Thursday, May 8, 2014

Kita dan Limitasi

Bismillah.

" Saya kan, kalaulah komitmen tak sebanyak ni, banyak lagi yang saya nak terokai. Banyak lagi yang boleh dibuat. Banyak lagi boleh digarap. Banyak lagi yang boleh dimanfaatkan, lebih-lebih lagi dekat tanah barakah ni. Tapi disebabkan ada komitmen yang lebih utama, maka saya akan utamakan yang lebih utama. Tapi berbaloi ke kalau saya tak dapat macam yang orang lain dapat ? "

The Verse 

Kehendak Kita

Bermacam orang, bermacam pandangan. Pelbagai khilaf. Kadang kita berlapang dada, kadang kita terlepas menghamburkan kata kata kesat tidak bersetuju dan kadang kadang kita pendam dalam hati pendapat kita. Tak, kita tak sama, kerana itu wujudnya adab kita dalam berikhtilaf.

Ada orang, belajar perubatan 6 tahun. Sepanjang 6 tahun manfaatkanlah masa yang diberi, wang yang dibayar, kepercayaan yang diamanahkan untuk buat sehabis baik dalam akademik. Kalau boleh, hindarkan perkara lain, jangan masuk campur. Kita ada amanah yang utama untuk kita bawa ke sini. Cukuplah pengalaman waktu lama mengajar kita untuk belajar lagi dan memperbaiki kesilapan yang lama.

" Weh, mana boleh. Khairunnas man 'anfauhum linnas kot. Takkan nak endahkan keadaan sekeliling, buat hal sendiri, tak nak tolong situasi yang kita rasa, kita boleh betulkan. "

" Ish tak boleh, diri kita lebih faham setakat mana kemampuan kita. Kalau saya, saya tak boleh buat dua kerja dalam satu masa ni, serabut, tak boleh fikir "

Ada orang, semua isu semasa diterokai. Semua web dibacanya. Semua orang dikritik. Semua kerja nak dibuat. Rasa diri hebat bila terkehadapan daripada yang lain. Tapi belajar hambar. Cukup makan, oklah tu. Ataupun kadang, tak cukup pun makan. Taksub, sampai buku yang wajib pun tak sempat nak dibaca.

Assalamualaikum. Morning, working for the sake of Allah. In order to make our job as ibadah, our intention must be because of Him. That’s why we are encouraged to say Bismillah before we start anything. Happy working guys.

Ada juga orang, yang live your life. Belajar pun ala kadar, pengetahuan pun cukup makan, buku pun tak sentuh. Tapi bab sosial dia utama, bab movies sebutlah semua di tahu, bab game semua dia high score.

Begitulah kita, membentuk masing-masing kehendak kita yang tidak sama.

Limit Kita, Tak Sama

Semua orang, tak sama kedudukannya. Hatta setiap manusia, Allah menganugerahkan akal dan skill yang tidak sama. Apatah lagi kita yang masing masing tidak tahu situasi setiap manusia yang berbeza. Maka setiap kita, berbeza limitnya.

Pernah kita dengar, pakar motivasi berkata. Setiap manusia diberi kelebihan yang sama rata untuk berjaya dalam peperiksaan. Keturunan, kebijaksanaan semulajadi hanya merangkumi 1% daripada asbab berjayanya seseorang. 99% peratus ditentukan oleh usahanya sendiri.

Tapi, saya belajar dalam kelas Physiology, akal manusia masakan sama. Keturunan menentukan 50% kebijaksaan semulajadi yang Alllah kurniakan kepada manusia. Omongan yang didengar selama ini mungkin jadi pemangkin semangat, walaupun halnya tidak benar sama sekali. Jadi, Tuhan itu tidak adilkah ? Benar, kita semua mungkin tidak semua akan manjadi orang yang hebat-hebat, yang lumayan pulangan gaji bulanan, atau tinggi sanjungan, tapi setiap kita diberi peluang yang sama untuk mengutip taqwa dalam situasi yang berbeza, dalam masa sama membina keseimbangan di muka bumi Allah.

