Posts

Showing posts from September, 2012

Ohsem Sungguh Mereka

Image
Bismillah. Sudah berapa hari kaki ini meninjak tanah barakah ini. Dan semakin hari, semakin banyak perkara yang mengajar, menguji kekuatan, menguji keimanan dan segala macam rupa lagi. Tak sangka di ibu kota Jordan ini juga, paling banyak perkara yang menduga mahasiswa/wi di sini. Generasi medic dan dentist Malaysia yang terawal mentasjilkan diri ke universiti yang tertua di Jordan ini. Hari pertama melangkah untuk mentasjil, dengan semangat yang baru, tiba-tiba diumumkan oleh oleh Tuan Setiausaha PPMA yuran mawazi bertukar duwali. Duwali dengan bahasa lebih mudah, yuran international untuk Non-Jordanian, untuk satu sem, 9660 dolar. Dengan translation yang lebih mudah ke RM, 30, 000. Dan ia bukan satu jumlah yang sedikit. 6 bulan untuk RM, 30, 000, sebulan RM 5, 000.00. Untuk kami yang bertajaan Yayasan Terengganu, cuma mampu tercengang dengan keputusan ni dan YT sudah menjadi bukan sebuah tajaan yang menjanjikan duit yang melimpah ruah kerana tajaan tersebut hanyalah memadai untuk

Ahlan Wasahlan Tibb !

Image
Bismillah. Alhamdulillah, telah diberi peluang oleh Allah untuk mendengar sedikit taklimat daripada senior JUST, Saudara Naqeb dan jugak Kak Izzaty. Memang tak dapat nak dinafikan perasaan memang sangat malas sebab dah kali berapa senior dari JUST yang datang bagi taklimat. Sebab memang teringin nak mendengar taklimat dari mahasiswa Perubatan University of Jordan. Tapi memang nak kena padam segala persepsi tu lepas dengar pencerahan daripada kedua mahasiswa Irbid ini kerana telah jelas membuat kami terpaku. Terlampau sibuk hendakkan pencerahan dari warga UJ sehingga tak sedar bahawa memang takde pun orang akan bagi tu. Menyahut cabaran sebagai generasi pertama Malaysia merangka perintis pelajar perubatan di UJ ni. Fahamlah bahawa kehidupan ini, akan dimulakan sendiri,, sepertimana juga warga JUST pernah menjadi perintis beberapa tahun yang lalu. Sepatutnya, take it as a advantage. Sebab ada kelebihan jugak menjadi perintis. Pencorak suasana pelajar perubatan di sini :) So, mem

Hidup Di Sini ~ Yang Memerlukan Kekuatan

Image
Bismillah. Post pertama setelah meninggalkan bumi Malaysia dan telah selamat sampai di bumi kinanah Jordan. Alhamdulillah, dengan selamatnya Allah telah menyampaikan diri saya dan kawan-kawan yang lain untuk terus berjuang di bumi yang diberkati Allah ini. Bumi Syam. Allazi barakna haulahu. Bumi yang telah dijanjikan oleh Allah untuk Dia menurunkan barakah ke atas bumi yang penuh rahmat ini. Sejujurnya, bukan senang untuk mengambil segala macam barakah di bumi ini. Perlu kesungguhan, perlu semangat dan kekuatan, barulah dapat memecahkan tembok kejahilan dalam diri untuk menghidupkan roh ilmu dan iman. Tapi, it's depends on how strong our desire is. Kalau nak, insyaAllah dipermudahkan. Sejujurnya jugak, hari-hari permulaan di sini, bukanlah senang untuk dihadapi. Sekarang masih di rumah transit, belum dapat rumah sewa kerana di Amman ini, untuk mencari rumah sewa adalah perkara yang agak sukar. Dengan air yang hanya dibekalkan 2 meter untuk 7 orang selama seminggu, keadaan c

Prefer Labuh ?

Image
Bismillah. Sedang orang lain kalut-kalut berbincang pasal flight dan segala bagai, dan sedang yang lain sudah berada di bumi Jordan. Rasanya eloklah menenangkan diri dan lupakan segala masalah. Memang sistem YT agak memberi ujian yang pelbagai, tapi insyaAllah semuanya berhikmah dan mengajar banyak perkara. Budak pengajian Islam pun dah nak berangkat esok. Okay done. Back to the topic. Hehe. Agak sensitip ke tajuk tu ? "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudar

Kalam Murabbi

Image
Bismillah. Alhamdulillah, walaupun hari tu dah sempat singgah Imtiaz untuk buat Intro dQ, tapi hari ni sekali lagi Allah izinkan untuk lawat sekali lagi tempat yang dah mengajar macam-macam erti hidup. Dan hari ni, adalah lawatan last untuk tahun ini. Masih adakah peluang untuk tahun hadapan.? Waaa. Amin, ada insyaAllah. Sekolah dah banyak berubah dari segi fizikalnya, dari segi rohani, waLahua'lam. Dengan galeri bola tamparnya, dengan pondok-pondok ilmu yang semakin menambah dan yang paling tak tahan, banner budak-budak SPM 2011 siap dengan muka sebijik dan keterangan lanjut pasal diri. Memang la nak suruh orang Imtiaz rindu kat kita semua. Ngeh3. Okaylah, tak payah nak mengayat-ayat. Masuk je bilik guru perempuan tadi, memang ramai sangat muka-muka yang tak dikenali, iaitu cikgu baru yang menghiasi dunia Imtiaz ini. Masa first masuk pagar dan tumpang kat cafe kejap, Ustaz Zul tiba-tiba belanja air. Hehe, rezeki jangan ditolak. Ustaz Zul, ustaz yang sangat dikagumi, sebab