Posts

Showing posts from July, 2013

Real Niha'ie

Image
Bismillah. Minggu ni lagi sekali berperang dengan exam. Lain sungguh exam dulu dengan exam sekarang. Dulu exam siap boleh tidur dengan lena cukup lima jam. Tapi sekarang, seminggu sebelum exam pun dah tak cukup lena dan kurang lima jam. Kalaulah usaha macam ni dulu time SPM.. Ceh jangan nak bajet sangat ah. HAHA. Hanya budak Medic je tahu dan faham macam mana perasaannya bila dah nak habis setahun belajar semua benda ni. Biarlah tinggal 5 tahun lagi pun, yang penting hati saya tetap berbunga-bunga. Satu tahun teori bakal meninggalkan diri. Babababai. Dan penting jugak niha'ie kali ni sebab 10 hari lagi nak balik Malaysia. Huray huray. Entah kenapa tak sabar sangat. Mungkin sebab ada bergunung-gunung ombak duri dalam jiwa kot. Ada cerita yang tak tahu nak dikongsi dengan siapa. Ada hati yang pening dengan naluri. And those who was seen dancing were thought to be insane by those who cannot hear the music. Kalau tak tahu situasi orang, tak payahlah nak menggagak dan menilai h

Muhasabah sang Da'ie

Image
Bismillah. Selalunya saya tak kesah apa yang orang nak nilai saya. Sebab bagi saya saya kenal diri saya lebih dari orang lain kenal saya. Betul lah. Tapi sometimes, ada certain perkara yang kita tak nampak. Dan kadang-kadang kita tak sangka kita dinilai sebegitu rupa. Kadang-kadang, mereka menilai tersalah faham. Kadang-kadang, kita ada penjelasan yang terbaik untuk apa yang telah mereka nilai tentang kita. Muhasabah Kepimpinan Walaupun istilah pemangku nampak sangat simple, tapi yang jelasnya tak simple langsung. Saya tahulah, saya bukan pemimpin yang baik. Tapi setelah dibagi sedikit amanah yang tak seberapa, maka saya teruskan je. Saya kira saya sudah mencuba sehabis baik. Buat meeting. Follow up exco. Buat beberapa program untuk akhawat. Even program kadang-kadang tak dapat sambutan pun, tapi saya teruskan je. Sebab saya ingat Allah tu tak tengok hasil kan. “Maka dengan rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlakulah lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap ke

A Tribute

Image
Bismillah. Hari ni, walaupun terlambat dah beberapa jam, jam Malaysia dan juga jam Jordan, tapi still sempat rasanya nak buat beberapa wish. Wish yang simple, Happy Birthday, atau dengan bahasa ibunda, Selamat Hari Lahir, atau dengan Bahasa Arab, Sanah Helwah. Tapi yang menjadikan wish ini hari ni begitu special adalah kerana ia di dedicated untuk MOK saya, Zainab binti Ali. Ada kek ni. Cheese-cake Walaupun hiasannya agak pelik sebab takde tiub aising. Ni pun reka je guna plastic bag then sumbat qisytah yang digaul dengan pewarna ke dalanya. Oh, texture tak penting kan, rasa tu penting. Tadi bagi kawan-kawan diorang cakap sedap. Kekeke. Tapi yang paling penting, seriously kalau bukan birthday mak takkan lah Syidah buat kek segala macam tengah musim exam ni. So to conclude, yang penting niat yang ikhlas :D You raise me up, so I can stand on mountains; You raise me up, to walk on stormy seas; I am strong, when I am on your shoulders; Sepertimana cerita dongeng

Hadiah Dari Langit

Image
Bismillah. 4 hari lagi, maka Ramadhan yang ditunggu-tunggu semua akan tiba tak lama lagi. Semenjak Mark Zuckerberg menubuhkan laman sosial MukaBuku, semakin meriah saat-saat Ramadhan mula memunculkan diri, semakin ramai orang aware tentang berapa hari lagi nak masuk Ramadhan, sebab ramai sangat orang buat countdown dan status bermacam rupa. Tapi ramalan saya Mark akan dapat bonus extra lagi daripada Malaysians nanti ketika di Aiidilfitri. "Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Surah al-Baqarah 2:183) Tahun ini, tahun pertama ber-Ramadhan di negara orang, meninggalkan negara sendiri dengan jarak beribu-ribu kilometer. Tak pernah terbayang pun. Alhamdulillah, boleh merasa Ramadhan di bumi Syam Jordan. Kalau Ramadhan di Malaysia kadang-kadang rasa rutin setiap hari sama. Istimewanya terawih mak ayah sudi pergi Majid Kristal sebab nak cari imam import walaupun tak dapat n

Zonula Occludens

Bismillah. The tight junction, is also known as, zonula occludens. Study Histology, saya bukan hanya belajar menghargai setiap cells yang teramat unik yang telah Allah cipta dalam diri manusia. Sehinggakan tiap nanometer tubuh manusia, diatur dengan cukup perfect sekali oleh Allah. Manusiakan sebaik-baik ciptaan. Terlampau rumit untuk difahami dan diingati, tetapi Dia mengawal setiap pergerakan cells ini setiap saat, setiap componentsnya, di setiap tubuh manusia yang entah berapa milion. Tapi saya jugak belajar untuk sabar dengan materials yang segala ni. Daripada lectures Arab doctor, slides, buku yang berdua jenis pulak tu, Singh dengan Junquiera, handouts, extra notes. Wooo. Otak pusing ligat mahu tercabut ohh. Kemudian saya tinggalkan Junquiera dan Singh, singgah ke Wazakkir. Hari ini, 4.7.2013, jatuhnya presiden Mesir yang sangat dibanggakan umat Islam hari ni, Dr Morsi. Tak tahulah apa yang puak-puak Tamarrud tu nak apa. Bajet hebat lettew. Tapi yang pasti, Allah tu ad