Posts

Showing posts from 2013

Sekalung Penghargaan

Bismillah. First and foremost, mintak maaf tadi tak dapat nak teman potong kek. Malulah banyak sangat camera snap gambar. Haha. Saya sentiasa bersyukur sebab sepanjang birthday, kalian sangat memahami dan tak suruh potong kek sorang sorang dan amik gambar. Ohh terima kasih. Post ni mungkin agak jiwang dan make sure awak menghayatinya orait. Nasib baik esok takde dawam kalau tak malu nak jumpa. Dan secondly, terima kasih. Terima kasih for making my days. Dulu time saya mula keluar dQ, takde lain dalam hati ni selain penyesalan. Sebab dah tinggalkan tempat yang saya anggap cukup sakti untuk membina iman yang compang camping. Dah istikharah, dah banyak doa. Tapi last sekali saya ikut je kehendak hati pilih Jordan. Dan masa tu saya tetap rasa yang pilihan saya waktu mungkin salah, iaitu pilih Jordan. Haih. Until then, sampai Jordan, saya terkejut nampak seorang yang macam agak familiar. Haa budak ni la yang kasi aku gula time nak buat teh dengan Mira Faihah dulu. Ingat tak dorm makan s

My Last Teen

Image
Bismillah. *play nasyid kat bawah tu. Heh. Dah banyak hari berlalu semenjak 28 November 2013 yang lalu. Tangan pun dah kaku, idea pun dah kering. Tapi ternyata coretan dalam blog usang ni kadang-kadang mengimbau sangat-sangat cerita-cerita dulu. Dan membuat diri sendiri menilai tentang kematangan diri. Alhamdulillah, Allah dah meminjamkan nyawa selama 19 tahun. Last teen. Belas yang terakhir, sebelum masuk angka 2 kat depan. Weh bukan tua, mecuid cik Dibosh kata. Semakin aku menjalani hidup, semakin aku memahami hakikat kehidupan yang bukan sia-sia, dan semakin aku belajar bagaimana aku perlu terus berusaha, untuk memaknakan, HIDUP.  Berbaktilah dalam menjalani usia, kerana manusia yang paling baik itu adalah manusia yang paling bermanfaat kepada manusia. Diberi nyawa aku oleh Allah, bermaknakah buat manusia lain? Sudah aku manfaatkankah akan kudrat, tenaga, akal fikiran yang diberi buat diberi manfaatnya kepada manusia? Allahu, terlampau banyak lagi masa yang dibazirkan,

Tentang Hati

Image
Bismillah Sekeping hati dibawa berlari Jauh melalui jalanan sepi Jalan kebenaran indah terbentang Di depan matamu para pejuang Tapi jalan kebenaran Tak akan selamanya sunyi Ada ujian yang datang melanda Ada perangkap menunggu mangsa   Kata Saujana. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir) Bagaimana istimewa sekeping hati, membentuk pekerti dan peribadi manusia.  Teringat dulu persitiwa Rasulullah dibersihkan hatinya dengan air syurga oleh malaikat Jibril dengan arahan Allah. Dibuang juga baginya hati Rasulullah yang menjadi port bisikan syaitan laknatullah. Bagaimana Allah menjaga sekeping hati Rasulullah, untuk teladan budi pekertinya menj

سنشد عضدك

Bukan aku mahu merungut, Namun langkah aku tiada bermaya, Bukan aku mahu menangis, Namun tidak mampu aku meleraikan perkara, Bukan aku mahu meratap, Namun hadirnya ujian menggetarkan hati Benar aku mengerti, Bukan sesakit perasaan Ibrahim ketika diminta disembelihnya Ismail, Bukan semurungnya Nuh melihat kaummnya sedikit yang beriman, Atau bukan sesedihnya Muhammad ketika kehilangan keluarga saat mereka rasa diperlukan. Rasa buntu melatih iman. Moga di sebalik ujian, Ada redha di dalam hati. Sungguh aku buntu memberi nasihat, Bahkan 'Sabar' itulah yang perlu diertikan semampunya! Sahabat di sisi, Terima kasih kerana selalu memberi dorongan dan harapan, Sungguh sahabat sejati itu, Sakitlah jasadnya jikalau sakit jasad sahabatnya Namun tidak aku pinta pengorbanan, Tapi aku pohon doa, dari hati yang ikhlas. DemiMu ya Allah, Moga perjalanan dapat diteruskan, Walau disapa beribu rintangan. Kerana aku yakin kepada diriMu jalan aku pulang. DemiMu ya Allah, Mo

I Love To Be.

