Posts

Showing posts from 2016

2016, Menginsafi Hakikat Bertuhan

Image
Bismillah. Antara perkara yang mendukacitakan lewat mengharungi tahun 2016 adalah melihat entri yang tidak bergerak-gerak. Tidak ada pengalaman atau perkongsian yang dicatat sungguhpun 2016 adalah tahun yang sungguh bermakna, sungguh sesak dipenuhi cerita-cerita yang berbeza berbanding tahun kebelakang. Lebih sedih lagi ia hanya disimpan dalam memori otak, tidak dicatat hatta di lembaran mukasurat dan kepingan kertas. Ah, bagaimana kita mampu merakam segala memori indah itu ! Terima kasih Allah, atas segala nikmat yang tiada penghujungnya. Aku insaf atas segala janji yang saban hari makin tersurat. Ujian yang selama ini aku rungutkan, makin Engkau selak hikmahnya. Aku malu tentang sangkaan-sangkaan aku terhadap setiap aturan-Mu. Ia memang terbaik, tidak ada satu pun yang aku hendakkan rupanya adalah baik untuk aku ! Lembaran 2016, hari yang sarat bermakna itu bermula dengan jemputan daripada-Mu ke tanah suci. Menziarahi dua tanah suci itu tidak ada tolok bandingannya dengan mana

Sebuah Cinta yang tak aku Kenali

Sebuah cinta yang tak aku kenali Hadir dengan penuh tragedi Dalam diam ia merasuk Dalam senyap ia mengungkap Jangan dipinggir dirinya Atau mungkin ia akan berlalu pergi Sedang tanpa aku sedari Betapa banyak rentak hidup berkisar dirinya Sudah dimainkan Sebuah janji yang tak aku penuhi Hadir mengubah impian dan cita Selalu aku merasa ia beban Hanya kadang aku merasa ia harapan Aku lalu teringat Tentang keiinginan yang dahulunya Bagai api yang berkobar kobar Sekarang ia kelihatan begitu kejam terhadap diriku Membalas setiap titis peluh dengan tangisan Membuang segala rasa di dalam jiwa Paling sakit ia memamah segala pendirian kehidupan Setiap kali aku tunduk lemah kecewa dengannya Ia memaksa aku meneruskan perjalanan Ia menakuti aku dengan pelbagai andaian Lantas dengan langkah yang lemah aku gagahkan Mencari butir butir harapan dan pedoman Moga akan sampai ke penghujung jalan Jalan ini sungguh panjang ditambah kepayahan Membuat aku sering bingung dengan a

Serpihan Kata Yang Tak Terungkapkan

Image
Hari semalam terasa lebih hangat daripada hari ini. Entah bila cuaca di tanah Syam ini akan mendatar seperti biasa. Kadang renyai hujan turun akan mendinginkan semula hari yang telah panas, kadang terik matahari mengalahkan kesejukan yang hadir. Suara pakcik coaster memanggil pelajar yang pulang daripada jamiah adalah sesuatu yang mesti apabila melangkah keluar daripada pintu raisi Jamiah Urduniyah. Tempat yang banyak menghadiahkan bekas-bekas kehidupan yang tidak ternilai harganya, tempat yang banyak berbakti kepada diri dan memberi makna yang sungguh mahal nilainya. Kepada Allah segala pujian terhadap nikmat. Malam itu terasa seperti mengisikan hati yang kosong. Hati yang kosong kerana seakan-akan dipatah-patahkan oleh rasa yang tidak sepatutnya singgah mengacau jiwa. Demikianlah manusia walaupun akal fikiran hebat membandingkan perkara yang wajar dilakukan atau sepatutnya ditinggalkan, ia tetap kalah dengan seketul daging yang bernama hati. Kadang-kadang mungkin ego y

Ilmu Tunjang Amal

Kadang-kadang Allah mendatangkan manusia yang tidak kita sangka-sangkakan dalam hidup untuk menguji dan memberi petunjuk melalui manusia itu sendiri. Walaupun bagi kita kadang-kadang orang yang hadir dalam hidup kita banyak memberi kita masalah, tapi kehadiran mereka berbekas dan memberi pengajaran yang besar dalam hidup kita. Benarlah setiap perkara itu ada hikmah yang besar. Setiap satu amalan yang dikerjakan pastinya ada di sana sebab-sebab mengapa amalan tersebut dikerjakan. Daripada sekecil-kecil perbuatan sehinggalah ke sebesar-besar amalan. Mengapa kita berbuat begini, mengapa kita bertindak sedemikian, pastilah setiap satunya ada alasan mengapa kita melakukan setiap pekerjaan. Tetapi ada juga sesetengah yang tidak sedar bahawa sesetengah daripada kita hanya bertaqlid tanpa hujah dan pembuktian. Sedangkan keperluan kepada pemahaman sebenar setiap perkara sangatlah penting dalam memastikan keyakinan dalam setiap tindakan dan satu faktor yang sangat besar mengapa kita bersu

Tak Seindah Bintang di Langit~

Bismillah First entry tahun 2016, makin jarang menulis dan menaip. Mungkin one of the big reason sebab banyak sangat cerita kehidupan dekat blog. Bila tengok ruangan entries, sedarlah makin menurun bilangan entry daripada berpuluh-puluh angka setiap tahun sampailah tinggal bilangan sa tahun yang berikutnya. Makin banyak memori, dan kita makin penat bercerita. Kadang-kadang cerita yang lama berulang dan kita sudah masak dengan cerita sama yang dilalui. Adakah kita sudah cukup bersabar dengan hari-hari semalam yang sudah kita tempuhi. Almost 4 years. 4 tahun menjejak tanah Syam yang menyaksikan bermacam cerita suka duka. Batch Mujaddid (batch Jordan tahun 2012) majoritinya dah sampai masa untuk pulang ke Malaysia, and of course sebab majoritinya adalah daripada jurusan Syariah. Dan kita masih bertatih di sini, separuh perjalanan pun tak sampai lagi, nak graduate tu nampak macam nun jauh silau-silau cahaya. But in 3 years insyaAllah, and we will end this journey. Entah macam mana p