Ramadhan & Eid Reflection

Bismillah.

It's malam raya by the way. Tapi as usual kalau raya dekat Jordan, tak rasa macam raya pun except for pergi embassy esok paginya. Makan kejap and balik semula rumah sambung hal masing-masing. But I'm writing this now sebab still lagi feeling tu kuat. Sebab kalau tulis lambat memang dah hilang and tak rasa seronok dan bermakna kalau baca balik. Actually raya ni lagi rasa tak macam raya sebab kena gastroenteritis teruk pulak sampai rasa nak demam pun ada. Tambah lagi rasa sayu sebab Ramadhan baru sahaja pergi meninggalkan kita.

Alhamdulillah, thummal hamdulillah.

Image result for ramadan quotes

Allah memberi nikmat untuk merasai hari-hari Ramadhan yang betul-betul berharga. Especially 10 malam terakhir. Alhamdulillah, doa untuk mrasai keindahan Ramadhan termakbul. Walaupun permulaan Ramadhan haritu rasa sangat tak bersedia.

Ramadhan adalah hadiah daripada Allah Yang Maha Penyayang kepada hambaNya yang banyak dosanya. Ramadhan adalah bulan keampunan, bulan kita memohon kepada Dia untuk dijauhkan kita daripada api neraka.

Nikmat yang paling besar dalam bulan Ramadhan kali ini adalah qiyamullail di Masjid Fareed al-Khaleel. Masjid yang biasa jadi tempat ceramah Sheikh Solah al-Khalidi, dan mungkin masjid paling istiqamah dan sangat berharga amal ibadatnya sepanjang bulan Ramadhan di Sweileh. Masjid ni start dengan solat tarawih 8 rakaat, satu page satu rakaat so bila dah dekat dengan 10 terakhir masjid ni akan start buat 20 rakaat and akan habiskan 2-3 juzu' sehari. Dalam malam ke-20, baru masuk juzu' 16/17 macam tu tapi boleh kejar habiskan dan khatam al-Quran malam yang ke-29. MashaAllah.

Apa yang best dengan Arab ni, stamina diorang memang mashaAllah. Rasanya kalau masjid Malaysia ada yang buat macam ni, mungkin boleh jadi kosong ataupun banyak orang akan complain. Yes padahal boleh je solat sunat duduk kan. Even makcik dekat Masjid Fareed ni ada beberapa saf yang memang solat sunat duduk.

Al-Quran

Alhamdulilah yang tidak terkata, rasanya Ramadhan kali ini sangat terasa betapa nikmatnya menghafal al-Quran dan betapa perlunya bersyukur kerana Allah masih lagi simpan sedikit sebanyak ayat-ayatNya dalam dada. Walaupun as I always mentioned, I'm not good at revising the Quran. Kalau orang tanya berapa juzu sehari, rasa malu nak jawab hanya Allah yang tahu. Tapi alhamdulillah, Allah Maha Pemurah kan, walaupun tak banyak mengulang tapi Allah tetap jagakan. Terima kasih Allah T_T

Image result for ramadan quotes

Dan aku pun baru sedar jugak betapa banyak aku dah improve pemahaman dengan al-Quran sepanjang duduk di Jordan. Benarlah, nikmat al-Quran ini adalah sebesar-seebsar nikmat yang Allah bagi sepanjang di Jordan. Mungkin inilah jawapan kepada persoalan kenapa aku belajar di Jordan. Alhamdulillah again, sebab dah banyak ayat al-Quran boleh faham secara literally, boleh ikut nada imam baca dan special dia sebab imam dekat masjid ni sangat emotional bila sampai ayat sedih, ayat azab, ayat syurga dan dia akan stop sekejap bila dah habis seekumpulan ayat penceritaan dalam al-Quran ni. Alhamdulilah lagi, kalau buka tafseer Arab Allah bagi lagi nikmat untuk faham. Sampai kadang-kadang bila buka tafseer baca sikit termenangis kenapa tak spend banyak masa baca tafseer sedangkan Allah bagi mudah sebenarnya kefahaman tu. Ya ALLAH T_T

Tapi sebenarnya, sebanyak mana pun tangisan, kefahaman, dengan al-Quran ni, bukanlah penentu untuk istiqamah dengan al-Quran selepas ini. Antara doa aku yang paling utama pada 10 malam terakhir Ramadhan ini adalah supaya terus istiqamah dengan al-Quran dan Allah jadikan aku khadimah kepada al-Quran, setidak-tidaknya untuk masa yang berbaki sebelum start kerja jadi doktor dan mungkin dah takde masa sangat dengan al-Quran lepas tu. Moga Allah kuatkan aku untuk sentiasa istiqamah mengulang al-Quran.

