Posts

Showing posts from December, 2012

Taraddud Lagi

Image
Bismillah. Akhir-akhir ni, saya sangat mengakui. Hati saya memang tak tenang, sangat taraddud untuk memilih. Seperti dulu, tinggalkan dQ untuk memilih Jordan. Tapi kali ni, sesuatu yang sangat lebih amat berbeza berbanding dengan keputusan yang perlu diambil sekarang. Dah 3 bulan di sini, dan rasanya semua berjalan dengan terlampau pantas. Kadang merasa cukup selesa dengan kehidupan sekarang, kadang merasa semakin berubah. Berubah? Fizikal kita orang nampak, amal kita pun kadang-kadang orang tahu. Tapi hati kita, hanya Allah tahu. Dan hanya kita yang merasa. Dan hati, hati adalah aset yang paling berharga dalam diri kita. Kalau tak, takkan Rasulullah bersabda, bila baik hati itu, baiklah seluruh anggota badannya. Ya, semua ditentukan hati. Malangnya, bukan kita boleh nampak hati kita bersih atau kotor. Di sini, dengan koleksi ceramah yang melimpah ruah, dengan kelas talaqqi yang agak banyak, dengan segala macam perkara yang lain, saya sudah meletakkan diri saya dalam keadaan