1/3 Yang Berlalu

Bismillah



Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1117.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Allah 'Azza wa Jalla berfirman: "Setiap amal anak Adam teruntuk baginya kecuali puasa; puasa itu adalah untukku dan aku akan memberinya pahala.Puasa itu ialah perisai. Apabila kamu puasa janganlah kamu rosak puasamu itu dengan sanggama, dan jangan menghina orang. Apabila kamu yang dihina atau dipukul orang, maka katakanlah: "Aku puasa." Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang puasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada bau kasturi. Dan bagi orang puasa ada dua kegembiraan. Apabila dia berbuka dia gembira dengan bukaannya dan apabila dia menemui Tuhannya (meninggal) dia gembira denganpuasanya."


First time menyambut permulaan Ramadhan di rumah sejak menempatkan diri di sekolah yang berasrama. Sambut Ramadhan dekat rumah memang sangat lain. Memang sangat banyak benda yang menguji keimanan. Antaranya adalah benda yang sedang dihadap sekarang. Hehe. 

Dan sepertimana hadith Rasulullah riwayat Ibn Khuzaimah, permulaan Ramadhan itu adalah rahmat. Zon rahmat sudah tamat, tapi masih rasa tak boleh nak kejar amalan dengan semantapnya. Harapnya, rahmat Allah masih ada dalam hari-hari yang sudah berlalu ni.



Time nak masuk Ramadhan, memang agak bimbang. Sebab Syaaban macam tak digunakan sebaiknya. Sebab tak sempat pun nak warming up untuk Ramadhan. Puasa sahaja. Maklumlah, kursus tempoh hari agak meninggalkan kesan. Tapi thanks 'ustazah' sebab sudi bagi falsafah-falsafah bernas tu.

"Sedia ke tak, itu urusan Allah. Maybe kita saje yang rasa tak bersedia, padahal tulah waktu terbaik yang Allah dah sediakan. Perancangan Allah kan tak pernah salah? Maybe 'Syidoh' tension dengan kem, Allah hadiahkan Ramadhan untuk kembalikan bi'ah yang 'Syidoh' rindu. No worries. Kita mungkin takkan mungkin bersedia sepenuhnya tapi nak tunggu sampai bila? Moga Ramadhan kali ni walaupun mungkin bukan terbaik, tapi boleh jadi pemnagkin untuk tingkatkan ketaqwaan kita. Keep on fighting ^^"

1, 2 Ramadhan, di kampung Felda Jerangau. Macam biasa, bangun sahur dan buat aktiviti yang sama. Kalau dulu boleh top up masa tadarus sebab ada kelas tasmi', sekarang kena pandai mujahadah sendiri bila duduk kat rumah. Paling menyeronokkan adalah, sudah tentunya, masakan nenek. Ngeh3. Antara chef-chef terhebat dunia. Terawih, agak sedih, sebab imam hafiz takde tahun ni. So, pakai imam biasa-biasa sahaja. Takdelah bacaan panjang-panjang. 3 Qul berapa kali ntah diulang. Tapi, paling tak boleh terima Terawih 21 rakaat siap pukul 10. Solat macam Ultraman. Tak sempat nak baca pun, imam dah Allahuakbar. Haish. Tapi, nenek cakap seronok, sebab tak lenguh lutut. Haha. Tu kot, hikmahnya. Warga emas Felda menyukainya.


Lepas tu, balik rumah, sambung Ramadhan di sini. Entahlah, maybe takde yang special. Kalau dulu ifthor akan makan kurma dulu pastu solat, sekarang terus ngap yang ada depan mata. Memang sangat lain, Ramadhan tanpa bi'ah. Kalau dulu makan dalam talam, lauk cincai-cincai, sekarang sangatlah lain. Lauk bertimbun depan mata, sampai makan tak ingat dunia. 

