Tahun Katang
Bismillah.
Alhamdulillah, alhamdulillah thummalhamdulillah.
Walau belum berakhir lagi perjuangan untuk menghabiskan sisa tahun 2, tapi tetap, akhirnya habis mengharungi silibus tahun yang penuh makna ini. Sukar diekspreasikan dengan kata-kata, tentang bermaknanya tahun ini. Tahun kematangan. Tahun air mata murah. Tahun tahan sebak di dada. Tahun penuh rahsia. Pelbagai. Kalaupun satu hari nanti kita kalau diizinkan Allah untuk gembira meraikan kejayaan, tahun ini pasti takkan luput di ingatan, kerana ia tahun kehidupan yang sangat mengajar sebuah erti hidup.
![And when the two companies saw one another, the companions of Moses said, “Indeed, we are to be overtaken!”
[Moses] said, “No! Indeed, with me is my Lord; He will guide me.”
Then We inspired to Moses, “Strike with your staff the sea,” and it parted, and each portion was like a great towering mountain.
Surah Ash-Shu’ara 61-63](http://38.media.tumblr.com/3b0a350f3c2facae1e671e3a84aeaca1/tumblr_n5dcps4FuE1tsff15o1_500.jpg)
Bermula dengan semester 1 yang sungguh tidak disangkakan ceritanya begitu, cerita pelajaran Medic yang semakin mencabar, cerita tentang keluarga yang bersedih di Malaysia, kakak sakit teruk, atuk tersayang meninggal time nak exam, kerja persatuan yang sungguh mematangkan diri, cerita hati yang gundah gelana dan berbagai bagai lagi cerita lain.
"Apa ertinya seseorang itu menerima tarbiyah, bagaimana kita nak melihat sejauh mana tarbiyah berkesan padanya?"
Volume Xpreria Z dikuatkan, earphone dibetulkan kedudukannya. Ceramah Ustaz Anhar selalu menusuk kalbu, mententeramkan jiwa. Terima kasih ustaz, ramai yang sentiasa terkesan dengan buah fikiran ustaz. Moga Allah sentiasa menguatkan ustaz dalam jalan dakwah.
"Tarbiyah yang berkesan boleh kita lihat ketika seseorang menerima ujian. Redhakah dia, bersyukurkah dia, dapat kita lihat apabila Allah mengujinya"
Kaki yang melangkah tadi makin perlahan. Bukan muscle gastrocnemius yang melemah tapi signal dihantar daripada otak cukup menlimitkan action potential cukup makan hingga ke treshold sahaja. Tadi, lepas Alaa' cerita macam-macam tentang makeup exam, tentang repeat year, tentang sebagainya rasa memang melemah semua anggota. Rasa hilang habis kekuatan yang cuba ditopup dengan usaha-usaha yang tersisa.
Aku tinggal sahabat-sahabat yang lain dalam lecture hall 3. Lacrimal gland tak henti-henti bekerja walaupun dah berapa kali aku cakap berhenti sampai menghilangkan fokus Arab yang lain bila orang semua pandang. Lajukan langkah ke musolla, tak tahu macam mana nak tenangkan hati yang tak habis-habis berduka ni.
Entah. Time tu rasa macam betul-betul lemah, rasa gelap dunia, rasa hilang semua harapan, rasa nak tinggalkan semua study, kerja-kerja dan balik Malaysia. Rasa takde bahu nak bersandar, rasa takde orang yang akan faham.
Aku gagahkan langkah lagi ke maktabah. Cari seat paling belakang bagi orang tak nampak mata bengkak. Bajet cool dan pura-pura berlakon lagi study. Habis basah kertas Patho. Sampai ada Arab panggil lepas makan sebab tinggal dompet atas bangku depan maktabah.

----------
Ya Allah, kenapa, kenapa aku ?
Tak salah mencari kekuatan dalam tangisan. Mungkin disebalik titisan airmata tersembunyi nilai kematangan yang dicari-cari selama ini.
