Friday, August 24, 2012

Specially Dedicated To : Banat Waliyyunhamim :)

Bismillah.

Thanks sebab sudi jugak bukak blog usang yang berhabuk-habuk ni. Berhabuk-habuk sebab takde visitors. Hehe. Ni sebenarnya olahan idea oleh seorang sahabat kite yang cute, Madihah Sobree. Madi, segan la. Bukannya saya ni pandai sangat bab-bab ni nih. Sepatutnya biarkan student dQ yang buat kerja ni semua. Baru gempak. Hehe. Acece, macam kerja besar ape plak. Oklah, straight to the point,



Act, takde pape pun, cuma, ni adalah secebis pesanan keimanan sahabat kepada sahabat. Keimanan yang telah sama-sama kita bina satu masa dulu dekat Imtiaz, walaupun sepanjang 5 tahun, memang agak banyak tribulasi yang melanda, tapi saya percaya, tempat tu memang meninggalkan erti yang sangat bermakna dalam hidup saya, dan saya percaya, kita semua :) Kan? Walaupun kita bukanlah setaraf dengan Maahad Tahfiz, tapi tempat kita telah ajar kita erti bersama dengan Quran, mengajar erti ukhuwah, dan as a short form, mengajar erti hidup. Walaupun bukan semua kenangan kita di sana positif-positif, tapi, percayalah, kenangan ni semua kalau di flashback balik, bisa membuatkan kelopak mata bertakung. [ Acece, ayat A+ Bahasa ]

Sekarang, kita semua dah terpisah, mengatur langkah sendiri, dengan sahabat masing-masing, membentuk keimanan sendiri, mencari tarbiyah sendiri, semuanya SENDIRI ! Sahabat-sahabat kita yang di Imtiaz dulu telah kita tinggalkan dan hanya memori yang menjadi ingatan, juga kiriman doa, jika masih ada. Ada yang pergi overseas, pergi UIA, pergi UiTM, UNIMAS, Matrik, Form 6, A-level dan sebagainya. Inilah hakikatnya, kita semua sudahpun TERPISAH.

Dan sekarang apa khabar iman masing-masing? Masih kita bawakan tarbiyah yang dulu kita sempat sedut dan kutip di Imtiaz?




Sahabat,

Kalau dulu ada Ustazah Hanisah, ada Ustazah Zul dan jugak sedikit tanggungjawab yang dilletakkan di atas bahu 'Jagung', nak tegur pasal aurat kita, sekarang dah takde. Sekarang kita boleh pilih cara hidup sendiri. Kalau dulu sape pakai tudung singkat 'Jagung' tahan, kalau tak pakai handsock pun 'Jagung' tahan, kalau stokin singkat pon J [ short form to : Jagung ] ambik nama, kalau tak pakai kain dalam ngan scarf pun J marah-marah, sekarang dah takde. Tapi ingat suka-suka je ke J buat macam tu?

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." 
(Surah Al-Ahzab:59)

Dulu, J buat, sebab ustaz ustazah yang suruh, dan ustaz ustazah suruh, sebab mereka melihat kepada arahan Allah itu. Sahabat, oleh itu, ini bukan arahan J, atau saya sekalipun, tapi arahan DIA. Dia yang telah menciptakan kita, dan memberikan nikmat sampaikan kita bahagia sebegini rupa. Kalau kita duk asyik fikir kenapa nak kena tutup-tutup, takde orang nak tengok pun, bukan cantik pun, bukan lawa, bukan putih pun. Ha, sabar dulu, tengok ni. Dulu, time Nabi Ibrahim dapat arahan daripada Allah yang beliau kena sembelih anak beliau yang punyalah susah nak dapat tu, ade tak beliau persoalkan Allah pelbagai alasan? Masa ibu Nabi Musa diarah Allah untuk hanyutkan Nabi Musa kat Sungai Nill dulu ade tak beliau ragu-ragu nak hanyutkan, even sungai tu bukannya kecik, binatang-binatang dalam tu bukannya tak boleh nak telan nabi Musa time tu. Tapi, bila dah kata arahan dari Allah, diorang laksanakan jugak, sebab tahu, Allah buat, bukan sia-sia. Jadi, kita yang lemah dan tak terdaya ni, nak persoalkan lagi, nak pening lagi sebab ape Allah suruh tutup aurat, sedangkan berjuta manusia dah jalankan amanat Allah ini.

