Posts

Showing posts from April, 2018

La Taghdab, La Taghdab !

Image
Bismillah " Wein Nur ?" (Mana Nur?) "Na'am Duktur" (Saya Dr) "Ijiitil youm ? Leish ghabti imbarih ?" (Dah datang harini ? Kenapa ponteng semalam?) "Kuntu maridoh Duktur, ma'ii uzuur" (Saya sakit Dr, saya ada MC) "Haati ashuf" (Bagi kat saya, saya tengok) Alhamdulillah haritu dah kurang sangat sakit berbanding semalam. Datang kelas balik dengan yakin sebab ada MC dan semangat nak mulakan rotation baru tanpa nak kena tahan sakit dah. Tapi bila Dr Saddam Hussein (memang betul nama dia btw) buka MC, dia cakap MC ni daripada private clinic dan dia tak terima tanpa baca report yang Dr tu tulis. I went to an endodontist and need to pay JD 10 for the check up also for that MC but ended up kena marah dengan Dr. Habis hilang mood nak belajar sebab kena marah, sampai tak terkawal tarik muka dalam seminar, Dr Saddam tegur lagi awak marah dengan saya ke. Bila masuk klinik tak cukup lagi, dia marah dan jerkah tak tentu pasal.