Yang spesel sikit, Terawih. Alhamdulillah, nampaknya cik ayah dan cik emak bersetuju nak terawih dekat Masjid Kristal je. Even takde peluang nak terawih di Masjid Putih, tapi it's okay la. Masjid Putih, terawih 21 rakaat, dengan bacaannya setiap rakaat 1 muka setengah, wajarlah siap pukul 11 senget-senget. Tapi, memang syok, sebab imam import.Tapi cik emak cakapa tak larat la nak buat sampai habis. Btw, sampai sekrang nampak mak ayah Syakirah yang dah lama pencen [tersirat] masih lagi pergi Masjid Putih masa kitorang otw ke Masjid kristal. Memang salute la mak cik. Heh. Tapi, Kristal pun ok la even 8 rakaat. Bacaan tetap 1 muka setengah dan terawih siap pukul 10 senget-senget. Dan, bonus. Moreh lepas tu.

Good answer

Tahun ni, Adam, dengan berbesar hati telah join kitorang terawih. Dan paling seronok, sebab Adam ikut solat,nak dibandingkan dengan bebudak lain yang sibuk membisingkan keadaan dalam masjid walaupun ada yang dah besar dan panjang. Sampaikan Sheikh pun, banyak kali tegur budak-budak kecik time diorang bising. Tapi nampakla, sheikh memang terganggu. Kadang tu, sheikh tak ingat, sheikh baca dengan suara yang sangat kuat sebab nak cover suara-suara budak-budak tu. Tapi, sampai sekarang, masih bising. Sabar ye sheikh. Tapi memang gempak Terawih kat sini. Lagipun lepas 4 rakaat, break dan sheikh akan bagi sedikit taujihat.


Dan alhamdulillah jugak, tahun ni sempat jugak berterawih dengan sheikh dari Somalia dan Palestin. Sempat mereka ceritakan kedukaan dan ujian mereka. NGO HALUAN juga dah bukak tabung Ramadhan untuk mereka. Masa last sheikh tu berada kat sini.

"Ayah, nanti duit ni bagi kat sheikh tu eh" lepas masukkan duit tu dalam sampul surat tiba-tiba.

"Eh, takpe ke nak bagi walaupun sikit ?" seronok tak terkata bila Seha tanya.

"Eh, takpelah, sekurangnya ada bantuan kita untuk mereka"

Cepat-cepat Seha naik atas ambik duit, dan Hanis pun naik buat benda yang sama. Pastu, mak pulak ambik duit dan masukkan dalam sampul surat. *Tak sangka.


Alhamdulillah ! Semua meninfaq kali ni.


Be grateful

Satu hal lagi yang menyedihkan, keadaan masjid kat kampung ni. Dengan karpetnya yang sangat berdebu dan mengeluarkan hama dengan jumlah yang sangat banyak sekali, kipas yang diselaputi debu 10 inci, dan jugak tandas memang sangat tak boleh terima. [ Tak nak cite bab tandas ], imam yang dah terketar-ketar suaranya. Macam pelik jugak, macam mana boleh jadi sampai macam ni tapi, tahulah dek kerana bendera bulan purnama penuh yang berkibar-kibar di serata kampung ni ataupun dengan kata lain masjid bukan kerajaan, dianak tirikan sebegini rupa. Diorang tak bagi dana pun untuk masjid ni. Harapkan duit derma orang kampung. Even imam pun takde gaji. Memang kalau dengan Masjid Kristal, laksana langit dan bumi. Aduh la, rumah Allah. T__T

Dan tak lupa jugak, bila Allah uji dengan skit pulak time Ramadhan ni. Memang rasa tak boleh nak buat apa. Sampai kan satu malam tu, rush ke HSNZ pukul 1 pagi. Tapi alhamdulillah la tak lama. Tapi kan, takkan Allah nak sia-siakan sakit tu kan ? Maybe Dia akan bagi lebih, sebab kita dah tanggung puasa dalam keadaan yang lebih memeritkan berbanding orang lain yang berpuasa secara normal. Setiap sakit kita, kalau kita masih dalam keadaan beriman, redha dengan apa yang dah jadi, dah tentu Allah akan bagi ganjaran yang lebih spesel. So, kepada sape-sape yang sakit dan rasa dia punya amalan tak boleh nak top up time Ramadhan. Dont weri. ^__^

Tiba-tiba je nak share kata-kata Abu Dzar.

"Aku menyukai 3 perkara yang dibenci manusia. Pertama, miskin kerana itu akan menjadikan aku sedikit hisabnya, kedua, sakit kerana di situ diampunkan dosaku, ketiga mati kerana di situ aku dapat bertemu Tuhanku."