Mungkin tarbiyah yang disuap ke telinga dan diberi secara free-free sahaja adalah tarbiyah yang paling seronok dan happening yang Allah bagi kepada kita selaku manusia yang hina. Tapi bila Allah timpakan ujian, inilah tarbiyah yang sebenarnya, tarbiyah yang Allah anugerahkan dan hadiahkan tanpa persiapan dan kita minta. Tapi akhirnya, ia pasti juga akan tamat dan berakhir. Ujian menyakitkan ataupun nikmat, semuanya takkan lama. Akhirnya yang tersisa mungkin kekuatan dan kematangan yang mungkin akan kita syukuri setelah kita lalui semuanya.
Ceritanya tidak akan begini sekarang jikalau tiada ujian yang sebegini yang mendatang. Tapi mungkin, kekuatan dan pengalaman itu tidak akan hadir, jikalau tanpa ujian ini. Maka, akhirnya kita bersyukur dengan pelajaran dan tarbiyah daripada Allah.
Syair Imam Syafi'i :
Tiadalah manis itu tanpa kepahitannya !
Aksare Kekhusyukan Yang Dicari.
Waktu-waktu begini, waktu sedih, waktu rasa kosong, takde tempat nak mengadu, waktu nilah ramainya manusia baru menghampiri dan mendekati Tuhannya.
Kadang-kadang, bukan kita tidak meminta kekhusyukan itu, puas kita kita berdoa agar diberi kekhusyukan, agar dijauhi hati daripada dunia, agar ditenangkan segenap anggota ruhani dan jasadi sewaktu sujud menyembahNya tapi tidak juga kita perolehi rasa yang sama dengan apa yang sudah kita rasa satu masa dulu. Adapun sejadah sama yang kita sujud, tempat sama yang kita bertakbir, tidak pula rasa itu hadir.
Ketika Rasulullah diisra dan dimikrajkan oleh Allah, itulah sebaik-baik hiburan yang diberi Allah kepada Rasul-Nya, buat pengubat kesedihan kerana sungguh banyak peristiwa yang ditimpa Rasulullah ketika itu, dan menyedihkan hati sang Nabi yang mulia itu. Hiburan untuk datang berjumpa-Nya dan menghabiskan masa semalaman untuk khusyu' bersama Sang Pencipta.
![Nu’man b. Bashir (رضي الله عنه) reported: I heard Allah’s Messenger ﷺ as having said this (and Nu’man) pointed towards his ears with his fingers):
What is lawful is evident and what is unlawful is evident, and in between them are the things doubtful which many people do not know. So he who guards against doubtful things keeps his religion and honour blameless, and he who indulges in doubtful things indulges in fact in unlawful things, just as a shepherd who pastures his animals round a preserve will soon pasture them in it. Beware, every king has a preserve, and the things God his declared unlawful are His preserves. Beware, in the body there is a piece of flesh; if it is sound, the whole body is sound and if it is corrupt the whole body is corrupt, and hearken it is the heart.
[Sahih Muslim 1599 a]
Original Gif source: unknown](http://33.media.tumblr.com/2d938ef2f9de10bae2f3ed0fac78d268/tumblr_naixm3gF221r3rmezo1_500.gif)
Adapun cerita Nabi Musa ketika dia diberi anugerah dan hiburan oleh Allah untuk berbicara denganNya, walaupun ketika itu sungguh sedih Nabi Musa kerana bermusafir jauh untuk lari daripada tuduhan, katanya dia membunuh seorang pegawai Firaun dalam keadaan sehelai sepinggang.
Dan kita, apa hiburan yang paling menenangkan? Ya, waktu bersama-Nya itu mungkin hiburan yang sentiasa terbentang dihadapan kita di saat kita memerlukannya. Resah hati, gundah gelana mungkin hilang sedikit sebanyak bila kita benar ikhlas mengadap dan mengadu kepada-Nya. Hiburan yang paling selayaknya buat kita, selaku diri sebagai manusia.
Sesudah berpenat lelah dalam kehidupan, kembalilah dan khusyu' kepadanya, mungkin khusyu' itu tidak hadir pada hari sebelumnya.
Mengajar Berbakti
Untuk terima jawatan untuk kali kedua berada dalam AMT PPMA, adalah satu keputusan yang sangat berat untuk dilakukan. Setelah mengetahui segala prestasi akademik, dan mungkin, kalau betul gagal akan burukkan nama persatuan dan sebagainya memang keputusan memang tak balance macam dacing Barisan Nasional fisiknya ops. Kerana rasa tanggungjawab yang tersisalah, keputusan ini dibuat juga.
Hiduplah dengan membuat bakti semaksima yang mungkin, menjadi bekal amalan kebaikan kita untuk diakhirat nanti, dan juga menjadi asbab kesenangan manusia. Berbuat baiklah, sebaik perilaku Nabi Musa ketika baginda menolong dua perempuan di padang pasir untuk bergelut bersama pemuda yang lainnya dalm bekerja. Natijahnya pada anggapan Nabi Musa cumalah kegembiraan dua orang perempuan tersebut tapi usai menolong Nabi Musa bersandar di sebatang pokok, kemudian didatangi perempuan tersebut.
Alangkah terkejut Nabi Musa dengan lamaran pekerjaan oleh ayahnya perempuan tersebut, dan tidak cukup dengan itu ditawarnya anak perempuannya tadi buat diperisterikan Nabi Musa.
Ketika Nabi Musa berbudi, tidak dia endahkan langsung akan dirinya yang kusut masai daripada Mesir dan kelaparan sehingga doanya Dia :
"Entahlah, nak jadi apa pun takpelah, insyaAllah akak redha je"
"InsyaAllah kak Syidah, akak dah banyak tolong orang, banyak buat kerja dah, insyaAllah Allah akan tolong akak balik"
Rasa nak berlinang airmata. Syu, terkesan betul dengan kata-kata tu. Bukan nak maksudkan dirini dah banyak buat baik kat orang. Langsung tidak. Tapi moga-moga budi yang amat sedikit itu mampu menolong perjalanan hidup ini sedikit sebanyak. Moga budi itu boleh dibuat bekal, dan moga ikhlas itu sentiasa berbekas di hati.
Di tahun katang ini, aku belajar untuk berbudi kepada manusia, belajar erti bahagia daripada kegembiraan manusia sendiri !
Menghabiskan Yang Tersisa
Tinggal sikit sahaja lagi perjalanan untuk menghabiskan tahun dua perubatan ini. Soal keputusan, soal result, soal repeat tak repeat, biarlah, biar Dia yang tentukan yang terbaik. Alhamdulillah, Allah bagi peluang untuk cover balik result sem 2, tapi penentunya masih lagi sekarang. InsyaAllah, akan diusahakan yang terbaik, tapi natijah yang terbaik adalah daripadaNya. Moga diri terus redha dengan perjalanan yang disusunNya selepas ini.

Masa yang tinggal sangat terhad. Ada asakan persoalan yang menggugat jiwa kenapa tak balik. Ya, sape taknak balik. Hikmahnya sangat besar haritu balik bulan 1. Habis sem soifi ni, selang beberapa hari, study akan dimulakan balik, make up exam beberapa minggu lagi. Buat pembaca atau yang terbaca blog, pohon panjatkan doa setinggi langit untuk kami semua ya.
Masa untuk kelas-kelas luar pun, semakin semput untuk diluangkan. Kelas dengan Syeikh Huzaifah pun terpaksa keluar dengan hati yang terpaksa. Kelas Syeikh Solah pun kadang-kadang termiss. Ummu Ubaidah, Ummu Fadhi pun dah jarang sangat nak lawat. Sheikhah Fatimah, taktahu lah bila nak habis sanad. Program persatuan pun ada yang terpaksa skip. Buku-buku pun, banyak mana je yang terkhatam. Wahai masa, kalaulah anda boleh dibeli. Jeles dan kadang rasa geram dengan segelintir orang yang masih rasa tak sayang dengan masa. Masih boleh layan cerita-cerita, movie-movie dengan banyaknya. Ya tak tipu pun layan jugak tapi jangan banyak sangat haih. Banyak lagi benda boleh buat. *Luahan kejap.
Moga Allah sentiasa menjaga hati-hati kita dan moga Dia sentiasa memberi petunjuk agar kita tak tersasar daripada jalan yang selayaknya.
Alhamdulillah, alhamdulillah thummalhamdulillah.