Jadi, wajarkah kita meletakkan limitasi setiap manusia terhadap peluangnya itu secara SAMA RATA ? Bagi saya tidak boleh.

Manusia, uniknya berbeza. Dan mana mungkin kita akan faham selengkapnya tentang diri seorang manusia tersebut. Dan ada juga kadang, manusia lain lebih memahami dirinya, berbanding diri sendiri. Pokoknya, cubalah kita menjadi, insan yang lebih memahami manusia, lapangkan hati. Bukan semua pendapat kita yang kita rasakan wajar itu sebenarnya benar.

The Caring of Allah

" Saya nak cemerlang dalam akademik, tapi saya nak explore perkara lain, tak nak kosong je tak tahu pape"

Siapa kata tak boleh ? Setiap kita ada peluang, tapi, setiap kita ada limitnya. Mana mungkin kita mahu tinggalkan materials exam yang cukup banyak untuk dibaca, dan kita dengan girangnya ke talaqqi dan kelas kelas agama yang lain, kerana ingin merebut 'peluang' itu. Walhal kita tahu, kita bukan seorang yang mudah menghafal formula, memahami fakta.

" Saya nak fokus akademik je, takpelah tinggal segala perkara yang lain "

Hidup kita, pilihan kita. Kalau kita memilih untuk hidup hanya sekadar bergelumang dengan materials exam, natijahnya nanti akan berbalik juga pada diri kita. Kita mungkin akan ketinggalan daripada sudut soft-skill, ketinggalan melalui ilmu dan isu semasa, ketinggalan kemahiran lain yang cukup berharga dan lain-lain. Mungkin kita selamat, tapi di satu sudut ada ruang yang BESAR cacatnya dan akhirnya nanti, mungkin kita akan menyesal sewaktu memuhasabah balik meninggalkan peluang yang kita ada.

Sejujurnya, hanya kita, atau orang yang benar memahami diri kita, akan tahu akan limitasi kita. Kasut. Kita yang memakai, akan tahu bagaimana selesa, berapa saiznya kerana kita yang memakai kasut tersebut. Orang yang berdekatan kita, mungkin akan turut memahami sedikit sebanyak kerana pernah melihat beberapa kali kita memakai dan membuka kasut tersebut dan mungkin tahu akan saiznya. Tapi, orang yang jauh daripada kita, hanya berpeluang melihat kita beberapa kali memakai kasut tapi mendakwa dia faham akan situasi dan limitasi kita ?

Justeru, kalau kita gagal memahami limitasi kita, mintalah pandangan orang yang 'dekat' dengan kita.

Kita dan Pengorbanan.

Mungkin tidak semua akan menyedari erti kehidupan yang bermakna. Atau mungkin hanya mereka yang betul merasai kesusahan dalam hidup akan memahami betapa singkatnya hidup untuk dimaknakan dan diambil peluang. Mungkin ada di antara kita yang terlampau mahu untuk memaknakan hidup, atau terlampau mahu menggarap peluang. Sehinggakan, terlepas matlamat asalnya.

Setiap pada kita, kenal diri sendiri.

Mungkin ada di saatnya, kita ingin meneroka lebih jauh, tapi dihalang pelbagai situasi.

" Eh, hari ni ada tafaqquh Sheikh bla bla bla. Eh tak pernah lagi tinggal tafaqquh Syeikh ni. Ruginya terlepas satu pengajian. Tapi, materials banyak lagi tak habis. Banyak lagi tak baca. Hari ni 4 jam tak cukup lagi study. Kalau malam ni penat, tak habis study ni macam mana. Aih kena study ni. Eh abih tu kelas Syeikh ? "

" Eh malam ni ada program, eh, orang kuat program ni takkan la tak pergi, nanti apa pulak orang cakap. Eh tapi Sabtu ni exam, banyak lagi tak baca "

Ada saatnya, kita perlu belajar untuk berkorban, walaupun untuk perkara yang kita tahu besar manfaatnya dan tidak mahu kita lepaskan. Kerana itu, setiap kita perlu tahu limitasi kita, dan perlu siap siaga melakukan pengorbanan. Mungkin halnya baik, niat kita ikhlas, tapi bila keadaan memaksa biarlah niat sahaja yang memberi pahala.

Patient

Mungkin ada saatnya, kita terlampau takut akan situasi.

" Eh, tak nak. Tak nak. Mana boleh bagi jawatan-jawatan ni. Saya nak fokus lah. "

" Apa talaqqi banyak sangat, kan kita datang sini motifnya nak dapatkan result cemerlang gemilang terbilang "

Ada saatnya, kita perlu belajar berkorban dengan ego, atau rendah diri kita. Ego kita dalam memimirkan diri kita. Ya, hanya diri kita yang mahu segalanya. Dan juga meletakkan limit yang terlampau sikit atas kemampuan yang masih lagi di tahap boleh itu, kadang-kadang banyak merugikan kita. Walhal, kita boleh menggarap banyak lagi peluang. Tapi kerana diri kita yang mungkin terlampau memandang rendah akan diri sendiri, kita gagal. Kita kecundang berbaik sangka dengan diri sendiri dan orang lain. Lalu kita juga gagal, berkorban mengikut limitasi kita.

Padahal mungkin ada di antara kita, yang berbeza kehendaknya, yang masih banyak masanya. Masih seronok menonton movies berjam lamanya, dan sebagainya. Mungkin kerana, tidak cukup merasai pengalaman menghargai masa.

Belajarlah

Menjawab monolog paling atas, berpadalah juga kita dalam tamak menggarap peluang. Bukan semua yang kita mahu capai, kita akan perolehi. Tapi, cubalah kita untuk mengguna sehabis baik peluang dan masa yang diberi, untuk kita menjadi manusia yang cukup-cukup 'berbaloi'.



Sungguh, pengalaman tidak akan pernah penat mengajar kita. Malah akan sentiasa bergerak, mengharungi diri kita, dan mematangkan kita. Kerana itu mungkin orang yang jatuh sekali, boleh bangun jauh berkali ganda hebatnya, kerana pengalaman benar mengajar dia, memaknakan hidup.

Jangan takut untuk bergerak, jangan mudah mengalah. Setiap yang berlaku dalam diri, adalah sesuai dengan kemampuan kita. Bukan kita yang menentukan takdir, malah Allah yang lebih memahami diri kita, lebih daripada kita mengenal diri kita sendiri. Apa yang penting, yakinlah kepada Allah, dan jalan terus.

Meneladani kisah bahtera Nabi Nuh, sewaktu kaumnya tidak henti-henti menuduh baginda dan pengikut sebagai orang gila kerana membina kapal di atas daratan. Bukan sedikit tohmahan yang diterima Nabi Nuh sewaktu dakwahnya.

"Dia (Nuh) berkata, 'Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam, tetapi seruanku itu tidak menambah (iman) mereka, justeru mereka lari (dari kebenaran).

"Dan sesungguhnya, aku setiap kali menyeru mereka (untuk beriman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jarinya ke telinganya dan menutup bajunya (ke wajahnya) dan mereka tetap (mengingkari) dan sangat menyombongkan diri."

( Nuh : 5-7 )

Tapi apa yang dibekalkan baginda sehingga beliau begitu tabah menyiapkan kapal hingga ke binaan terakhir ? Itulah keyakinan kepada Allah. Bukankah Nabi Nuh tidak mengetahui akhirnya bahawa Allah akan menurunkan hujan dari langit, menenggelamkan seluruh kawasan tersebut ?

Begitulah kita, mana kita tahu jalan penyudah kita di akhirnya. Andai kita tahu mungkin sesudah kesulitan yang kita alami, kita akan temui pengakhiran yang menggembirakan, sewajarnya kita tidak akan merasa sedih, dan kita akan 'keep on walking' tanpa pandang terus ke belakang. Tapi lumrah kita tidak mengetahui jalan akhir kita, dan ingatlah kita Allah mengulang ayat berturut-turut di dalam al-Quran.

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)

Jangan gentar, majulah kerana Dia.


2 comments:

  1. Garapan pnulisan yg mntap diselit dgn isi2 yg mudah ntk dhadam. Trima kasih bnyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih anonymous sudi jenguk dan komentarnya :)

      Delete