Posts

Showing posts from September, 2013

Teguh

Bismillah. Terlejut dapat panggilan daripada Athirah. Ketakutan sampai bunyi macam nak menangis. "Kak Syidah, macam mana ni, akak tu dah ada depan pintu rumah kitorang, kak syidah macam mana ni. Takut sangat. Ramai takde kat rumah ni.." "Eh Tirah rileks, jangan takut. Awak buka je pi tu, layan dia macam awak tak tahu pape. Jangan buat tahu sangat, awak cool je" Dan sebelum tu. "Syidah eh, aku dok tahu nok wak gane ni, aku nok wak gane ni. Ye dok massok nasik lemok dapor tu. Lepah ni pukul 7.30 ye kata nok wak liqa' doh syidah gane ni. Mg mari sini buleh dok?" Tarik nafas, hembus nafas. Tarik nafas, hembus nafas. Hatta senior pun boleh lagi diajaknya berkali-kali masuk usrah, nikan adik yang baru je kenal bumi Sweileh semalam tu. Hailah. Dahsyat semangat ni. Berkobar-kobar laksana api. Tapi api yang memakan jiwa lain. Sebelah pihak berkata, perjuangan kita kerana Allah, bersabarlah. Perjuangan memang benar menyakitkan. Saba

Kata Dia

Saat dia berbicara, Bertutur tentang aku, Diam aku terkesima, Bukan mengagumi dia, Tapi akan berkuasanya Tuhan, Menganugerahkan ilham. Aku diam lagi, Tahu dia bertutur secara bijaksana, Tahu dia memendam 1001 rahsia, Tahu dia merahsiakan daripada semua, Akan hatiku yang kelam. Tiba-tiba dia diam sementara, Mengkhabarkan cerita, Akan dugaan yang bakal menimpa. Aku kelu lagi tanpa bicara, Berfikir, ujian ataupun bala? Lantas dia berkata, Jadikan Allah itu tunjang, Tempat berpaut tatkala dibawa arus, Moga tidak sesat terus, Dibawa sempitnya jiwa. Aku hembuskan nafas, Berharap perginya bersama keluh kesah, Aku ingatkan hati, Bukankah 'la yukaliffulllahu nafsan illa wus'aha'? Dan ingatlah akan doa selepas ayat ini, Aku ingatkan lagi hati, Mungkin Allah mahu pasakkan diri, Berpegang terus kepada Dia. Hidup, Penuh suka duka, Penuh penipuan, Penuh gurau senda, Betullah negeri akhirat itu lebih beerti, Buat mereka yang bertaqwa. Moga Allah terus me

Jaga Hati, Jaga Diri.

Image
Bismillah. 7 days, a week, 168 hours, then 5 members will only left in this house. Entahlah nak rasa sedih ke, gembira ke. Sedih nak tinggal family, sedih nak tinggal mak sorang-sorang. Sedih kalau dah memang tahu penat mak bertambah. Tapi gembira jugak nak balik sana sebab nak lepas dari segala benda ni. But I admit it, lagi sedih kot, dari gembira. Alhamdulillah, Allah makbulkan jugak nak jumpa sahabat seperjuangan dQ. Even tak jumpa ramai pun, sebab tak sempat. Huhu sedih. Tapi alhamdulillah, seriously, nikmat tu terasa. Walaupun saya yang paling aktif bercerita pasal Jordan dan segala bagai, tapi still, saya dapat banyak input sebenarnya. Jumpa korang tanpa sebarang kalam pun dah dapat aura tu. Aceceh. Bi'ah memang makes differences kan? Duduk sebentar dengan korang macam ijlis bina, nu'min sa'ah dah. Hehe. Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan ta