Walau belum berakhir lagi perjuangan untuk menghabiskan sisa tahun 2, tapi tetap, akhirnya habis mengharungi silibus tahun yang penuh makna ini. Sukar diekspreasikan dengan kata-kata, tentang bermaknanya tahun ini. Tahun kematangan. Tahun air mata murah. Tahun tahan sebak di dada. Tahun penuh rahsia. Pelbagai. Kalaupun satu hari nanti kita kalau diizinkan Allah untuk gembira meraikan kejayaan, tahun ini pasti takkan luput di ingatan, kerana ia tahun kehidupan yang sangat mengajar sebuah erti hidup.
![And when the two companies saw one another, the companions of Moses said, “Indeed, we are to be overtaken!”
[Moses] said, “No! Indeed, with me is my Lord; He will guide me.”
Then We inspired to Moses, “Strike with your staff the sea,” and it parted, and each portion was like a great towering mountain.
Surah Ash-Shu’ara 61-63](http://38.media.tumblr.com/3b0a350f3c2facae1e671e3a84aeaca1/tumblr_n5dcps4FuE1tsff15o1_500.jpg)
Bermula dengan semester 1 yang sungguh tidak disangkakan ceritanya begitu, cerita pelajaran Medic yang semakin mencabar, cerita tentang keluarga yang bersedih di Malaysia, kakak sakit teruk, atuk tersayang meninggal time nak exam, kerja persatuan yang sungguh mematangkan diri, cerita hati yang gundah gelana dan berbagai bagai lagi cerita lain.
"Apa ertinya seseorang itu menerima tarbiyah, bagaimana kita nak melihat sejauh mana tarbiyah berkesan padanya?"
Volume Xpreria Z dikuatkan, earphone dibetulkan kedudukannya. Ceramah Ustaz Anhar selalu menusuk kalbu, mententeramkan jiwa. Terima kasih ustaz, ramai yang sentiasa terkesan dengan buah fikiran ustaz. Moga Allah sentiasa menguatkan ustaz dalam jalan dakwah.
"Tarbiyah yang berkesan boleh kita lihat ketika seseorang menerima ujian. Redhakah dia, bersyukurkah dia, dapat kita lihat apabila Allah mengujinya"
Kaki yang melangkah tadi makin perlahan. Bukan muscle gastrocnemius yang melemah tapi signal dihantar daripada otak cukup menlimitkan action potential cukup makan hingga ke treshold sahaja. Tadi, lepas Alaa' cerita macam-macam tentang makeup exam, tentang repeat year, tentang sebagainya rasa memang melemah semua anggota. Rasa hilang habis kekuatan yang cuba ditopup dengan usaha-usaha yang tersisa.
Aku tinggal sahabat-sahabat yang lain dalam lecture hall 3. Lacrimal gland tak henti-henti bekerja walaupun dah berapa kali aku cakap berhenti sampai menghilangkan fokus Arab yang lain bila orang semua pandang. Lajukan langkah ke musolla, tak tahu macam mana nak tenangkan hati yang tak habis-habis berduka ni.
Entah. Time tu rasa macam betul-betul lemah, rasa gelap dunia, rasa hilang semua harapan, rasa nak tinggalkan semua study, kerja-kerja dan balik Malaysia. Rasa takde bahu nak bersandar, rasa takde orang yang akan faham.
Aku gagahkan langkah lagi ke maktabah. Cari seat paling belakang bagi orang tak nampak mata bengkak. Bajet cool dan pura-pura berlakon lagi study. Habis basah kertas Patho. Sampai ada Arab panggil lepas makan sebab tinggal dompet atas bangku depan maktabah.

----------
Ya Allah, kenapa, kenapa aku ?
Tak salah mencari kekuatan dalam tangisan. Mungkin disebalik titisan airmata tersembunyi nilai kematangan yang dicari-cari selama ini.
Mungkin tarbiyah yang disuap ke telinga dan diberi secara free-free sahaja adalah tarbiyah yang paling seronok dan happening yang Allah bagi kepada kita selaku manusia yang hina. Tapi bila Allah timpakan ujian, inilah tarbiyah yang sebenarnya, tarbiyah yang Allah anugerahkan dan hadiahkan tanpa persiapan dan kita minta. Tapi akhirnya, ia pasti juga akan tamat dan berakhir. Ujian menyakitkan ataupun nikmat, semuanya takkan lama. Akhirnya yang tersisa mungkin kekuatan dan kematangan yang mungkin akan kita syukuri setelah kita lalui semuanya.
Ceritanya tidak akan begini sekarang jikalau tiada ujian yang sebegini yang mendatang. Tapi mungkin, kekuatan dan pengalaman itu tidak akan hadir, jikalau tanpa ujian ini. Maka, akhirnya kita bersyukur dengan pelajaran dan tarbiyah daripada Allah.
Syair Imam Syafi'i :
سافر تجد عوضــاً عمن تفارقه ........ وأنصب
فإن لذيذ العيش في النصب
Bermusafirlah, nescaya kau dapat ganti
orang yang kau tinggalkan, berletihanlah kerna kelazatan hidup itu pada
keletihan,
إني رأيت وقوف المـاء يفسده ..........
إن ســال طاب وإن لم يجر لم يطب
Aku melihat terhenti air itu merosakkannya,
Jika ia mengalir ia elok, jika tidak
berjalan tidak elok,
الأسد لولا فراق الغاب ما أفترست
...... والسهم لولا فراق القوس لم يصب
Singa jika tidak meninggalkan hutan tidak
garang,
Anak panah jika tidak meninggalkan busur
tidak mengenai sasaran.
Tiadalah manis itu tanpa kepahitannya !
Aksare Kekhusyukan Yang Dicari.
Waktu-waktu begini, waktu sedih, waktu rasa kosong, takde tempat nak mengadu, waktu nilah ramainya manusia baru menghampiri dan mendekati Tuhannya.
“Dan apabila kamu terkena bahaya di laut,
(pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu
seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu
berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur
(akan nikmat-nikmat Allah).” Surah Al-Israa’ ayat 67.
Ketika Rasulullah diisra dan dimikrajkan oleh Allah, itulah sebaik-baik hiburan yang diberi Allah kepada Rasul-Nya, buat pengubat kesedihan kerana sungguh banyak peristiwa yang ditimpa Rasulullah ketika itu, dan menyedihkan hati sang Nabi yang mulia itu. Hiburan untuk datang berjumpa-Nya dan menghabiskan masa semalaman untuk khusyu' bersama Sang Pencipta.
![Nu’man b. Bashir (رضي الله عنه) reported: I heard Allah’s Messenger ﷺ as having said this (and Nu’man) pointed towards his ears with his fingers):
What is lawful is evident and what is unlawful is evident, and in between them are the things doubtful which many people do not know. So he who guards against doubtful things keeps his religion and honour blameless, and he who indulges in doubtful things indulges in fact in unlawful things, just as a shepherd who pastures his animals round a preserve will soon pasture them in it. Beware, every king has a preserve, and the things God his declared unlawful are His preserves. Beware, in the body there is a piece of flesh; if it is sound, the whole body is sound and if it is corrupt the whole body is corrupt, and hearken it is the heart.
[Sahih Muslim 1599 a]
Original Gif source: unknown](http://33.media.tumblr.com/2d938ef2f9de10bae2f3ed0fac78d268/tumblr_naixm3gF221r3rmezo1_500.gif)
Adapun cerita Nabi Musa ketika dia diberi anugerah dan hiburan oleh Allah untuk berbicara denganNya, walaupun ketika itu sungguh sedih Nabi Musa kerana bermusafir jauh untuk lari daripada tuduhan, katanya dia membunuh seorang pegawai Firaun dalam keadaan sehelai sepinggang.
Dan kita, apa hiburan yang paling menenangkan? Ya, waktu bersama-Nya itu mungkin hiburan yang sentiasa terbentang dihadapan kita di saat kita memerlukannya. Resah hati, gundah gelana mungkin hilang sedikit sebanyak bila kita benar ikhlas mengadap dan mengadu kepada-Nya. Hiburan yang paling selayaknya buat kita, selaku diri sebagai manusia.
Sesudah berpenat lelah dalam kehidupan, kembalilah dan khusyu' kepadanya, mungkin khusyu' itu tidak hadir pada hari sebelumnya.
Mengajar Berbakti
Untuk terima jawatan untuk kali kedua berada dalam AMT PPMA, adalah satu keputusan yang sangat berat untuk dilakukan. Setelah mengetahui segala prestasi akademik, dan mungkin, kalau betul gagal akan burukkan nama persatuan dan sebagainya memang keputusan memang tak balance macam dacing Barisan Nasional fisiknya ops. Kerana rasa tanggungjawab yang tersisalah, keputusan ini dibuat juga.
