Posts

Showing posts from 2017

Kecapilah Keindahan

Image
Bismillah Kehidupan, menuntut kita bersabar daripada satu perkara yang kita kenalinya sebagai masa. Setiap detik yang berlalu membawa pelbagai cerita, ada suka dan ada juga duka. Masa mengajar kita pelbagai pengajaran hidup, syukur dan sabar adalah alat yang terbaik untuk membantu kita menghadapinya. Kerana selamanya kita perlu tetap yakin akan kelangsungan masa juga adalah daripada kehendaknya Tuhan, agar kita beroleh pengajaran daripada setiap detik yang kita lalui. Alhamdulillah, satu ungkapan yang terlampau bermakna selepas hampir lebih separuh tahun 5 perubatan di University of Jordan. Walaupun terselit berbagai kisah yang sakit kadang-kadang kalau diingatkan, tetapi tetap banyak hikmah yang Allah hadiahkan. Antara perkara yang aku belajar, dan peringatan untuk diri sendiri sentiasa. 1. Knowledge - strive for it, there is no shortcut. Otherwise you lose it. Satu hal yang sangat banyak belajar daripada kawan-kawan Arab adalah ilmu mereka yang sangatlah mengagu

Kelangsungan Masa

Bismillah. Niat asal nak sambung study topik yang masih banyak berbaki, tapi mood dah takde walaupun OSCE dah next week. Alhamdulillah, sekarang dah sampai rotation kedua untuk fifth year, Forensic, Toxicology and Emergency Medicine selepas Family Medicine. Bila ada groupmate Malaysia dalam group, alhamdulillah makin terasa senang untuk terus semangat belajar. Entah malam ni terasa nak menulis sesuatu walaupun amat jarang sekali menulis dalam blog yang tiada pengunjung ni haha. Baru balik jumpa Mun yang akan back for good setelah 4 tahun berusaha untuk belajar Medic di Jordan. Benarlah, Allah yang mencorakkan rezeki manusia yang bermacam rupa. Belajar bersyukur mungkin adalah perkara yang tersukar dalam kehidupan. Bila rasa tak kena dengan nasib sendiri, tentang takdir yang Allah letak, sangat mudah untuk mengeluh dan kesal. Mudahnya melafazkan 'tertekan', 'stress'. Padahal sungguh, nikmat Allah tidak terhitung banyaknya. 5 tahun di Jordan, melewati terlampau

Fahuwa Hasbuh !

Image
Bismillah. Kira-kira 5 tahun yang lepas, hinggalah sekarang kami sekeluarga diuji dengan ujian yang sangat hebat. Makin terasa apabila ujian itu masih berlanjutan sehingga sekarang. Mungkin masih tinggal lagi perkara yang hendak diajar Tuhan, atau masih ada dosa-dosa yang hendak dipadamkan, masih ada ganjaran atas kesabaran yang Dia mahu kurniakan. Dan semenjak daripada itulah, aku belajar banyak perkara daripada individu yang sangat rapat dengan diri, EMAK. Sejak saat itu, emak berubah dengan drastik dan semestinya banyak perkara yang terjadi ; yang kurang baik menjadi alat kesabaran terbaik dan yang baik menjadi hikmah yang tidak terganti. Kakakku yang kedua, tiba-tiba berubah daripada seorang yang baik, yang normal, yang penyayang, menjadi seorang yang sungguh ajaib perwatakannya. Dia sakit, dengan penyakit yang tidak diketahui puncanya. tidak diketahui penawarnya, tidak diketahui bilakah dia akan sembuh. Bukan penyakit medikal yang boleh dirawat di hospital tapi penyakit mis