Posts

Showing posts from August, 2014

Tahun Katang

Image
Bismillah. Alhamdulillah, alhamdulillah thummalhamdulillah. Walau belum berakhir lagi perjuangan untuk menghabiskan sisa tahun 2, tapi tetap, akhirnya habis mengharungi silibus tahun yang penuh makna ini. Sukar diekspreasikan dengan kata-kata, tentang bermaknanya tahun ini. Tahun kematangan. Tahun air mata murah. Tahun tahan sebak di dada. Tahun penuh rahsia. Pelbagai. Kalaupun satu hari nanti kita kalau diizinkan Allah untuk gembira meraikan kejayaan, tahun ini pasti takkan luput di ingatan, kerana ia tahun kehidupan yang sangat mengajar sebuah erti hidup. Bermula dengan semester 1 yang sungguh tidak disangkakan ceritanya begitu, cerita pelajaran Medic yang semakin mencabar, cerita tentang keluarga yang bersedih di Malaysia, kakak sakit teruk, atuk tersayang meninggal time nak exam, kerja persatuan yang sungguh mematangkan diri, cerita hati yang gundah gelana dan berbagai bagai lagi cerita lain. "Apa ertinya seseorang itu menerima tarbiyah, bagaimana kita nak melihat s