Seorang Buya Hamka pernah mengatakan
"Jika hidup hanya sekedar hidup, babi di hutan juga hidup. Jika bekerja hanya sekedar bekerja, kera juga bekerja"
Hiduplah dengan membuat bakti semaksima yang mungkin, menjadi bekal amalan kebaikan kita untuk diakhirat nanti, dan juga menjadi asbab kesenangan manusia. Berbuat baiklah, sebaik perilaku Nabi Musa ketika baginda menolong dua perempuan di padang pasir untuk bergelut bersama pemuda yang lainnya dalm bekerja. Natijahnya pada anggapan Nabi Musa cumalah kegembiraan dua orang perempuan tersebut tapi usai menolong Nabi Musa bersandar di sebatang pokok, kemudian didatangi perempuan tersebut.
Alangkah terkejut Nabi Musa dengan lamaran pekerjaan oleh ayahnya perempuan tersebut, dan tidak cukup dengan itu ditawarnya anak perempuannya tadi buat diperisterikan Nabi Musa.
Ketika Nabi Musa berbudi, tidak dia endahkan langsung akan dirinya yang kusut masai daripada Mesir dan kelaparan sehingga doanya Dia :
رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ
مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ
"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan
sesuatu kebaikan (makanan) yang Engkau turunkan kepadaku"

"InsyaAllah kak Syidah, akak dah banyak tolong orang, banyak buat kerja dah, insyaAllah Allah akan tolong akak balik"
Rasa nak berlinang airmata. Syu, terkesan betul dengan kata-kata tu. Bukan nak maksudkan dirini dah banyak buat baik kat orang. Langsung tidak. Tapi moga-moga budi yang amat sedikit itu mampu menolong perjalanan hidup ini sedikit sebanyak. Moga budi itu boleh dibuat bekal, dan moga ikhlas itu sentiasa berbekas di hati.
Di tahun katang ini, aku belajar untuk berbudi kepada manusia, belajar erti bahagia daripada kegembiraan manusia sendiri !
Menghabiskan Yang Tersisa
Tinggal sikit sahaja lagi perjalanan untuk menghabiskan tahun dua perubatan ini. Soal keputusan, soal result, soal repeat tak repeat, biarlah, biar Dia yang tentukan yang terbaik. Alhamdulillah, Allah bagi peluang untuk cover balik result sem 2, tapi penentunya masih lagi sekarang. InsyaAllah, akan diusahakan yang terbaik, tapi natijah yang terbaik adalah daripadaNya. Moga diri terus redha dengan perjalanan yang disusunNya selepas ini.

Masa yang tinggal sangat terhad. Ada asakan persoalan yang menggugat jiwa kenapa tak balik. Ya, sape taknak balik. Hikmahnya sangat besar haritu balik bulan 1. Habis sem soifi ni, selang beberapa hari, study akan dimulakan balik, make up exam beberapa minggu lagi. Buat pembaca atau yang terbaca blog, pohon panjatkan doa setinggi langit untuk kami semua ya.
Masa untuk kelas-kelas luar pun, semakin semput untuk diluangkan. Kelas dengan Syeikh Huzaifah pun terpaksa keluar dengan hati yang terpaksa. Kelas Syeikh Solah pun kadang-kadang termiss. Ummu Ubaidah, Ummu Fadhi pun dah jarang sangat nak lawat. Sheikhah Fatimah, taktahu lah bila nak habis sanad. Program persatuan pun ada yang terpaksa skip. Buku-buku pun, banyak mana je yang terkhatam. Wahai masa, kalaulah anda boleh dibeli. Jeles dan kadang rasa geram dengan segelintir orang yang masih rasa tak sayang dengan masa. Masih boleh layan cerita-cerita, movie-movie dengan banyaknya. Ya tak tipu pun layan jugak tapi jangan banyak sangat haih. Banyak lagi benda boleh buat. *Luahan kejap.
Moga Allah sentiasa menjaga hati-hati kita dan moga Dia sentiasa memberi petunjuk agar kita tak tersasar daripada jalan yang selayaknya.
Comments
Post a Comment