The Last Moments

Bismillah.

Walaupun dah berhari-hari balik dari trip dari dQ, tapi hari ni baru nak buat entry pasal trip hari tu. Biarlah, jadi kenangan. Sekurangnya nanti kalau dah lupa bolehla tengok balik.

Lepas balik dari BTN, esoknya terus ke dQ walaupun letihnya belum hilang. Ceh, letih ke? Seronok jugak memandai ni. At least, kalau tak memandai tak dapat la stay dQ seminggu. Memandai je tempat tiket bas catar balik Terengganu walaupun masa tu, langsung tak tanya pihak dQ. Ye lah, tengok akak CFS tu senang-senang je keluar masuk dQ ni. Ingatkan ex-dQ memang boleh menumpang pun kat sini.

Dan masa on the way ke dQ tu la, baru la text Ustazah Maznah. Terkejut la jugak bila ustazah suruh lepas join program, balik terus ke Terengganu. Tapi cool suda. Pujuk sikit-sikit ustazah dan at last ustazah bagi jugak stay sini. Dan lebih untung lagi, ustazah tak tanya pun nak stay berapa hari. Kalaula tanya.:p

Alhamdulillah, peluang yang Allah bagi, memang dah lama pun sangat berharap untuk stay dulu dQ sebelum ke sana. Dan Allah memang Maha Mendengar :)

Return

Tapi seriously tak tahu pun yang hari tu ada PKR = Pelita Kasih Ramadhan. Dan lebih mengharu-birukan, mereka ni suruh pergi jugak Dewan Muktamar tu. Memang sunggu tak rasa macam IQRaC da time tu. Rasa asing semacam. Sampaikan Madi terpaksa tarik tangan macam tarik tali untuk suruh masuk dewan. Masuk dewan pulak, Syatirah pulak yang 'merengek-rengek' suruh duduk meja VIP. Mak aih, dah la rasa memang tak layak sangat join program, pastu dia suruh pulak duduk seat VIP. Tapi disebabkan tak tahan dengan rengekan nak jadi tangisan, terpaksa la akur, walaupun malu memang tak tahu nak cakap macam mana. Dekat seat VIP, takde anak yatim. So, tengok anak yatim, dari jauh je lah.

Kagum dengan ujian dan kekuatan yang ada pada diorang. Masa tu memang sangat ramai budak yang kecik-kecik, yang rasanya tak mumayyiz lagi pun, yang dah bertittlekan, 'anak yatim'.


"Nabi junjungan pernah bersabda, kalau seseorang itu berjumpa anak yatim kemudian dengan hati yang ikhlas dia menyapu tangan pada kepala anak yatim, perbuatan itu sangat-sangat disukai Allah.  Ini menunjukkan betapa kita disuruh mengasihi anak yatim. Mengusap kepala dengan niat sahaja sudah dimuliakan Allah apalagi melindungi mereka."
  

“Demi yang mengutus aku dengan hak, ALLAH tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya…”  (At-Tabhrani)
• Sabda Nabi lagi, Anak-anak yatim akan mempunyai kedaulatan besar di akhirat kelak. Menyakiti dan menzalimi mereka dosanya tidak terhingga, Kita amatlah digalakkan memberikan pertolongan apa saja termampu.


See, memang sangat besar ganjaran orang yang berbuat baik terhadap anak yatim. Malam tu jugak, adik-adik cilik ni, dapat macam-macam dari pihak penaja. Memang banyak la pahala yang dapat. Darul Iman sponsor Quran, PTS, sponsor buku, alat tulis tu tak tahu sape yang sponsor. Adik yang duduk semeja sebelum pindah ke seat VIP tu, alamak lupa nama. Time datang, dia bawak buku yang dah lunyai. Buku PTS. Pastu lepas dapat je buku baru dia terus bukak buku PTS tu dan start baca. Bila tanya, adik dah ulang banyak kali ke buku ni? Dia angguk malu-malu. Sebenarnya saya yang patut malu dengan dia sebab semangat membaca dia tu. Buku yang bersepah dalam rumah ni pun tak terbaca. *Sigh.


The One

Lepas habis PKR, dah tak banyak program dekat dQ ni. Intifadhah pun, sehari dua lagi dah nak habis. Intifadhah, tinggal seminar falak syar'ie. Walaupun tak boleh nak ikut program ni, tapi cukuplah sekadar boleh meneropong bulan secara real di tepi masjid. Jadilah dapat berborak sikit dengan akak tu.

Masa first day kuliah, takut lagi nak masuk kelas tasmi' even dah siap pinjam baju NorlyEpal dan tudung Melly Goeslaw. So, stay je lah dalam bilik. Untung dapat katil Kimah. Boleh buat macam tempat sendiri da.

Dan rutin sepanjang seminggu tu, lepas je kelas tasmi', Mirae akan call dan ajak ke masjid. Alhamdulillah, dapat habiskan Ramadhan dengan iktikaf kat masjid. Kalau duduk kat rumah, untungla boleh iktikaf dekat Masjid Merbau Patah tu.:p

Duit memang kena spend tiap hari sebab makanan ifthar tu kena support sendiri. Mengajar erti bersabar jugak bila Pakcik-pakcik hensem kafe tu selalu je siapkan makanan dengan kadar yang amat 'segera'.

Hari tu, masa on the way ke kafe, adelah borak dengan pemimpin yang sangat dikagumi, sapa lagi kalau bukan naib pengerusi IQRaC kite dan jugak, ahli falsafah, Mirae. Betullah, untung mengenali orang yang concern dengan Islam. Kalau bual pun memang takde benda kosong yang nak dibualkan. Ye, terlalu banyak benda dalam Islam yang sepatutnya jadi topik hangat kalau nak dibandingkan dengan gosip-gosip terbaru artis. Sungguhla, mengenali budak dQ ni, mengajar diri untuk tak bersembang benda-benda yang mengarut. Mirah, walaupun terbeban dengan seribu tanggungjawab yang terpikul, tapi masih nampak cool dengan lawaknya yang agak cerdik. Dan kali tu, tetibe je,

"Kami rasa tak layak sebenarnya nak cakap depan budak-budak dQ,  semua hebat-hebat"

Ahli falsafah pun jawab " Kalau Mirah tak layak, kite tak tau la nak cakap ape. Ade tak yang lagi bawah dari tak layak?"

Oh no. Kalau Mirah ngan ahli falsafah cakap macam tu, rasanya diri ni tak layak join conservation tu pun. :p

Ok dahla, post ni kalau boleh tak nak panjang pun. Cuma cukup untuk menjadi rujukan kepada saya nanti bahawa kaki ni memang pernah bertapak dan menginjak bumi barakah tu.

Seriusla, tempat ni bukan calang-calang untuk dilupakan. Tempat yang layak dipanggil bumi barakah, kerana majoriti penduduk di sini memang hendak menjadikan bumi ini tempat barakah.




Dan saya kira, bukan kecik pengorbanan yang saya dah buat ni. Bukan senang nak dapat peluang untuk dipilih Allah untuk berada kat tempat ni, dan saya pulak senang lenang je angkat kaki. Tapi dah nama pun kan istikharah, so, takkan nak persoalkan lagi kot, keputusan yang dah Allah tentukan. Dan saya harap pengorbanan ni memang tak sia-sia. Walaupun terpaksa keluar dari tempat tu, tapi saya harap saya akan dapat belajar sebanyaknya perkara nanti di bumi kinanah tu. Semoga tarbiyah bumi anbiya' itu akan mencoolkan hati saya yang dah panas, memadam bintik hitam yang dah banyak membiak ni. Dan jugak, saya dapat jumpa 'Irfan' kat sana. Acece, credits to Sinergi. I'm as Asid okay, bukannya cik kembar tu. Jangan melalut fikir benda-benda pelik. Well, kat dQ kan dah jumpa 'Irfan'? Ha, jangan nak buat suwit.

Doa memang sangat perlu, untuk saya tetap yakin dengan keputusan yang Allah dah berikan. Dan jugak, untuk beroleh kejutan demi kejutan di sana nanti. Semoga keberangkatan ni, tak sia-sia, dan saya boleh bawak balik seguni ilmu sekembalinya saya ke Malaysia nanti.



Sejujurnya, salji Jordan tu bukanlah perkara yang aku nak,
Bukan nak menembus awan selama berjam-jam tu cita-cita aku,
Tapi aku ingin keselamatan dalam agama aku.
Aku ingin keluasan dalam membawa agama ini,
Aku tinggalkan bumi barakah yang terlampau aku sayang ni bukan untuk sape-sape selain Kau ya Allah,
Maka saksikanlah bahawa aku telah berkorban perkara yang kadang-kadang aku fikir, bukan perkara yang aku nakkan,
ya Allah,
Berbaloikanlah pengorbanan ini.

[Bilik kembar, sehari sebelum chow dQ]

Tak tahu lah kuasa dari langit mana yang menjadikan Rasyidah sejiwang ini. :p

May the memories lie in my heart forever :)

Comments

  1. takjub kte melihat kecintaan awk pd dQ compared to me..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ye la tu. saye kan duk situ lame. lain la perasaannye :) padah duduk lelame, Ngeh3.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi