Sebuah Cinta yang tak aku Kenali

Sebuah cinta yang tak aku kenali
Hadir dengan penuh tragedi
Dalam diam ia merasuk
Dalam senyap ia mengungkap
Jangan dipinggir dirinya
Atau mungkin ia akan berlalu pergi
Sedang tanpa aku sedari
Betapa banyak rentak hidup berkisar dirinya
Sudah dimainkan

Sebuah janji yang tak aku penuhi
Hadir mengubah impian dan cita
Selalu aku merasa ia beban
Hanya kadang aku merasa ia harapan

Aku lalu teringat
Tentang keiinginan yang dahulunya
Bagai api yang berkobar kobar
Sekarang ia kelihatan begitu kejam terhadap diriku
Membalas setiap titis peluh dengan tangisan
Membuang segala rasa di dalam jiwa
Paling sakit ia memamah segala pendirian kehidupan

Setiap kali aku tunduk lemah kecewa dengannya
Ia memaksa aku meneruskan perjalanan
Ia menakuti aku dengan pelbagai andaian
Lantas dengan langkah yang lemah aku gagahkan
Mencari butir butir harapan dan pedoman
Moga akan sampai ke penghujung jalan

Jalan ini sungguh panjang ditambah kepayahan
Membuat aku sering bingung dengan aturan Tuhan
Adakah ini masa hadapan
Atau aku akan berhenti di tengah perjalanan

Sebuah pengajaran yang tak aku syukurkan
Hadir berkali kali mengajar erti kehidupan
Kadang ia begitu perit sehingga aku lama rebah
Ia berbicara tentang sabar dan syukur
Yang aku selalunya gagal sematkan

Semakin cinta ini aku teruskan
Ia memaksa aku mengikat hati aku pada Tuhan
Aku pasti tanpa Tuhan dan janji-Nya ;
Sudah lama aku tersingkir di tengah jalan
Sakit ini pasti tidak mampu aku ubatkan
Semestinya tiada jalan keluar yang aku dambakan

Lalu aku sedar bahawa ia hanyalah wasilah berat
Tali untuk aku sentiasa memasang niat
Sematanya, untuk Dia.

Rasyidah Afdzal
12.08 a.m
Sweileh, Amman, Jordan

Finishing 3 weeks of introductory course. Tired and sad. Trusting that things would get better by times. And Allah's helps will always be there.

Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi