Posts

Showing posts from February, 2013

Nikmat dan Musibah

Image
Bismillah. Hari ini, catat sikit, 26 Februari 2012. Usai berjumpa dengan Prof Ikram semalam, dikhabarkan beliau untuk pergi semula ke Markaz Thaqafi hari ini. Dan alhamdulillah, Allah permudahkan hari ini untuk bertemu dengan Ummu Fathimah, insyaAllah sheikhah yang akan bagi kami sanad ghaibi, setelah tertunggu-tunggu sejak hari pertama melangkah ke Markaz Tarteel dulu. Dek kerana kesibukan Sheikh Huzaifah, maka terpaksa kami menunggu, sehingga hari ini. Dan alhamdulillah, Allah pertemukan juga kami dengan orang tersebut. Tersentuh hati waktu first time tengok wajah Ummu Fathimah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dan beliau langsung tak uji pun untuk kami lulus atau tak. Terus beliau terima, dan setuju untuk ke abdali insyaAllah setiap hari Sabtu untuk tasmi'. Moga Allah permudahkan segalanya. Usai sujud syukur selepas Solat Zuhur, kerana berita itu, rasa tenang, dan terus bangun untuk berangkat ke Markaz Lughah. Bila nampak beg takde atas rak kasut, terus pe

'The Precious Gile' Soft Skill

Image
Bismillah. Agaknya dah memang takde tajuk lain yang nak ditulis. Tapi ni seriouslah. The Precious Gile Soft Skill. And the soft skill ialah, bercakap di hadapan umum. Satu soft skill yang perlu dimiliki oleh insan yang mahu menggelarkan dirinya sebagai da'ie yang serba boleh, selain menterjemah usaha dakwahnya melalui medium yang sangat hangat seperti facebook yang terkenal dengan butang share, ataupun twitter dengan retweet, dan blog, juga quotes yang selalu saya sedut dari da'ie-da'ie yang entah dari mana. Heh. “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan  hikmah  dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.” ( QS.  An Nahl  : 125 ) Hari tu, diberi peluang untuk jadi panel forum batch, tapi disaksikan juga oleh senior yang arif lagi bijaksana. Tapi alhamdulillah, tak sangka boleh dipilih untuk menjadi salah satu panel, sedangkan ramai lagi yang lebih lebih layak. Walaupun saya sedar memang tak layak pun. Tapi disebabkan bbeberapa

Aku dan Jemaah

Image
Bismillah. Nampak tak betapa sensitif dan bisanya tajuk tersebut. Haha bajet. Okaylah, sejujur dan seikhlasnya saya ingin menyetakan, saya sangat pening pusing lagi berputar memikirkan masalah ini. Masalah aku dan jemaah. Masalah ? Ke ? Jemaah mungkin adalah salah satu penyelasaian masalah untuk kita dalam menghadapi hidup ini. Hidup yang memang memerlukan tarbiyah supaya terus kita berjalan dalam landasan pengislahan diri dan dakwah. Alkisahnya, baru balik daripada satu program yang dianjurkan oleh sebuah jemaah. Jemaah yang smeakin hangat diperkatakan sekarang, lebih-lebih lagi apabila menjelang pilihanraya umum-13 ini. Eheh, apa kaitan jemaah dengan PRU bagai ni ? Haha. NGO lain tak kut, tapi satu NGO ni memamng sangat besar kaitannya. Ketahuilah NGO, kerana fikrah politik kamu inilah saya jadi pening dan kusut-masai sebegini. Kusut-masai? Kalau tak kerana fikrah politik kamu, saya akan seredha-redhanya menyahut seruan kamu itu. Ingat hari tu time program. " Kalau