Tepuk dada, tanya iman.

Trust

Bukannya nak suruh pakai labuh sampai ke lutut pun, kan kite semua kan dah tau aturan aurat yang ditentukan Allah tu macam mana kan?

Lagi soal yang mebangkitkan selera. Soal iktilat. Memang tak boleh lupa masa Form 1 Ustaz Zul panggil semua yang pernah mesej banin banat untuk ke depan time tu. Hehe. J pulak, tak habis-habis selongkar locker orang cari barang-barang berharga. Haha, memang tak boleh lupa la. Takkan kita nak harapkan lagi kot, J untuk cek kita punya phone cari mesej-mesej berharga tu? Ngeh3.


“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”.

Surah Al-Isra : 32



“Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”.
Musnad Ahmad

“Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”.
Riwayat Bukhari Muslim

Yang ni pun tak payah la nak terang panjang-panjang. Semua dah arif lagi masyi bab-bab ni. Bukannya jarang ustaz ustazah kita terang pasal ni. Teringat pulak, kata-kata Ustaz Pahrol, 90% orang yang bercouple, tak jadik kahwin pun. Tak rasa rugi ke kalau masa-masa kita yang sepatutnya kita guna untuk ingatkan Allah tu, kita ganti untuk ingatkan sesuatu yang tak halal? Ustaz Don baru je pesan, yang takde pasangan lagi, jaga hubungan dengan Allah. Ustaz Don baru kahwin tau. Hai, melepas. Betullah, pasangan kita sebenarnya cermin pada kita. Kalau kita nak pasangan yang jaga hubungan dengan Allah, kita pun kenalah persiapkan diri kita sehebat yang mungkin untuk jaga hubungan dengan Allah. Soal kapel-kapel ni, tak payah lagi lah. Simpan dulu dalam kotak. Sampai masa nak terbukak, terbukaklah dia tu. Hehe. 



Lagi satulah, dulu kan kalau terlebih je sikit-sikit pasal pergaulan ni, mesti ada yang akan menegur kan? Tapi sekarang, mane nak ade, kena pandai la jaga iman sendiri-sendiri. Kadang kena buat group discussion. Kita tak nak pun, Uni kite nak! Kadang, ada program yang mebabitkan percampuran. Kadang, diundang makan. Ke tak? Hesh, I mereka je nih. Haha. Kadang dia mari duduk rapat-rapat dengan kita. Kita tak nak! So, ape yang boleh kita buat? Bagi saya, cuba tunjuk yang kita ni agak rebel dengan apa yang dia buat tu. Cuba tunjukkan prinsip kita. Kalau yang memang berkaitan dengan urusan kerja kita, kita layan jelah ikut sekadar yang kita mampu jaga. Tapi kalau dah nak lelebih tu, jangan benarkan. Paling penting, jangan jadikan kita terbiasa dengan situasi ni. Kita kena serang berdas-das peluru culture shock tu, dan untuk itu pastikan kita ade perisai sekuat Ultraman untuk kita defeat mereka. Heh. Jangan sampai satu masa kita sebut, "Alah, aku dah biaseeeeeee..."

Sahabat-sahabat,

If only you knew

Kita dah tergolong di golongan mereka yang faham agama. kita faham kenapa Islam itu bukan agama, tapi sebagai ad-Deen, cara hidup. Jangan cakap kau tak tahu eh, ni bab first Syariah Islamiyah. Heh. Sepatutnya kita yang tunjukkan mereka, cara hidup seorang muslim yang sebenar, Muslim yang mengamalkan Islam tersebut. Kalau kita rasa tak mampu nak berdepan dan mengucapkan kata-kata yang menguhunus jiwa di hadapan mereka, it's okay. Gunakan qudwah. Itu pun dah lebih daripada membantu. Banyak kita boleh buat, dan paling penting saya rasa, ajak mereka solat jemaah. Ada sesuatu kekuatan yang sangat hebat dalam solat jemaah. Kalau bukan kita, sape lagi? At least, kita bawak ideologi ni kepada room-mates kita. Kalau dah berjangkit-jangkit tu, lagi bagus, alhamdulillah!