11 hari yang sudah berlalu ni, entahla, setiap hari akan ulang aktiviti yang sama. Macam mana nak top up iman? 

"Menyesallah dan rugilah .. menyesallah dan rugilah ..Dalam riwayat lain: “Hingus mengalir di hidungnya” .. Lalu mereka bertanya: Siapakah mereka wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah saw: “Orang yang masuk ke bulan Ramadhan hingga ke penghujung bulan tetapi dosanya tidak diampunkan." (At-Tirmizi dengan sanad Hassan) .

Productive Ramadhan

Takut kalau sebenarnya, rugi dalam menggunakan Ramadhan yang dalamnya terkandung seribu barakah. Peluang yang Allah bagi, disiakan. Masih banyak habiskan dengan perkara-perkara yang tak membantu untuk memperbanyakkan amalan dalam bulan penuh barakah ni. Kalau sahabat Rasulullah dulu, 6 bulan sebelum masuk Ramadhan dah berdoa untuk disempatkan Ramadhan, bayangkanlah amalan mereka dekat masa masuk bulan ni. Teringat pulak kata-kata Ustaz Abd. Basit,

" Bila Ramadhan datang, Allah bukak jalan seluas-luasnya. Tapi tiba-tiba, ada orang yang pecut sampai 120km/j, ada yang 160 km/j, tapi kita, 60km/j. Masih lagi di tahap slow. Orang lain 5 waktu solat di masjid, tadarus al-Quran, kita masih lagi boleh keluar beli-belah, duduk tepi jalan dan sebagainya. Kita nak bagitahu kepada syaitan, yang bila dia tak wujud, inilah keadaan kita. Inilah kita yang jadi pengganti SYAITAN! Inilah golongan yang enjin keretanya berkarat, minyak silinder hitam! "

Pergh. Memang membakar telinga la kata-kata ni.

Betullah, Ramadhan yang kita lalui setiap tahun, adalah Ramadhan yang sama. Takde kurang, dan takde lebih. Ramadhan yang mempunyai barakah yang sama, tetap di dalamnya barakah, di dalamnya ada extra ibadah-ibadah sunat yang lebih, tetap dalamnya ada Lalailatul Qadr. Tapi, beza adalah kita yang melakukan natijahnya. Kita yang menentukan Ramadhan kita sama ataupun tak. Ramadhan kita, adakah diguna dengan sebaiknya ataupun sebaliknya. Jadi, nampaklah Allah telah letak pada kita untuk memilih cara kita dalam menyambut Ramadhan. Kalau kita main-main dan tak ambik serius, ruginya balikla kepada diri kita ni.

Maybe bukan terlambat lagi untuk memuhasabah amalan-amalan sebelum ni. Belum terlambat untuk isi Ramadhan dengan amalan-amalan sebaiknya.

DQ_Ramadhan
Haha, kenapa ni ? Tetibe.


“Barangsiapa yang berpuasa di bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan berjaga-jaga serta keikhlasan maka diampunkan segala dosanya yang terdahulu”(hadith sahih riwayat Bukhari no. 38 dan Ibn Majah no. 1641).

Banyak lagi benda yang rasanya masih tak cukup. Banyak lagi benda yang harus ditopupkan. Bila Rasulullah sebut dengan keimanan dan ihtisab, maknanya kenalah selalu cek amalan dah ok ke belum. Kuatkan diri untuk kumpul sebanyak-banyak bekal untuk Ramadhan ni. moga 1 Syawal nanti, boleh kembali kepada fitrah. Amin....

Dan lepas ni, kenala sambut Ramadhan dekat tempat lain, lepas ni, Kursus Akhir Persediaan, lepas tu pulak BTN. Lepas tu, i.Allah darul Quran. Seriously, BTN memang mengundang 1001 gundah gelana. Aduh, memang sangat menakutkan. Ya Allah, kuatkan aku untuk berRamadhan dengan BTN!

Seek guidance

"Dan kemudian Allah akan menolong orang-orang yang berhijrah selepas dia putus asa. Kemudian dia BERHIJRAH dan BERSABAR. Sesungguhnya Tuhan kamu Maha Pengampun dan Maha Penyayang" Al-Quran

Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi