Posts

Showing posts from October, 2010

Kesabaranmu itu....

Wajah sayu itu ku tatap beberapa kali. Namun, di sebalik wajah sayu itu tersembunyi seribu satu pahit getir yang telah dilaluinya. Aku mengalihkan pula pandangan kepada susuk tubuh yang kurus kering itu. Di sebalik tubuh itulah tersembunyi hati yang sudah masak dengan pelbagai jenis dugaan hidup. Hati yang terhimpun kesabaran yang memuncak jauh sekali dengan raut wajahnya. Kenangan silam berulang,.. Kami melangkah masuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. Hospital yang baru sahaja ditukar nama itu masih berdiri megah walaupun sudah bertahun-tahun ianya berbakti kepada masyarakat. Di situ jugalah tempat ayahku mencari rezeki halal. Langkah kami semakin melaju apabila sampai ke tingkat 8, tempat di mana Ustaz Azuwan ditempatkan. Akhirnya, kami sampai di hadapan katil yang di atasnya berda seorang yang lemah, tidak berdaya. Kami semua menarik nafas, bukan lega tetapi terkejut. Ustaz Azuwan yang dahulunya berisi, kini sudah kurus kering. Dia dimasukkan ke hospital sebulan lalu setelah masala