Diam. Mata panas. Merah. Main perasaan dengan mak macam ni lah jadinya. Lepas tahu result dekat Malaysia baru ni, mak pun tengok sendiri poster-poster PERTAMA dekat wall. Mak bising. Syidah masuk apa dekat sana nampak macam sibuk sangat. Mak ingatkan sebelum balik jangan libatkan diri dah dengan persatuan. Hari tu, memang tak nak terima jawatan ni teringatkan segala benda yang dah berlaku, tambah lagi ter

Jangan Tangisi Lelah

Aku pulang, Bersama keringat otak, Teringat aku kembali, Pernah aku terfikir mahu toleh ke belakang, Mahu menyepi, mahu menyendiri, Pernah juga aku terfikir, Mahu terus pulang, tanpa perlu melangkah lagi, Lalu aku mengeluh lagi, Kuatkah aku, Menghabiskan yang berbaki. Aku seka air mata yang benar jarang menitis, Mengumpul himmah yang masih aku harapkan ia untuk ada, Bersama aku, menemani aku, Walau terpaksa aku tempuhi lagi, Liku-liku yang tersisa. Aku tahu, siapa aku, Hendak menangis akan takdir yang telah tersurat, Atau hendak persoalkan mengapa aku, Atau hendak menidakkan akan hikmah yang telah ditakdirkan, Aku mengerti itu. Aku bermuhasabah, Akan cara aku mengurus si dia yang bernama emosi, Atau si dia yang bernama masa, Atau si dia yang bernama ujian, Dan si dia lain yang sungguh aku gagal lewati. Aku pandang ke hadapan lagi, Maka tiada pun yang mengerti apa yang aku alami, Tiada yang faham akan rentak yang sedang aku tari, Tiada yang bisa mengubah rint

Pertama ini Untuk Terakhirnya

Image
Bismillah. Time bahang betul terasa hari tu, sempat tulis tajuk je. Lepas bismillah, tutup laptop pejam mata. Dah kurang lebih setengah bulan PERTAMA habis. Usaha membanting tulang selama 5 bulan lebih kurang tu memang luar biasa kesannya. Kalau tak pada orang lain pun, dalam diri aku, tinggal banyak kesan-kesan. Weh, ayat lama tak menaip dan menulis ni. First time dalam hidup jadi Timbalan Pengarah. Tambah lagi buat program yang super besar dalam keadaan takde pengalaman dan kosong. Dekat IMTIAZ pernah ambik nama orang solat masbuq je, pastu suruh sembahyang kat padang. Kehkeh. Nostalgia zaman dulu-dulu. Akur sungguh aku digalas amanah. Ye lah maklum kerja-kerja bendahari pun selama ni aku tak buat langsung. So macam kononlah takde kerja sangat tu kan. Ceh. Kami di Amman sungguh sikit jumlahnya. Perlukan tenaga yang sungguh banyak untuk melaksanakan program sebesar ini. Dan memang pada mulanya, terlampau banyak masalah yang hadir melumpuhkan semangat kami. Soal penempat

A Typical Dream

Image
Bismillah. "Besar nanti nak jadi apa ?" "Besar nanti saya nak jadi Doktor cikgu. Nak tolong orang sakit, ramai. Nak tolong keluarga. Hari tu atuk saya sakit takde sapa nak tolong." Jawapan si kanak-kanak sekolah rendah. Ataupun yang Islamis sikit. "Saya nak jadi doktor yang hafal Quran cikgu. Nanti kalau orang datamg klinik saya saya nak pasang Quran" Ataupun lagi. "Nanti nak jadi Doktor, sebab income banyak, orang pandang tinggi, habis degree je pun dah dapat Doktor" Cita-cita ingin menjadi seorang doktor yang berjaya, sangat tipikal. Sangat. Bukan senang jumpa budak kecik cakap cita-cita nak jadi seorang ustaz ustazah yang ada PhD ke. Dah siap main doktor-doktor ambik ubat pensil mekanikal buat cucuk cucuk kawan berlakon, ambik pemadam buat antiseptic. Oh, typical. Sebab apa mindset manusia terlampau terjebak dengan cita-cita menjadi seorang doktor? Semua orang dipengaruh. Dan semua orang yang ambik Medic akan terus dipandang t