Banyak benda lagi kita kena jaga sebenarnya. Sangat banyak. Tapi nilah yang paling penting. 

Paling last, tapi paling penting ye. Hero comes last. Hehe.

Apa yang membezakan kita dengan sekolah agama yang lain?

Ye, pandaaaaaaaaaaaaaaainye. Quran kan ?

Quran yang kite dok hafal selama 5 tahun tu. Quran yang setiap pagi, confirm-confirm kita akan bersama dengan si dia. Quran yang kita selalu bawa pergi sekolah tiap-tiap pagi. Quran yang dah lenyai pun. Quran ni lah yang selalu ajar kita erti sakit dan perit, suka dan riang kita hafal. Ada yang laju, ada yang slow. Ada yang semangat, ada yang tak. Tapi hakikatnya bila kita dah masuk Imtiaz, wajib kita teruskan hafalan Quran. Suka ke tak, itu kau punya hal. Yang penting sukatan Imtiaz ni, perlu hafal. Dan alhamdulillah, majoriti kita khatam 30 juzu'. Tapi sekarang, sejauh mana, kita masih jaga Quran yang di dalam hati kita. Sejauh mana kita jaga dia untuk terus ia kekal dalam ingatan kita. Sejauh mana kita serap Quran masuk dalam hati kita. Sejauh mana jugak, kita ambik intipati Quran tu, apply dalam hidup kita seharian. 

Kalau dulu ada Ustaz Zul yang selalu akan sergah kita time kita futur dengan Quran. Time tidur, malas dan segala macam perangai kita yang pelbagai. Sekarang kita sorang-sorang. Sorang-sorang mujahadah dengan Quran. Tapi hakikatnya, tetap kita kena usaha sedaya upaya kita walau macam mana pun situasi kita. Kita dah terima untuk pegang amanah ni, 5 tahun yang lepas, maka selamanya, nak ke tak, kena jaga Quran yang dah kita hafal tu. 

Campus life memang mengajar erti penat, erti tak lekang dengan kerja, tambah pulak kawan-kawan yang hidupnya, tak seperti kita. Tapi, itulah ertinya mujahadah. Mujahadah kan pahit, sebab syurga tu manis? Ayat serupa dan diulang berjuta kali tapi entah kita mengerti maksud tersirat kata-kata tu.

Thank you

Sahabat,

Maybe antara kita akan ada yang mengatakan, bukan senang nak istiqamah dengan amalan dulu tu, bukan semua antara kita yang duduk dalam suasana yang menjaga sampai sekarang. Betullah, rezeki bagi mereka yang masih tinggal di zon selesa. Zon yang masih membentuk jati diri untuk  menjaga segala yang patutu dijaga. Tapi, bukankah ini keputusan Allah? Allah yang menempatkan kita semua di tempat yang kita berada sekarang. Bukannya kita yang mintak nak pergi mana-mana kan? Kalau ada yang yang mintak pun, tak confirm dapat. So, sebenarnya, orang yang Allah telah tempatkan di tempat yang agak mencabar, tanpa bi'ah yang menjaga, sebenarnya Allah telah memberi kepercayaan kepadanya. Kan, la yukalifullahu nfsa illa wus'aha? So, impossible la kalau nak kata apa yang Allah buat tu salah kan?

Every single deed you have done

Jap nak copy ayat post lama. Hehe.

Untuk kita-kita yang dah keluar dari bumi tarbiyah, mula mengatur langkah sendiri, mempersiapkan diri seorang diri, kadang-kadang rasa terkapai-kapai, ingatlah, Allah takkan hilang. Allah yang menjaga kita dan memberi tarbiyah semasa kita di bumi tarbiyah dulu, adalah Allah yang sama yang akan menjaga kita bila kita keluar dari bumi tarbiyah itu. Kita, sekarang perlu kuatkan diri, cari wasilah untuk kita dekatkan diri kepada Dia. Walau dengan cara apa sekalipun. Memang, kita takkan rasa seronok masa diuji. Kadang, rasa putus asa pun ada. Tapi kita hanya ada jiwa yang Allah bagi ini untuk dikuatkan. Kalau kita menyerah, maka kita akan dikuasai anasir luar yang boleh memudaratkan iman kita. Teruskan mencari jalan-jalan, wasilah-wasilah yang mungkin boleh membantu kita untuk pergi kearah-Nya. Mungkin jugak Allah nak suruh kita jadi mujaddid bi'ah kita sekarang. Walaupun sekadar dakwah bilhal, tak mustahil perkara ni jadi pemangkin untuk orang lain jugak untuk buat baik. Daripada seorang pelajar yang hanya tahu menadah telinga menerima tarbiyah, kita berdepan dnegan masayarakat luar yang mungkin memerlukan tarbiyah dari kita. I.Allah, walaupun sikit, pasti ada orang yang dibukakan hatinya. Saya akui, di sini saya jumpa mereka-mereka yang sangat ingin berada dalam duni tarbiyah walaupun bi'ah mereka, tidak mendidik mereka untuk berada dalam bi'ah iitu. Bersyukurlah kita walaupun sekejap Allah hadiahkan bi'ah itu, namun kita tetap Allah hadiahkan. Tetiba je rasa jadi orang yang tak tahu nak bersyukur.

Sahabat, 

Takkan kita nak siakan apa yang kita dapat dan apa yang Allah dah hadiahkan kepada kita dulu kan? Ini bekal akhirat. bahkan orang yang paling bijak pun adalah orang yang paling banyak mengingati mati, dengan kata lain, orang yang sibuk menyediakan kehidupannya untuk hari akhirat. Rasulullah pun pesan supaya kita jadi orang dagang je atas muka bumi nikan? Sebab orang dagang ni sibuk untuk kumpul je apa yang berada di bumi dagang dia, bukan tempat terakhir dia. Sebab tempat terakhir kita bukan di sini, tapi di SANA. Allah sebut Dia tak ciptakan kita sia-sia, tapi Dia sebut pulak dunia ini tempat gurau senda. Maka, bayangkanlah apa yang dah Allah siapkan untuk kita kat sana. mestilah superb grand dari yang dekat sini.

Mari kita koreksi diri kita, jauh mana dah perjalana yang kita habiskan untuk Dia, ataupun kita masih dikalangan orang yang rugi? Tajdid niat balik, betulkan matlamat hidup kita, supaya kita dapat jadi hamba yang cemerlang di sisi Allah.

Kita hidup kat sini tak lama, nanti akan balik jugak kat kampung asal kita. :)

Like a shadow…
Submitted by Muslim Corps Ass. Nigeria 

Fuh, tenang-tenang suda la. Hehe. Saya bukanlah blogger yang mantop ataupun penceramah bebas yang terkenal di mata-mata masyarakat umum. Amal pun bukanlah mantop. Quran pun tak masyi. Imu pun secetek Sungai Tenggeliat :p. Tapi inilah sedikit pesanan keimanan yang boleh dibawakkan kepada korang semua. Walaupun saya dalam keadaan yang sangat serba-serbi kekurangan ni, sikit yang saya mahu sampaikan. Sebab kita dulu pernah menjalin ukhuwah kerana Allah, menghabiskan masa bersama, dan sesingkatnya, hidup kita pernah dikongsi bersama. maka tergamakkah kita nak menengok nanti ada kawan kita yang 'tergelencos' dan kita masih terus kehadapan tanpa pandang kanan kiri atas bawah?




Mestilah kita terbandingkan sahabat kita yang dulu kan? Sahabat-sahabat yang saling menguatkan. Tapi, kita berpisah mata sahaja, bukan hati. Ukhuwah ini kalau kita terus bawak di atas landasan keimanan, memimpin tangan semua sesama kita, jangan biar sorang pun tersasar arah tau! , InsyaAllah kita dipertemukan semula di pertemuan yang tiada pemisahnya, di syurga Allah. Sape yang tak mboh masuk syurga weyh?!


Tapi nak masuk syurga bukan main redah je. Ada syarat yang dah termaktub dalam Kitab Allah dan Sunnah Rasul kita.

Kalau ada antara kita yang terlepas tangan, tarik balik. InsyaAllah, kita saling menguatkan. 

Ayuh kita tadahkan tangan, doakan supaya kita kan terus bersatu, mengutip bekal keimanan sampailah ke syurga sana.

I take refuge


~ Komen la, nasihat la jugak si Rasyidah ni. Duk memandai je lebih. :p


Remind me

[ Kecik scroll  menunjukkan betapa panjang. Thanks for those who reads till the end. :) ]

Kejap. Ni versi edited. Hehe. Ni pengurus la punya hal. Orang suruh tulis sendiri tak nak. Haha. Ok, saya pun tak tau nak tulis camne.

Okay, straight to the point. Dulu time kita kat Imtiaz, kita memang kena pakai yang tutup-tutup. Yang lengkaplah bertutup. Dan kemudian bila kita redah dunia luar, kita pun buang apa yang kita tutup-tutup sangat tu, dan kita pakai sesuka hati kita. Dan bila ada yang menegur dan bertanya, kita cakap.

" Eh, aku tak naklah jadi hipokrit. Aku tak boleh terima semua pakaian tu. Tu bukannya style aku."

Eh, come on la. Ni bukan soal hipokrit atau Biskut Samperit la. Ni soal arahan Allah. Ok, sekarang cubalah kome-kome bayangkan eh.

Kat akhirat nanti, bila Allah tanya kita kenapa kita tak tu, tak ni sedangkan kita sudah arif lagi bijaksana tentang hal tersebut.


Kita pun jawab.

" Oh, maafkan saya, saya tak boleh la, tu bukan diri saya, saya tak nak jadi hipokrit. "

Kalau alasan masih O.K dan diterima kat dunia, rasanya alasan tu memang sangat illegal di akhirat. Ataupun ada yang boleh bagi jaminan alasan tu baoleh diterima.

So, buat susah je kita duk perah kepala hotak nak fikirkan reasons yang cukup bagus untuk kita skip arahan Allah. Sebijak Albert Einstein pun kamu, takkan la terdaya untuk cari reasons yang diterima di dunia dan akhirat. 

Ayuh kita bukak bijik mata seluasnya, ataupun nak keluarkan bebola mata dari kelopaknya pun takpe, kita pandang dunia, dari kacamata akhirat. Agaknya kecik manalah dunia ni nak dibandingkan dengan akhirat tu. Teruskan berusaha, untuk kita jadi seorang hamba yang dipandang Allah. 

Okay, done. Cukuplah memandai wahai Rasyidah.

13 comments:

  1. syidoh...dah ngs...bnyk terkne btg hidung ni..time kasih krne tlah menghidupkan lagi hati ni...

    ReplyDelete
  2. Aiseh madi. die pulak yang lelebih. Haha. Semoga roh ukhuwah kite meresap dlm hati semua :) Madi doakan sy ^^ ~ Qola sanasyuddu 'adudaka biakhika :)
    Madi doakan sy beroleh sahbat y sntiasa snasyudd adudda ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah syidoh..nnti kat sane lau dpt ilmu bru share2 la ye..

      Delete
    2. i.Allah nanti sy update di sini . :)

      Delete
  3. terasa bersyukur sangat2 ada sahabat yang selalu ingtkan diri yang seringkali lalai,, huhu.. aku kene bace tiap2 ari entry nie. "Ingatkan dikala kite lupa.. itulah sahabat sejati.." gomawo..=DD..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acece nik. sejak bile jadi novelis nih. Nik nanti pon ingatkn sy. i mean kite semue :)

      Delete
  4. Replies
    1. Heh iylia. x de pape pon. btw, most welcome :)

      Delete
  5. Bahagia menegenali kalian semua. Ternyata perkenalan singkat bersama kalian adalah saat terindah dalam hidup aku. Thanks korang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mira pon boleh tulis lirik lagu skrg. :p Heh, i.Allah bahagia berukhuwah kerana Dia ^^

      Delete
  6. doakan sy thabat di jalan ini ~best baca blog awok.
    kamilah # olympiad math 200_..hehe

    ReplyDelete