Posts

Showing posts from November, 2012

Jordan.

Image
Bismillah. Hehe. Alang-alang mengarang, post kat blog pun boleh. :p ISU KENAIKAN HARGA MINYAK DI JORDAN                 Ketika kerajaan Jordan mengumumkan pemotongan subsidi bagi harga minyak untuk kenderaan dan juga gas memasak pada malam Rabu, 14 November lepas, rakyat Jordan tanpa bertangguh lagi keluar beramai-ramai di malam yang sejuk melakukan demonstrasi membantah pemotongan subsidi itu.                  Pemotongan subsidi minyak itu yang dikatakan untuk membantu menampung defisit kerajaan yang sudah terlalu banyak itu telah menyebabkan harga minyak untuk kenderaan meningkat dan begitu juga harga untuk gas memasak, yang meningkat dengan peningkatan yang sangat tinggi. Gasoline : JD0.70 kepada JD0.80 seliter Gas memasak : JD6.5 kepada JD10 Diesel dan kerosene : JD0.515 kepada JD0.685 ( JD 1.00 = RM 4.32 )                 Jika harga minyak sudah melambung sebegini rupa, maka sudah tentu, harga makanan dan harga barang-barang lain sudah tentu akan meni

Menggali Ilmu

Image
Bismillah. " Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi (ke medan perang). Mengapa sebahagian dari setiap golongan di antara mereka tidak pergi untuk memperdalam pengetahuan agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya setelah mereka kembali agar mereka dapat menjaga dirinya" Al-Baqarah : 122 Terngat ayat ni, waktu ditekankan oleh ustaz-ustaz PhD. Ayat ni mengatakan, bahawa golongan yang telah melepaskan diri mereka untuk tidak menyertai medan perang, mereka telah diberi peluang oleh Allah untuk menjadi golongan yang harus 'memperdalam pengetahuan agama mereka'. Maka perjuangan kita menuntut ilmu haruslah sama sebagaimana mereka yang berjihad di medan perang. Dengan kata lain, tidak boleh mereka yang berusaha sedaya upaya untuk berjihad di medan perang, tapi kita leka dalam menuntut ilmu. T.T Alhamdulillah, Allah telah membuka seluas-luasnya pintu untuk menggali ilmu sedalam-dalamnya di sini. Sekali lagi, keinginan menjadi perkara

Na'am, Bidayah.

Image
Bismillah. Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa mereka yang musyrik itu berkata: " Sebenarnya dia diajar oleh seorang manusia". (Padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa Arab yang fasih nyata. ( Al-Nahl 16:103 ) Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik dah 2 bulan kembara di bumi Jordan ni. Merasai kehidupan di sini, memang tidak boleh diungkapkan melalui kata. Menghadapi suasana yang berbeza, cuaca yang berbeza, masyarakat yang berbeza dan segala benda yang berbeza. Teringat dahulu pesan Ustaz Rasul. " Entunna semua kalau dapat pergi oversea tak kiralah timur tengah ke, UK ke Ireland ke, mana-mana ke, pergilah, cari pengalaman" Betullah, pengalaman tu memanglah sangat mahal, perlu dicari dan dirasai sendiri. Okay, back to the story. Ya, ia mengenai Bahasa Arab. Perkara utama yang menjadi masalah besar bagi penduduk penduduk muda di Jordan ini termasuklah saya. Buka

Kembara

Image
Firman Allah bermaksud, "Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja." (Surah Al-An'am: 59) Life = Only He knows it. Pejam celik, pejam celik, dah sebulan senget-senget diri ini berada di tanah berkat, Jordan. Walaupun sangat banyak ujian dan cabaran yang melanda, namun alhamdulillah, diri yang lemah ini masih boleh menguatkan langkah melangkah. Acece. Melihat kepada ayat tadi, benarlah, bahawa Allah yang mengetahui kunci ilmu ghaib. Allah mengetahui dan sedang merancang yang terbaik walaupun kita sentiasa mengeluh, [mungkin saya sahaja] untuk mempertikaikan tentang takdir yang telah Allah tentukan. Mengeluh itu, mengeluh ini, tapi Allah masih sangat penyayang memeberikan saya peluang untuk merasa lagi nikmat Allah yang pelbagai dan unik di atas muka bumi ini. Kadang terasa bodoh, mengeluh sedang yang merancang itu mengetahui segala-galanya. Ya Allah, maafkan, ya diri ini memang s

For You ~ Budak Khatam

Bismillah. Rugi la saya tak dapat tadah tangan nak aminkan doa orang khatam hari ni. First of all, alfu mabruk kepada nada yang selamat khatam hari ini. Jangan lepaskan peluang khatam sekali lagi. :) Oh saya tak kaya sangat nak postkan hadiah dari sini ke Malaysia sana. Tapi orang kata masa itu emas kan? So, saya dah bagi emas kat awak ni sebab korbankan masa nak buat benda ni. Haha.  Tutor fizik, doakan saya tau, hari Ahad ni exam fizik, isnin ni biology. Fizik tu agak mencabar saraf otak jugak sebab silibus budak Arab ni memang terlebih :p Doa hafizah yang baru khatam, insyaAllah makbul. http://www.youtube.com/watch?v=u73ugFF-cq0&feature=youtu.be Entahlah cane tak boleh bukak kat sini je. Kena masuk Youtube jugak. Kita tak hebat IT.