Image
Bismillah. It's true, this semester was though enough. 5 subjek Medic yang melanda kami semua, tak senang nak cakap senang. Betullah yang Ala dengan Lina cakap hari tu. At least, 3 jam kena spend sehari untuk study. Doesn't include the lectures. Dan Arabs spend 6 jam at least one day. Jam yang cukup mengusarkan kami. Dan aku, nak adapt dari sehari yang spend 1 jam pun tak janji kepada 4 jam sehari. Wah, itu target sebenarnya. Ada sorang dari kami, dah jadi Arab betul dah. Maklumlah kawan dengan arab je. Kepit dengan buku 5 hours a day. At least. Dan itu membuahkan lagi kebimbangan buat kami selaku empunya diri. Dan dari kami, ada yang cukup risau dengan situasi semasa. Fokus dengan study. Fokus dengan kelas. And that was good enough. Wondering bila akan dapat semangat semacam mereka. And me. Masih taraddud lagi. Kerja persatuan, usrah baru, adik-adik, talaqqi, mustami' and so on. Macam mana Rasyidah boleh berseronok dan bersuka ria lagi dengan segala macam

Teguh

Bismillah. Terlejut dapat panggilan daripada Athirah. Ketakutan sampai bunyi macam nak menangis. "Kak Syidah, macam mana ni, akak tu dah ada depan pintu rumah kitorang, kak syidah macam mana ni. Takut sangat. Ramai takde kat rumah ni.." "Eh Tirah rileks, jangan takut. Awak buka je pi tu, layan dia macam awak tak tahu pape. Jangan buat tahu sangat, awak cool je" Dan sebelum tu. "Syidah eh, aku dok tahu nok wak gane ni, aku nok wak gane ni. Ye dok massok nasik lemok dapor tu. Lepah ni pukul 7.30 ye kata nok wak liqa' doh syidah gane ni. Mg mari sini buleh dok?" Tarik nafas, hembus nafas. Tarik nafas, hembus nafas. Hatta senior pun boleh lagi diajaknya berkali-kali masuk usrah, nikan adik yang baru je kenal bumi Sweileh semalam tu. Hailah. Dahsyat semangat ni. Berkobar-kobar laksana api. Tapi api yang memakan jiwa lain. Sebelah pihak berkata, perjuangan kita kerana Allah, bersabarlah. Perjuangan memang benar menyakitkan. Saba

Kata Dia

Saat dia berbicara, Bertutur tentang aku, Diam aku terkesima, Bukan mengagumi dia, Tapi akan berkuasanya Tuhan, Menganugerahkan ilham. Aku diam lagi, Tahu dia bertutur secara bijaksana, Tahu dia memendam 1001 rahsia, Tahu dia merahsiakan daripada semua, Akan hatiku yang kelam. Tiba-tiba dia diam sementara, Mengkhabarkan cerita, Akan dugaan yang bakal menimpa. Aku kelu lagi tanpa bicara, Berfikir, ujian ataupun bala? Lantas dia berkata, Jadikan Allah itu tunjang, Tempat berpaut tatkala dibawa arus, Moga tidak sesat terus, Dibawa sempitnya jiwa. Aku hembuskan nafas, Berharap perginya bersama keluh kesah, Aku ingatkan hati, Bukankah 'la yukaliffulllahu nafsan illa wus'aha'? Dan ingatlah akan doa selepas ayat ini, Aku ingatkan lagi hati, Mungkin Allah mahu pasakkan diri, Berpegang terus kepada Dia. Hidup, Penuh suka duka, Penuh penipuan, Penuh gurau senda, Betullah negeri akhirat itu lebih beerti, Buat mereka yang bertaqwa. Moga Allah terus me

Jaga Hati, Jaga Diri.

Image
Bismillah. 7 days, a week, 168 hours, then 5 members will only left in this house. Entahlah nak rasa sedih ke, gembira ke. Sedih nak tinggal family, sedih nak tinggal mak sorang-sorang. Sedih kalau dah memang tahu penat mak bertambah. Tapi gembira jugak nak balik sana sebab nak lepas dari segala benda ni. But I admit it, lagi sedih kot, dari gembira. Alhamdulillah, Allah makbulkan jugak nak jumpa sahabat seperjuangan dQ. Even tak jumpa ramai pun, sebab tak sempat. Huhu sedih. Tapi alhamdulillah, seriously, nikmat tu terasa. Walaupun saya yang paling aktif bercerita pasal Jordan dan segala bagai, tapi still, saya dapat banyak input sebenarnya. Jumpa korang tanpa sebarang kalam pun dah dapat aura tu. Aceceh. Bi'ah memang makes differences kan? Duduk sebentar dengan korang macam ijlis bina, nu'min sa'ah dah. Hehe. Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan ta

...Stay Strong....

Image
Bismillah. Bukan susah berbicara tanpa merasa. Bukan mengerti menasihat tanpa menaggung sendiri. Alangkah sukarnya sabar hendak diterjemah ke dalam hati, tatkala ujian menimpa diri. Sungguh senang, sabar hendak dituturkan, tapi hanya orang yang terpilih bisa melaksanakan. Kerana itu, Allah menjawab di dalam al-Quran, tiada ganjaran yang lebih layak diberikan untuk mereka yang bersabar, kecuali ganjaran yang tanpa hisab, ganjaran yang tidak terkira. Jam berdetik, jarum pendek tepat jatuhnya ke nombor 2. Tiba-tiba ada tapak kaki turun dari tingkat atas. "Syidah, syidah sehat?" "Errr, alhamdulillah sehat.." "Syidah beli mende Syidah" "Ada buah, manisan Arab tu" "Eh ye ke! Yeay yeay" Eheh. Dia ke ni? Sebab apeeee..... Masa yang berjalan, mengajar aku untuk mengenali lagi dia. Dia yang baru, dia yang tidak aku mengerti langsung sekarang. Ya, bukan dia. Hari tu, masa Skype, langsung tidak merasa sakit sus

Real Niha'ie

Image
Bismillah. Minggu ni lagi sekali berperang dengan exam. Lain sungguh exam dulu dengan exam sekarang. Dulu exam siap boleh tidur dengan lena cukup lima jam. Tapi sekarang, seminggu sebelum exam pun dah tak cukup lena dan kurang lima jam. Kalaulah usaha macam ni dulu time SPM.. Ceh jangan nak bajet sangat ah. HAHA. Hanya budak Medic je tahu dan faham macam mana perasaannya bila dah nak habis setahun belajar semua benda ni. Biarlah tinggal 5 tahun lagi pun, yang penting hati saya tetap berbunga-bunga. Satu tahun teori bakal meninggalkan diri. Babababai. Dan penting jugak niha'ie kali ni sebab 10 hari lagi nak balik Malaysia. Huray huray. Entah kenapa tak sabar sangat. Mungkin sebab ada bergunung-gunung ombak duri dalam jiwa kot. Ada cerita yang tak tahu nak dikongsi dengan siapa. Ada hati yang pening dengan naluri. And those who was seen dancing were thought to be insane by those who cannot hear the music. Kalau tak tahu situasi orang, tak payahlah nak menggagak dan menilai h

Muhasabah sang Da'ie

Image
Bismillah. Selalunya saya tak kesah apa yang orang nak nilai saya. Sebab bagi saya saya kenal diri saya lebih dari orang lain kenal saya. Betul lah. Tapi sometimes, ada certain perkara yang kita tak nampak. Dan kadang-kadang kita tak sangka kita dinilai sebegitu rupa. Kadang-kadang, mereka menilai tersalah faham. Kadang-kadang, kita ada penjelasan yang terbaik untuk apa yang telah mereka nilai tentang kita. Muhasabah Kepimpinan Walaupun istilah pemangku nampak sangat simple, tapi yang jelasnya tak simple langsung. Saya tahulah, saya bukan pemimpin yang baik. Tapi setelah dibagi sedikit amanah yang tak seberapa, maka saya teruskan je. Saya kira saya sudah mencuba sehabis baik. Buat meeting. Follow up exco. Buat beberapa program untuk akhawat. Even program kadang-kadang tak dapat sambutan pun, tapi saya teruskan je. Sebab saya ingat Allah tu tak tengok hasil kan. “Maka dengan rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlakulah lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap ke

A Tribute

Image
Bismillah. Hari ni, walaupun terlambat dah beberapa jam, jam Malaysia dan juga jam Jordan, tapi still sempat rasanya nak buat beberapa wish. Wish yang simple, Happy Birthday, atau dengan bahasa ibunda, Selamat Hari Lahir, atau dengan Bahasa Arab, Sanah Helwah. Tapi yang menjadikan wish ini hari ni begitu special adalah kerana ia di dedicated untuk MOK saya, Zainab binti Ali. Ada kek ni. Cheese-cake Walaupun hiasannya agak pelik sebab takde tiub aising. Ni pun reka je guna plastic bag then sumbat qisytah yang digaul dengan pewarna ke dalanya. Oh, texture tak penting kan, rasa tu penting. Tadi bagi kawan-kawan diorang cakap sedap. Kekeke. Tapi yang paling penting, seriously kalau bukan birthday mak takkan lah Syidah buat kek segala macam tengah musim exam ni. So to conclude, yang penting niat yang ikhlas :D You raise me up, so I can stand on mountains; You raise me up, to walk on stormy seas; I am strong, when I am on your shoulders; Sepertimana cerita dongeng

Hadiah Dari Langit

Image
Bismillah. 4 hari lagi, maka Ramadhan yang ditunggu-tunggu semua akan tiba tak lama lagi. Semenjak Mark Zuckerberg menubuhkan laman sosial MukaBuku, semakin meriah saat-saat Ramadhan mula memunculkan diri, semakin ramai orang aware tentang berapa hari lagi nak masuk Ramadhan, sebab ramai sangat orang buat countdown dan status bermacam rupa. Tapi ramalan saya Mark akan dapat bonus extra lagi daripada Malaysians nanti ketika di Aiidilfitri. "Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Surah al-Baqarah 2:183) Tahun ini, tahun pertama ber-Ramadhan di negara orang, meninggalkan negara sendiri dengan jarak beribu-ribu kilometer. Tak pernah terbayang pun. Alhamdulillah, boleh merasa Ramadhan di bumi Syam Jordan. Kalau Ramadhan di Malaysia kadang-kadang rasa rutin setiap hari sama. Istimewanya terawih mak ayah sudi pergi Majid Kristal sebab nak cari imam import walaupun tak dapat n