للهم ذكرنا منه ما نُسِّينا، وعلمنا منه ما جهلنا، وارزقنا تلاوته آناء الليل وأطراف النهار على الوجه الذي يرضيك عنا

اللهم اجعلنا ممن يحل حلاله، ويحرم حرامه، ويعمل بمحكمه، ويؤمن بمتشابهه، ويتلوه حق تلاوته

اللهم اجعلنا ممن يقيم حروفه وحدوده، ولا تجعلنا ممن يقيم حروفه ويضيع حدوده

اللهم ألبسنا به الحلل، وأسكنا به الظلل، وادفع عنا به النقم، وزدنا به من النعم، يا ذا الجلال والإكرام

اللهم اجعلنا من أهل القرآن الذين هم أهلك وخاصتك، يا ذا الجلال والإكرام

اللهم اجعل القرآن العظيم لقلوبنا ضياءً، ولأبصارنا جلاءً، ولأسقامنا دواءً، ولذنوبنا ممحِّصاً، وعن النيران مخلِّصاً

اللهم اجعله شفيعاً لنا، وحجة لنا لا حجة علينا


اللهم اجعلنا ممن قاده القرآن إلى الجنان، ولا تجعلنا ممن أعرض عنه القرآن فزُجَّ في قفاه في النار، يا واحد يا قهار

Bila imam baca doa berkait dengan al-Quran, pasti beliau akan sangat sebak. Dan aku rasa aku lagilah sedih sebab tahu macam mana usaha untuk rapat dengan al-Quran ni. Doa tentang al-Quran adalah doa yang paling emotional. Al-Quran adalah sebaik-baik nikmat. Alhamdulillah Allah bagi aku merasa nikmat tersebut walaupun sekelumit. Moga Allah jadikan aku orang yang beramal dengannya dan memudahkan aku untuk memberi manfaat kepada orang yang yang lain juga. Moga Allah istiqamah kita semua bersama al-Quran.

ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا ۖ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ



Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. 
Yang demikian itu adalah karunia yang amat besar.
(Fatir : 32)

Emotional verse T_T

Ibadah

Ramadhan kali ini seakan mengingatkan kembali kepada diri aku yang lalu. Rasyidah yang banyak ibadahnya dan sangat menjaga solat malamnya. Bukan nak menunjuk, and even no one gonna read this post HAHA. Tapi lepas sangat sibuk dengan Medic, urusan dunia yang lain, tiba-tiba rasa tak sekuat yang dulu. Makin malas bangun especially bila Subuh dekat Jordan ni subhanallah betul awal dia. Bila reflect diri yang lama, time tu memang sangat tak matured, tapi semangat Rasyidah ketika itu sangat kuat, dan sebab itu jugalah I kept telling everyone that I changed to a worse not a better person. Sebab hanya aku, yang mengenal aku yang dahulu. Kadang-kadang terfikir, mungkin segala nikmat yang Allah kurniakan aku hari ini adalah hadiah kepada amal aku yang sebelum ini. I really want that version of  me back.

Bila habis Ramadhan, satu ketakutan yang sangat besar datang. Ketakutan untuk tak istiqamah. Ramadhan adalah madrasah tarbiyah. Pusat latihan. Bila keluar daripada pusat latihan ni, mestilah persiapan mantap dan kita akan ikut apa yang kita dah buat sepanjang Ramadhan. Bukan sahaja mengejar lailatul Qadr dan that's it, I'm done. Ramadhan jauh lebih besar daripada semuanya itu. Ketakutan kedua adalah ini adalah last Ramadhan di Jordan. Tak tahu Ramadhan dekat Malaysia macam mana tapi of course tak bermakna macam dekat sini. Tiada lagi imam yang nak baca surah panjang dan doa yang sangat menyentuh hati. Tiada suasana syahdu para jemaah yang menangis sambil mengaminkan doa imam. Takut jugak perasaan yang tak sama tak akan hadir at least setahun sekali mengubat jiwa. Lebih takut lagi kalau umur pun tak panjang untuk berjumpa lagi Ramadhan seterusnya.

Moga Allah menyempatkan kita kepada Ramadhan seterusnya, moga Allah menambah khusyu kita, moga Allah menerima ibadah kita dan paling penting moga Allah kekalkan kita dalam istiqamah beribadah kepadaNya.

Ilaihi Narjuh..

Image result for quran quotes

Ramadhan kali ini, banyak sangat reflect balik semua benda yang dah jadi sepanjang 7 tahun dekat Jordan. Banyak sangat berfikir, banyak sangat benda dalam kepala tapi achievement baru dia adalah berjaya tak cerita dekat orang HAHA.

Start masuk final year ni, semakin banyak overthink, semakin banyak stress fikir small things, sangat banyak menangis without any solid reason, I'm totally lost. Kadang-kadang tak tahu apa jadi dekat diri sendiri. Kadang-kadang takut dah boleh diagnose dengan depression sampai cek balik la jugak DSM IV punya criteria HAHA okayh not funny.

Tapi bila lalui Ramadhan kali ni, rasa satu benda yang aku cukup hilang sejak akhir-akhir. Hilang rasa untuk bergantung kepada Allah. Rasa terlampau perlukan orang. Rasa terlampau takut dengan future life. Rasa terampau mengira nikmat yang orang lain dapat. Astaghfirullah.


قَالَ إِنَّمَا أَشْكُوْ بثّيْ وَ حُزْنِيْ إِلَى اللهِ

Dia (Ya’qub) menjawab: “Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.” (QS Yusuf: 86)

وَ إِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيْبٌ أُجِيْبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku.” 


[QS Al Baqarah: 186]

Bila dibacakan ayat-ayat ini, rasa kenapalah tak pernah menghayati betul-betul pesan dalam al-Quran tersebut. Padahal dah berapa kali baca.

Mungkin benar kita ini manusia, dan kadang-kadang kita perlukan manusia untuk kita bergantung harap. Tapi sebaik-baik tempat kita bergantung harapa adalah kepada Allah. Kadang-kadang bila kita mengadu pada manusia, kita akan bertambah fikir tentang masalah tersebut (well this is my experience) dan rasa masalah kita makin besar walaupun kecil. Tapi bila mengadu dekat Allah, kita boleh doa untuk Allah permudahkan urusan tersebut dan tak menjadikan perkara tersebut beban dalam hati kita.

Image result for yasmin mogahed quotes

Satu kebimbangan besar jugak, bila fikir lepas dah habis Ramadhan, rasa nak mengadu kepada Allah akan hilang, rasa khusyu mula memudar, kembali rasa tak redha dengan ujian yang Allah berikan dan lupa saat-saat bermakna dalam Ramadhan.

Sungguh, rasa nikmat dan pilu sungguh hati dengar doa qunut yang super pwerful daripada imam. Merintih dan merayu, rasa time tu boleh serahkan hati speenuhnya dekat Allah.


نَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ أَلا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ (٣٠) نَحْنُ أَوْلِيَاؤُكُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الآخِرَةِ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنْفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ (٣١) نُزُلا مِنْ غَفُورٍ رَحِيمٍ (٣٢

Sesungguhnya orang-orang yang berkata, “Tuhan kami adalah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan kepadamu. Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya (surga) kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh apa yang kamu minta. Sebagai penghormatan (bagimu) dari (Allah) Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Fushshilat: 30-32)

Ya Allah, jadikanlah kami hambaMu yang istiqamah.

Doa

Antara ibadah yang paling besar dalam bulan Ramadhan. Ada erti besar dalam doa. Doa memohon keampunan, doa dijauhkan daripada azab api neraka. Alangkah beruntung andai seseorang itu habis melewati Ramadhan, terampun dosanya dan diambil nyawanya ketika dia sudah bersedia. Mungkin itulah nikmat kita semua pendosa yang sentiasa mengharapkan ketibaan Ramadhan, semoga terampun dosa kita, semuanya.

Walaupun awkward, tapi satu doa yang sangat bermakna dalam bulan Ramadhan ini adalah dikurniakan jodoh yang soleh. Benda ni kadang nampak remeh, memalukan and sometimes gatal HAHA tapi it's not actually. Entah kenapa, Ramadhan kali ini, banyak sangat diingatkan untuk berdoa tentang perkara ini. Betul, Allah tahu yang terbaik, Allah tetapkan jodoh kita, tapi peringatan ini seakan dihantar untuk kita sentiasa meminta kepadaNya. Sebab jodoh ni bukan semata urusan cinta cintun, tapi urusan dunia akhirat yang sangat besar. Teman yang akan menjadi teman sepanjang hayat. Dia yang akan membimbing kita dan bersama-sama melakukan amalan, baik buruk amalannya atau baik amalannya.

Selepas Ramadhan ini, aku sedar, tiada apa yang kita peroleh pada kebimbangan. Doa, dan percayalah kepada Allah. Dialah yang menyatukan dan mempertemukan hati manusia. Sekeras mana manusia berusaha, takdir dan keputusan di tanganNya. Tapi kita berdoalah agar kita menjadi mukmin/mukminah yang soleh/solehah dan dijodohkan dengan orang yang soleh dan solehah juga.

Doa bukan berhenti pada Ramadhan tapi istiqamah meneruskannya.

Syukur

Syukur adalah perkara yang cepat sangat buat aku sedar diri, sedih dan bersalah yang amat sangat. Walaupun orang tak nampak perkara ni, bila orang sebut betapa banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada diri ini rasa terlampau kerdil dan sangat malu dengan Allah. Sebab rasa tak pernah betul-betul bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Tapi yes setiap kali orang sebut, wallahi rasa terreflect sangat-sangat.

Mungkin benar, Allah memberikan nikmatNya dan aku perlu belajar untuk memanfaatkan nikmat-nikmat tersebut dan berkhidmat untuk agamaNya. Perlu lebih banyak berkorban. Dan paling penting berhenti mengeluh dengan ujian dan bersyukur terhadap setiap nikmat. And jangan sesekali bangga sebab semua ni adalah milik Allah dan pinjaman daripadaNya. Yes it's actually a test from Allah too.

Panjang pulak. I really need to stop HAHA tapi sebenarnya ada lagi reflection lain.

Image result for ‫مسجد فريد الخليل‬‎

Akhir kata, aidulfitri yang bermakna bukan pada kemeriahan raya, raya di Malaysia, makan sedap, baju baru, tapi pada kegembiraan meraikan amalan-amalan soleh yang harap diterima oleh Allah dan doa yang harapnya dimakbulkan.

Taqaballahu minna waminkum solihul a'mal (I finally realized why this wish during is so  powerful)

Moga Allah pertemukan kita lagi dengan Ramadhan dan diberi kelapangan untuk mengerjakannya dengan khusyu.

Moga taubat kita adalah taubat nasuha, moga kita sentiasa istiqamah mengerjakan ibadat.

Amiin.

Amiin ya Rabbal Alamin.









Comments

  1. Allah yang menurunkan ujian dan Dia jualah yang mengangkat kesedihan hati dan beban kehidupan ini. Setiap kali sedih selalu teringat ayat Nabi Yakob dalam Surah Yusuf tu. Sungguh kita bukan sapa2 tapi manusia juga, bukan sempurna dalam mendengar dan memahami isi hati orang, minta maaf salah silapnya syidah. Sungguh 2 Ramadhan terakhir sebelum tamat belajar ni sangat bermakna, satu time umrah satu lagi spend masa betul2 dekat Jordan, terima kasih atas kenangannya. Semoga Allah menerima tangis dan ibadah kita, semoga Allah terus beri kekuatan dalam beramal. Teruskan berdoa, dan kita pun doa sokmo ke syidah. Doakan kita faham AlQuran lebih juga 😊 Semoga Allah pelihara ukhuwah ini, ily syidah 🌹

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi