Sedih Bertandang

Bismillah.

Kejap lagi akan kedengaran laungan untuk masuk kereta sebab nak balik kampung dah. Alhamduillah, dah berjaya graduate sebagai graduan Ramadhan 1433 H. Natijah bagi sijil graduan Ramadhan ni, kat akhirat insyaAllah barulah diketahui. Semoga, natijahnya cemerlang walaupun tahu tak gunakan Ramadhan kalini dengan sebetul-betulnya. Dan semoga Aidilfitri kali ni berjaya mentransformkan diri ke arah fitrah.

Alhamdulillah, sangat bersyukur Allah tetap bagi peluang untuk singgah darul Quran sebelum ke Jordan. Biarlah atas nama sebagai pendatang asing atau pun haram sekalipun, janji stay kat sana sudah. Hehe. Tapi, memang sangat bersyukur sebab sebenarnya orang luar ataupun ex-dQ memang tak boleh stay dQ, hari tu Hakimah dengan Huda pun kena balik even asal plan diorang nak stay semalam kat sana. Tapi, turn Rasyidah, Allah bagi peluang stay lima hari kat sana. Tulah kekuatan doa kan? Yakin pada Allah, sebab Dia memang boleh buat apa sahaja yang Dia nak, even benda tu nampak agak mustahil.


Favour

Ramadhan di darul Quran, agak tak terasa suasananya sebab program-program kebanyakannya dah habis. Tapi, depends kepada diri masing-masing macam mana nak manfaatkan Ramadhan tu. Betullah tempat tu tak semestinya membentuk iman. Ada je perkara yang boleh dipandang serong di sini. Ngeh3. Tapi sikit je la.Darul Quran kan ? *Angkat kening.

Ditakdirkanlah jugak, tiket chartered bus untuk Terengganu pada hari Jumaat, sedangkan orang lain semua dah chow dengan lagu Balik Kampung oleh Allahyarham Sudirman. Malam tu, memang sangat sunyi kat masjid, dengan erti kata yang lain memang menggmbarkan perasaan sayu dan sedih hari tu.

Sedih sangat dan rasa macam tak percaya yang malam tu adalah malam terakhir kat dQ.
Sedih sebab sahabat-sahabat dah ramai yang tinggalkan.
Sedih sebab Masjid dQ macam ditinggalkan, masa pergi Terawih, takde orang lagi kat bahagian banat.
Sedih dengan cik Ramadhan yang hendak angkat kaki sedangkan amalnya tak cukup lagi.
Sedih la raya yang tak bermood langsung.
Sedih memikirkan diri yang sudah mahu meninggalkan tanah tumpah darah.

Memang malam tu, sangat feeling...

Korang yang masih dekat dQ, jangan ingat saya ni terlebih sensitif dan manja ye. Kalau tak percaya sangat, ha, boleh la angkat kaki dari bumi barakah tu. Entahla, memang rasa gundah gelana. Hati berkeceramuk. Takutlah nanti nak hadapi suasana kat luar. Takut tak kuat nak berdepan dengan semua tu. Nak tinggalkan segala bangunan kat tempat tu pun, rasa serba-salah. Korang patut tengok phone saya yang penuh dengan gambar-gambar yang dQ yang tak sepatutnya. Heh. Takut jugak nak tinggalkan sahabat-sahabat, takut tak jumpa lepas ni pengganti. :'(

Sungguhla, kalau saya nak describe kat sini pun, tak reti. Sebab hanya Allah yang tahu perasaan tu macam mana. Tapi terima kasih lah sahabat-sahabat yang sudi layan pendatang haram ni walaupun hampir je masuk kawasan asrama tanpa kebenaran. Walaupun hakikatnya, dah tak rasa macam warga IQRac lagi. Terharu la sampai kasik seat VIP masa malam PKR yang sangat meletihkan korang tu. Pandai-pandai je datang dan siap jadi very invited person lagi. Acece. Time kasih, sebab masih ajak saya masuk kelas tasmi' walaupun dah terasa sangat asing dalam kelas tasmi', sebabnya memang lama tak ikut kot. Time kasih la dah bagi pinjam tudung, jubah dan sebagainya. Time kasih jugak sudi iktikaf bersama lagi kat masjid, dan juga sudi share bergunung mutiara yang dapat kat sini. Huhu.

darul Quran JAKIM, tempat yang syooooooookkkkkkkk habis. Walaupun saya mungkin takkan jumpa dah ukhuwah yang unik macam ni, tapi kenagan tu insyaAllah, sampai ke Jordan saya pikul.

Night & day

Dan jugak,

Ramadhan kali ni, sangat bermakna.

Sebab Ramadhan ni banyak ajar banyak perkara. Ramadhan pertama yang menyempatkan diri ini untuk sambut kat pelbagai situasi. Kat rumah, kat kem dengan akak Jordan, kat BTN, dan darul Quran. Ramadhan yang membolehkan diri ini untuk melihat bagaimana lain manusia, menyambut Ramadhan dengan lain cara. Lain fikrah, lain amal. Dan maybe inilah tahun terkahir sebelum menyusulnya 6 tahun yang lain nak sambut Ramadhan fully dekat Malaysia.

Alhamdulillah, Ramadhan ini berjaya mengajar untuk memahami hakikat Ramadhan yang sebenar, berjaya faham saje tau, tak berjaya nak guna dengan sebaiknya lagi.

Shall we witness you again next year?

Ramadhan sebenarnya, hadiah yang Allah kurniakan untuk didik diri kita untuk menjadi insan yang bertaqwa.

Masa bulan nilah, Allah bagi kelebihan untuk macam sangat mendadak. Allah suruh puasa sebulan untuk didik nafsu, Allah ikat semua syaitan laknatullah yang sibuk menghasut manusia selama ni, Allah hadiahkan malam al-Qadr yang fadhilatnya sama dengan ibadah seribu bulan, Allah suruh terawih, Allah suruh banyakkan zikir, banyakkan qiam, sedeqah.

Banyak sangat fadhilat Ramadhan ni.

Sebabtulah kita panggil Ramadhan ni madrasah kan? Sebab Allah macam nak didik kita untuk meraih taqwa tu, dengan fadhilat-fadhilat dalam Ramadhan ni. Allah nak suruh kita bersedia untuk berperang dengan sebelas lagi bulan yang tak Allah janjikan perkara yang best-best macam dalam bulan Ramadhan. Kalau dalam Ramadhan pun kita tak boleh menhebatkan iman kita, apatah lagi dalam bulan lain. Sampaikan Rasulullah sendiri suruh kita sedih andai waktu Ramadhan kita masih tak dapat keampunan daripada Allah, ruginya kalau Syawal kita tak boleh mentransformkan diri kita ke arah fitrah.
I’m going to miss Ramadhan


Tapi yang sedihnya, Allah tak hadiahkan kita Ramadhan tu sampai setahun.

Sebab tulah apa yang kita dah buat masa Ramadhan. Segala apa amal yang kita buat, jangan tinggal lepas Ramadhan. Tapi kadang-kadang, tanpa Ramadhan yang sering menguatkan iman, kita kadang lemah untuk teruskan amal kita pada hari-hari yang lain. Kalau kita tengok TV sekalipun, semua rancangan islamik berpusing dan berrotate 360 degree bila masuk 1 Syawal. Inikan iman kita yang kita sendiri pun tak boleh nak pandu.

Ye.

HATI YANG TERLAMPAU MUDAH BERBOLAK-BALIK.

Sekejap sangat hati yang kadang-kadang dah OK untuk berubah kepada KO.

Nak ke tak nak, kita tetap kena maintainkan iman kita yang tak berapa nak bagus sepanjang tahun. Kullu 'am wa antum bilkahir. Bukan masa Ramadhan saje. Sebab kita kan hamba Allah, bukan hamba Ramadhan.

Semoga Allah sudi menfitrahkan diri ini dengan diampunnya dosa.

Semoga juga, dipertemukan lagi Ramadhan tahun hadapan.

Taqaballahu minna wa minkum solihul 'amal.

Eid Mubarak! 

Ok sambung sikit lagi. Tetibe jumpa kata-kata yang sangat menarik dari Kak Hannah. Huhu.

One of the signs of the acceptance of our deeds in the month of Ramadan, as our scholars relate, is that we remain steadfast in our actions and good deeds even after this month is over. That the state of our heart before and after the month of Ramadan is visibly different in the sense that we experience a stronger connection with Allah Almighty...

Do not be one of those who do not pay heed to Allah Most High except in Ramadan. The righteous predecessors said about them, “Woe to those people who do not become mindful of Almighty Allah but in Ramadan!”


So, senang je kalau kita nak tentukan amal kita diterima Allah ke tak. Sebab kan Allah hadiahkan Ramadhan untuk latih kita berbuat baik? Kalau latihan ni, mesti lepas tu akan menyusul benda baik lepas tu kan. So, takde gune kalau masa latihan je ok, lepas tu ko. Betullah, tengokla amal kita lepas Ramadhan ni pulak. 

Hati kita, selepas dan sebelum Ramadhan, adakah sudah berubah ke arah lebih baik,? Ataupun masih sama dan statik? 

Hati ni memang masih tak boleh nak ikut betul-betul schedule masa Ramadhan dulu. Memang agak tunggang langgang masuk Syawal. 

ya Allah, kuatkanlah.

Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi