Final Ramadhan

Bismillah.

Tahun 2019 mungkin tahun paling bermakna sepanjang pengajian di Jordan. Tahun terakhir menjadi penuntut kuliyyah perubatan di University of Jordan, tahun terakhir merantau jauh di bumi orang. 7 tahun bukan tempoh yang sekejap, ia perjalanan yang penuh pahit dan manis dan untuk menghabiskan satu jangka masa yang sangat lama ini sangat memeritkan, tapi akhirnya Allah Maha Penyayang, Dia memungkinkan segala yang mustahil.

Peperiksaan final tahun 6 kali ini sangat mencabar. Mungkin final yang paling mencabar sepanjang di Jordan. Jamiah Urduniyyah pula suka introduce something yang membebankan penuntutnya. Research project, qarar baharu OSCE perlu buat lepas habis satu rotation dan satu lagi waktu final, jadual exam yang sangat rapat dan sendat tambah lagi dalam bulan Ramadhan. Hanya Allah yang tahu rasa bebanan time tu. Stress, tak cukup tidur, dapat soalan OSCE susah, dapat Dr yang tak menolong. Dan segala macam lagi ujian yang Allah nak kirim time tu.

Image result for result quotes

Tahun enam adalah tahun terpenting sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar. Ada 4 subjek core, Int Medicine, Surgery, Pediatrics dan OBGYN. Subjek ini yang mainkan peranan besar dalam ilmu perubatan klinikal. Bila dah final year, just perlu ulang material tapi disebabkan time fourth year dulu pun material masih tersasar jadi nak kena baca buku baru balik, sebab time fourth year entah apa je yang faham sebenarnya. So alhamdulillah, final haritu walaupun banyak tekanan still lagi rasa puas hati sebab berjaya hadam semua material alhamdulillah. Rasa gembira sebab Allah bagi peluang untuk catch up balik material.

Bila cek markah, sebenarnya rasa sedih yang amat sangat jugak sebab actually tak lepas target tapi alhamdulillah still lagi Jayyid Jiddan tu walaupun sikit je lagi nak tersasar. Sebab apa jadi macam ni sebenarnya kes OSCE dengan oral. Tahun ni markah oral dan OSCE sahaja dah 40, berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni. Dan berbeza jugak dengan tahun sebelum ni, tiba-tiba jadi takde rezeki dekat OSCE walaupun sebelum ni, OSCE lah yang banyak tolong untuk naikkan markah balik. Tiba-tiba time OSCE, Dr garang, tak tolong, soalan susah dan paling penting adalah aku blank (benda yang jarang sangat jadi sebenarnya). Tiba-tiba jawab soalan salah, tiba-tiba tak ingat tak boleh nak fikir, dan jugak tak rezeki baca soalan yang keluar OSCE. Kalau kata tak sedih tipu la kan sebab kita tahu usaha kita takat mana.

Image result for yasmin mogahed quotes

Sebab dah target daripada awal tahun lagi pasal muaddal, tahun lepas tak target tinggi tiba-tiba alhamdulillah Allah bagi dapat tinggi. So terkilan dia tu ada lah sikit, banyak jugak act. Faham je orang lain fikir nak lulus je etc etc tapi sebab dah final year dan subjek-subjek ni sangatlah penting, jadi rasa eager untuk score tu tinggilah. Rasanya tak salah pun untuk kita score dan target tinggi kan?

Image result for doctor
almuhim, I'm a doctor now!

*****

Tahun ni pun merupakan tahun paling last jadi student degree, belajar pulak lebih setahun daripada orang lain. Dan biasalah, macam-macam gangguan masuk dalam fikiran pasal masa depan. Dan antara banyak-banyak gangguan ni, ada satu yang paling mengganggu, which I'm not going to mention here. Dan untuk seorang Rasyidah yang suka benar overthink, lagi banyak buah fikiran yang tak elok masuk. Kadang-kadang bila fikir sangat tu mulalah start menangis sorang-sorang dan macam-macam lagi.

Image result for yasmin mogahed quotes

My best friend is getting married, and suddenly rasa macam bakal lost tempat bergantung. Maybe sebab dia sorang je yang faham complicatednya perasaan ni dan betapa mengarutnya fikiran ni boleh jadi. Entah, no one could understand me more than her kot. So sorry if you read this but there's nothing wrong about what you did, I'm just the only one who being so problematic here HAHA. I know I shouldn't think like this but I'm a human too HAHA.

Then I think and think again. I really need to stop relying on human being dan start untuk mengadu dekat Allah untuk setiap masalah. Eh tapi memang kita perlukan manusia pun, I mean untuk small issues dan isu hati tak senang like mine. Mungkin dah sampai masanya untuk aku jadi lebih dependent dengan Allah. Tak semua masalah kita perlukan manusia untuk selesaikan, tak semua cerita kita perlu orang lain untuk dengar. Tak perlu semua perasaan nak diluahkan dan diceritakan dekat orang. Mungkin dah sampai masa untuk control diri daripada overthinking dan bimbang pasal future. It's all in Allah's hand by the way.

Image result for yasmin mogahed quotes

Haritu bila kusut fikir something, cubalah mesej dan tanya orang yang lebih senior dan banyak makan asam garam lebih daripada kita. Alhamdulillah, her words were so calming, rasa Allah kirimkan kejap dia pengantara untuk damaikan hati ini.

Key word dia adalah satu, KEEP CALM and TRUST ALLAH. Sebut dia mudah dan nampak simple tapi aplikasi dia mashaAllah sangatlah susah.

Image result for rezeki quotes

"Syidah, percaya dengan Allah ni adalah benda utama dalam hidup kita, Dia tentukan yang terbaik, Dia bagi something pada waktu yang terbaik, Dia anugerahkan kita benda yang paling layak buat kita dan apa yang kita mampu sahaja"

"Syidah, banyakkan bersyukur dekat Allah. Duduk sekejap dan kira balik sudah banyak mana nikmat Allah yang Allah bagi dekat Syidah dan tak bagi dekat orang lain. Syidah kena bersyukur. Ramai orang yang mahu apa yang Allah beri dekat Syidah dan cemburu dengan apa yang Syidah dapat"

Dan banyak lagi mesej lain yang rasanya cukup buat aku sentap dan menangis waktu tu jugak. And lepas tu jugak sebenarnya result keluar. Dan sebab mesej ni jugaklah rasa boleh bertenang walaupun sedih dengan result tu.

Satu benda je rasa time tu. Rasa malu sangat dekat Allah. Kenapa suka sangat mengeluh padahal tahu je Allah dah bagi macam-macam dalam hidup ni sampai sekarang. Tak terhitung banyaknya. Tapi masih tak reti reti nak bersyukur dan bermuhasabah. Bukan bermakna aku seorang yang dikurniakan nikmat, Allah Maha Penyayang pasa setiap hambaNya. Percayalah setiap pada kita punyai nikmat masing-masing dan pastinya kalau kita muhasabah atas nikmat-nikmat tersebut, kita akan terharu dengan betapa banyaknya nikmat Allah yang sudah dititipkan kepada kita.

Image result for nouman ali khan quotes

*****

Tahun ini adalah tahun terakhir berpeluang untuk sambut Ramadhan di Jordan. Dan mungkin Raamdhan kali ini akan jadi sejarah dalam hidup. But last year was awesome too (I was at Haramain at that time!) Walaupun permulaan Ramadhan haritu sangat sibuk dengan final exam tapi lebih separuh Ramadhan Allah rezekikan waktu lapang untuk beribadat kepadaNya. Benda yang paling special waktu Ramadhan di Jordan ni tentulah 10 malam terakhir dan qiyamullail. Subhanallah daripada solat tarawih sehinggalah qiyamullail yang sangat panjang dan syahdu. Sungguh indah dan tak mampu digambarkan dengan kata-kata.

Rammadhan kali ni sangat berharga sebab rasa nak doa dan mintak dekat Allah betul-betul. Nak doa betul-betul supaya dikuatkan jiwa yang lemah ni, sebab tahun ni jadi macam-macam dan fikiran makin serabut. I really need to be a new and a better person and prepare myself well before going back to Malaysia for good. Betul-betul kena hpuskan bad thoughts ni, cuba bergantung sepenuhnya dekat Allah, husnuzhon dekat Allah, tanamkan syukur betul-betul, doa Allah bagi terbaik dan boleh bersabar dan syukur pada semua ketentuan dariNya. Berdoa Allah permudahkan jalan yang masih jauh selepas ini.

Tak sabar nak start qiyam dekat Masjid Fareed !

Allah sangat baik, moga aku juga boleh jadi hamba yang baik.

Image result for rezeki quotes


Comments

Popular posts from this blog

Taraddud Lagi

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Tentang Hati