Bingkisan Buat Pejuang Ilmu

Bismillah.

Orang kata, kalah dan jatuh tu adat kehidupan. Ye lah kan, ni bukan syurga 24 hours nak dapat kenikmatan. Jatuh jatuh tersepak berdarah tu betullah adat kehidupan. Kalau takde hal yang sebegini, mungkin bukan dunia yang kau jejak. Ataupun segala kenikmatan yang diberikan, sampai lupa jenis 'ujian' yang begini.



Dan untuk sekelian kalinya.

" I'm sorry, this is how it is."

Sepatah kata-kata Dr Nafith. Tapi hancur berkeping-keping hati.

Dalam hati, this is too much. Rasa sakit dalam hati yang tak dapat diungkapkan. Bibir beristighfar yang tak boleh diterjemahkan sampai ke dalam hati. Hakikat yang masih 50/50 terbayang dalam kepala. How will I gonna face all of this ?

Sebentar tadi dalam Musolla.

Noura masuk ke dalam Musolla dan dengan gembiranya bagitahu kami "Alhamdulillah I passed !". Terus dia sujud syukur. Alhamdulillah dan syukur buat dia. Wajar insan seperti dia dikurniakan ganjaran sebegitu.

Tak lama, kawan baik Noura pula masuk, Sabeeka. Masuk musolla dan terus sujud syukur. Dalam hati ya Allah, both of them lepas. Sempat berpaling dekat Sabeeka tapi jawapannya.

"Second year" dengan wajah yang tersenyum dan isyarat dua di tangannya.

Pesan Sabeeka,

"Whatever it will be, say alhamdulillah, He will give you the best"

Kuat dan sabar manusia itu Allah kurniakan berbeza antara manusia kan ? Ya, ia soal iman. Soal sejauh mana kita tanamkan kepercayaan dan husnu zhon kita terhadap Allah. Soal sejauh mana kita terjemahkan erti syukur.

Oh Allah, ease my tasks for me and set my affairs, Ameen

Hikmah Yang Sirna

Apa hikmah duduk sini lama-lama pulak? Tambah lagi setahun untuk ganjilkan jadi 7 tahun. 7 tahun, kalaupun tiada aral melintang dah lepas ni. 6 tahun is long enough, pastu nak tambah lagi 1 tahun. A lot more things to do rather than to learn all the old things. Yeah,to repeat the whole year is not that easy. Dan kami perlu ambil all the subjects dan korek semula semua kertas yang dah masuk dalam kotak. Walaupun hakikatnya, bukan semua subjek pun yang kami failed.

Dan ya Allah, mengapa Kau perlu susahkan aku untuk bersusah payah begini sekali walaupun Kau tahu natijahnya begini ? Kenapa tak terus failkan awal-awal? Sakit yang ditanggung, air mata yang menitis, sejak kali pertama rasa dah berada di zon bahaya. Kau bagi harapan, demi harapan. Tapi at last, begini sudahnya. Tak pernah lagi berkorban sebegini rupa. Masa, tinggalkan kerja, habiskan duit, dan banyak lagi perkara, yang aku yakin, Engkau sentiasa melihatnya. Aku sangka kerana usaha ini, Kau akan perkenankan, tapi..

"Maybe it's not about the happy ending, maybe but it's about the story"

Kerana perjalanan yang payah ini, hanya satu perkara yang mungkin hendak Allah ajari. Iaitu didikan jiwa dan hati. Bagaimana hendak melatih hati, supaya cekal, sepanjang proses 'penantian' yang cukup lama. Sepanjang proses, melatih jiwa supaya belajar, belajar kuat, belajar tabah. Dan pastinya pengajarannya tidak akan kita perolehi dengan jalan yang mudah.

Sekali lagi, tarbiyah besar daripada Allah.

..............

 Mata manusia tak cukup kuasa melihat masa hadapan. Walaupun kita percaya dan nampak tidak ada apa-apa kebaikan untuk 'sesuatu' menimpa kita, percayalah mungkin kita sedang melihat hikmah yang sirna.

Cerita pengetahuan Allah itu takkan pernah sama dengan kita manusia. Ya, apalah ada pada pengetahuan kita berbanding dengan pengetahuan Dia. Nak lepas semua exam untuk second year, nak tanggung semua hafalan hafalan berat dan ingat semua materials dah teramat berat dan cukup berlimit dengan pengetahuan kita, inikan pula pengetahuan masa hadapan kita.

“Dan pada sisi Allahlah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh) [QS.6:59]

Apakah 'kunci-kunci ilmu ghaib'? Ada lima yang disebut dalam HR Bukhari berdasar ayat :

“Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang hari kiamat; dan Dialah yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada dalam rahim, dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal” (Luqman :34)

Allah has a better plan, tinggal kita belajar mempercayai bahawa Dia sebaik-baik pengatur kehidupan kita. 

Teringat kisah Murabbi, Ustaz Hasrizal dalam buku Di Hamparan Shamrock.

Kisah ustaz yang tertangguh graduasi sampai 3 tahun dek kerana masalah remeh-temeh. Kerana biasiswa ustaz yang tertangguh dan masalah dengan Arab di Jami'ah. Kisah ustaz ditahan imigresen UK (kalau tak silap) kerana visa yang tamat sehari sahaja. Tinggal untuk terbang sahaja semula ke Jordan. Ustaz ditahan di dalam lokap di sana. Masih ingat kata-kata ustaz ;

" Saya takkan pernah lupa peristiwa tu. Saya pun tak faham kenapa Allah nak uji saya sebegini rupa. Saya tak pelik dan hairan kalau kisah perjuangan saya seperti Said Qutb yang ditahan dalam lokap kerana perjuangannya mempertahankan Islam. Tapi kisah saya, ditahan dalam lokap kerana visa yang tamat ! "

Ustaz cerita, biasakanlah diri kita dengan kepayahan dan kesusahan. Supaya suatu hari nanti kita terbiasa dengan kesusahan dan jalan kita lebih senang daripada yang lain.

Saya kira hari ini, ustaz dah menjadi seorang yang sangat hebat dalam dakwahnya. Tulisan, kata-kata ustaz sangat banyak memanfaatkan manusia yang lain. Mungkin, peristiwa haritu tidaklah menyumbang dalam kejayaan ustaz, but, it's still, a part from ustaz's life. Dan penyumbang untuk ustaz jadi seorang murabbi seperti hari ini.


دع الأيام تفعل ماتشاء وطب نفساإذاحكم القضاء

Biarkan hari-hari berbuat yang ia inginkan
Cukup ubati jiwa, jika takdir telah diputuskan.

Chill. Satu hari nanti mungkin kita akan ucap alhamdulillah. Alhamdulillah sebab tahun 2 haritu, Dia bagi peluang untuk repeat. Mungkin, who knows ?

Hijab Doa ?

Setiap kali rasa sedikit futur time study, rasa letih sangat, rasa tak ingat semua yang dah dibaca semalam, setiap itulah rasa boleh bergantung lagi pada doa. Ya, insyaAllah, Dia ada, Dia akan tolong. Doalah sentiasa, Dia sentiasa mendengar.

Tak tipu, tak pernah meminta sebegini rupa. Doa yang berterusan daripada sem 2 lagi. Solat hajat, tulis surat kat orang pergi umrah, malam Ramadhan sekalipun tak tinggal untuk doa benda yang sama, suruh mak doa, sampai mak pun tak tinggal solat hajat, sampai mak tahu setiap masa exam dan setiap kali tu mak pergi baca Yassin dan doa dekat musolla sekolah, siap suruh budak tahfiz solat hajat...

Time tahu result, perkara yang first terdetik,

"Ya Allah, Kau tak dengar ke doa-doa tu ? Jahat sangat aku sampai Kau tak boleh makbulkan doa yang satu ni je ? "


Astaghfirullah. Sampai sehari dua jugak rasa diri agak futur fikirkan benda ni. Padahal manusia itu tugasnya meletakkan setinggi-tinggi husnu zhon mereka terhadap Allah.

(Ingatkanlah peristiwa) tatkala Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhannya, dengan doa permohonan secara perlahan. Ia merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang-tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku dan aku - wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu. ( Maryam : 3-4 )

Walhal beliau seorang Nabi, Nabi Zakariya. Seorang nabi yang berdoa diberi zuriyat daripada muda sehingga rambutnya telah putih, tulangnya telah lemah dan beliau masih tidak berhenti berdoa dan mengharap untuk Allah mengurniakannya zuriyat, walhal dia tahu, peluangnya makin tipis..

Kerana itulah, saat dia diberita berita bahawa akan dianugerahkan zuriyat daripada Allah, 

(Nabi Zakariya diseru setelah dikabulkan doanya): "Wahai Zakariya! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang menggembirakanmu, dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang Kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya"
( Maryam : 7)
    
Nabi Zakariya sungguh terkejut, kerana akhirnya Allah perkenankan doanya. Beerti ketika itu Nabi Zakariya mungkin sudah hilang harapan baginya untuk beliau mendapatkan zuriyat, tapi tidak pada hilang pada kepercayaan kepada Allah.

Dan kamu, yang bukan Nabi, bukan orang soleh-soleh pun, nak sedih dan rasa doa tak didengari ?

Bersabarlah, mungkin doa-doa itu akan dijawab suatu hari nanti dengan jawapan yang kita sebagai manusia tidak mengertikan. Jangan hilang percaya dan iman kita kepada Allah, itu sahaja. Apa yang penting, merasa Dia sentiasa ada dan mendengar, dan cara untuk mengetahui Dia mendengar itu bukan dengan cara dia memakbulkan doa begitu sahaja.

Jalan Terus

Whatever it takes, life goes on. Awak nak sedih, nak meraung, nak nangis, nak teriak satu dunia dengar, buatlah. Masa akan terus bergerak dan mengajar awak apa itu kehidupan. Masa juga akan terus bergerak, tak kira awak nak buat yang terbaik atau the worst. Dan kesannya nanti akan terlihat pada diri kita sendiri. Sama ada kita benar-benar memaknakan peluang yang sentiasa ada, ataupun mensiakannya. Dan pastinya, jalan terbaik untuk meneruskan kehidupan ini, pasti akan sentiasa ada. Sentiasa.


Tinggal 3 orang cuma, yang akan teruskan langkah di tahun ketiga perubatan.  

Mungkin kita keluar rumah lepas ni tak sama, dewan kuliyah tak sama, material tak sama, dan kita takkan berpeluang untuk buka buku dan revise sama-sama sampai pening lalat pun berjemaah, masuk praktikal pun tak sama, dan semua lagi saat-saat yang mungkin kita bersama-sama sebelum ni. 

Kita dah bertukar tittle, kami doctor 2013, dan kamu, doctor 2012.

Hanya 'sekolah' yang tak mensamakan kita. Tapi in real life, saya harap, we are still the six. Walaupun mungkin lepas ni saya akan sebut, 2nd year of medical school, tapi still, 3rd year of life in Jordan. Dan still, masuk tahun ketiga bersama kalian. Kalian yang sangat istimewa dan menguatkan. Allah pisahkan kita nus-nus, mungkin cukup adil dan saksama. Kadang-kadang ukhuwah tu bukan kerana kebersamaan sentiasa juga, tapi sejauh mana hati-hati kita terikat. Moga tautan akan berkekalan sehingga ke akhirnya.

We will meet in the musolla, right ? :')

Gift

------------

Mungkin, terlampau fokus akademik sejak daripada sem lepas. Dan Allah nak suruh ambil tahu benda-benda lain. Duduk lagi lama kat sini. Ambil peluang banyak lagi. Baca buku banyak-banyak. Berkhidmat banyak lagi. InsyaAllah. Perlu ada perancangan untuk semua yang diimpikan. Moga dimudahkan.

Every night you cry yourself to sleep
Thinking: “Why does this happen to me?”
"Why does every moment have to be so hard?”
Hard to believe it!

Down on my knees tonight,
Ya Rabbee (My Lord) one more chance to make it right!
I may not make it through the night
I won’t give up on Your mercy!

Sedang mencari lagi kekuatan yang tersisa sebenarnya. Maaf kalau terkasar bahasa, 'ter'bad mood. Moga Allah kuatkan kita.


Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi