Friday, March 28, 2014

Melakar Pelangi

Bismillah.

"Mak, doakan Syidah ye, doakan study"

"Mak doakan semua, mak bangun malam-malam doakan anak-anak semua. Tapi Syidah jangan main dah benda-benda luar. Jangan sibuk benda lain dah. Fokus belajar je."

"Mak, Syidah dah terima satu jawatan ni, tapi Syidah janji akan urus masa elok-elok, takkan buat macam dulu dah.." rasa nak terucap, tapi terhenti di hujung lidah. Bimbang kalau mak tak faham situasi diri sendiri. Ya, kalau bagitahu mak, confirm mak takkan benarkan lagi dah. Cukup pengajaran yang dulu. Memang confirm mak takkan izinkan.

Diam. Mata panas. Merah. Main perasaan dengan mak macam ni lah jadinya.

Lepas tahu result dekat Malaysia baru ni, mak pun tengok sendiri poster-poster PERTAMA dekat wall. Mak bising. Syidah masuk apa dekat sana nampak macam sibuk sangat. Mak ingatkan sebelum balik jangan libatkan diri dah dengan persatuan.

Hari tu, memang tak nak terima jawatan ni teringatkan segala benda yang dah berlaku, tambah lagi teringatkan mak yang memang tak nak benarkan pun kalau masuk, sekali lagi. Kalau dia tahu, anak dia ni jadi AMT sekali lagi. Kesannya, habis aku hide semua poster pimpinan dekat timeline. Bukan menipu aku kira, tapi merahsiakan. Sama seperti merahsiakan situasi sekarang. Lebih baik diam berahsia daripada bagitahu dia.

Believe

Pesan seorang senior yang dikagumi, asal kepada menerima amanah itu adalah mesti, kecuali dengan sebab sebab yang kukuh. Well, aku ada sebab yang kukuh of course. Tapi fikir lagi dan lagi, rupanya aku sendiri yang gagal mengurus diri, emosi dan masa. Mungkin,  first time buat kerja yang besar, jadi overexcited menyebabkan aku rasa kerja lagi penting daripada study. Selain daripada pengalaman yang nak aku kutip, ada perkara yang mungkin sebabkan aku terima jawatan ini.

Berbekalkan semangat yang tersisa, aku terima. Dengan syarat aku pesan kepada diri, kali ini, bukan seperti biasa-biasanya.

"Ana mintak, AMT semua faham kalau ana tak dapat nak commit sangat dengan kerja. Ana memang kena fokus akademik, result sem 1 ana yang teruk terpaksa ana bawak ke sem 2 dan soifi ni. Dan sangat nauzubillah kalau ana tak boleh nak score untuk sem 2 dan soifi ni"

Bukan senang nak mengaku direct depan semua. Tapi ingat risiko yang lebih besar, lebih baik surrender awal-awal.

Honestly, this is my first time. Aku tak pernah lalui saat-saat yang perit bergelumang dengan akademik sepanjang hidup aku. Alhamdulillah Allah bagi kemudahan dekat aku, until now. Aku tak senang duduk. Setiap masa terfikir. Setiap masa kira muaddal.

Sedangkan muadal first year aku, jauh sungguh kalau nak compare dengan first sem ni. Jelaslah, aku silap. Aku silap besar. Tapi silap aku yang sungguh besar kali ni dah bawak aku jatuh longkang yang sangat dalam. Sampaikan aku dah mula terfikir-fikir kehidupan kalau aku benar-benar kena repeat. Ya, gagal dalam akademik, tak pernah aku terbayang pun dalam hidup. Kalaulah ada pintu masa Doremon, aku nak undur balik masa, nak betulkan silap aku semula..



Kalau aku sorang, mungkin aku redha. Tidak mengapa aku seorang diri teruskan perjalanan, walau terpaksa terpisah daripada kalian semua. Aku redha, kalau itu yang Allah nakkan untuk aku.

Tapi kalau aku gagal, bukan aku seorang yang sakit. Paling sakit nanti emak aku. Macam mana nak bagitahu anak dia ni dah gagal ? Macam mana nak hadapi keluarga-keluarga yang lain ? Macam mana nak hadapi persatuan ? Aku bawak nama buruk persatuan, absolutely. Orang yang sibuk persatuan last sekali kena hadapi failure ? Tak, aku tak sanggup.

"Syidah, Allah bagi satu lagi last peluang, maknanya Allah nak suruh usaha sungguh-sungguh untuk kali ni"

Budak baru belajar. Nilah UJ, bukan pass semata. Kalau JUST, pass satu sem, settle. Kalau UJ, lepas satu sem nak kena kira balik pointer dari awal, tinggi daripada 2.00 semua tu, baru boleh pass year. Kalau ikut logik kat sini, JUST : 1.00. Hasbiyallah.

Aku tengok arab arab yang repeat. Ramai sangat. Tengok dalam list nama macam sampai je seratus. Yang kami jumpa time nak daftar pun repeat. Yang berlawan intikhabat pun repeat. Aku mengeluh lagi. Kenapa ?

Aku boleh ke ? Kuat ke ? Sampai ke ?

Tak sangka dalam ramai-ramai, Allah pilih aku untuk lalui ujian ni. Sungguh jujur aku katakan, kehidupan di sini memang penuh kejutan. Dan setiap kejutan jelaslah memberi impak yang sangat maksima buat sang diri. 

Cliché, ujian itu membina diri yang lebih kuat.

Walaupun ujian itu menyakitkan, tapi sungguh, di sebalik tiap ujian terselit hikmah yang paling besar iaitu menguatkan diri. Memang, banyak air mata yang mengalir kerana sakitnya menghadapi sebuah ujian, tapi aku dapati di pengakhirannya, aku bukan aku yang dulu. Kerana tamparan sedikit tidak mudah lagi mengalirkan air mata.

Daripada Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat. Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.”

Rasa bergenang mata Dr Rayyan bacakan separuh hadith ni time kelas thaqafah. Alhamdulillah, mungkin subjek thaqafah ni tak bagi cukup 'makan' untuk muaddal aku. Tapi tiap Ahad Selasa Khamis rasa terisi jugak dengan tazkirah Dr Rayyan. Lagi terisi bila Dr sampaikan dalam bahasa al-Quran tu.

Aku belajar lagi, hidup aku ini semata mata untuk Dia. Kerana Dia, hidup ini diteruskan. Kerana syurga Dia, kaki aku, aku kuatkan. Pergantungan kepadaNya tatkala ujian menyapa, memang satu langkah kewajipan. Kerana Dia yang menyusun segala perkara. Kerana Dia yang boleh mengubah segala. Dan kerana Dia yang percaya aku boleh menghadapi, aku paksa juga diri untuk mara lagi.

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.

(Al-Kahfi : 7)

Katanya,

"Medic itu perhiasan duniakah ?"

Sungguh, peristiwa hari tu memang buat aku kagum dengan ketabahan dia. Tapi, aku tabah seperti diakah ?

Patient

***

Medic ? Seksa ? Seronok ? Stress ?

Selama ini sungguh aku pandang dari sudut negatif mungkin, aku tak mampu buat segala macam ni. Medic ni mungkin satu perkara dan keputusan yang aku buat tanpa fikir panjang. Tapi hari ini, baru aku sedar, kenapa Allah pilih aku untuk berada di landasan ini. Dan buat sekelian kalinya ingin aku ucap, alhamdulillah,  for the chance that had You gave me. Medic, lebih besar skopnya daripada alasan typical manusia yang ambil jurusan ni, untuk tolong orang, untuk lihat keajaiban ciptaan Allah, atau segala macam alasan baik yang lain. Mungkin, tanpa ujian kali ini, aku akan masih buta melihat betapa berhikmahnya Allah meletakkan aku di landasan ini. 

"Macam mana eh, urus masa persatuan dan belajar ?"

Senyum sinis, angkat sebelah mata. Nampak pandai urus masa, KAH ? Honestly, masa bukanlah satu benda yang mudah untuk diuruskan. Kerana gagal mengurus masa lah, aku kecundang menghadapi hari-hari yang sebelumnya.

Lebih susah dari mengurus program-program grand yang katanya tu hah. Tapi bagi aku, benda yang paling penting yang nak kena organize is : kawal emosi dan perasaan. Sebenarnya, kerana emosi, perasaan dan fikiran lah yang menyebabkan kita gagal membezakan mana satu awlawiyat. Mana yang lebih penting, mana yang kurang penting. And for sure, by hook or by crook, kerja tetap no 2, akademik tetap no 1. Dan kita akan jadi lemah mengurus masa bila kecundang mengawal emosi dan fikiran, bila mana kita guna most of our time untuk diinfaqkan juga ke kerja persatuan. Important step, time meeting, brainstorm sepuasnya, catat benda yang nak kena buat, letak masa bila then tinggalkan. Jangan serabut fikir lepas lepas tu, jangan ganggu fokus study sebab otak bercelaru pasal kerja tak siap, pasal ketua HAHA, pasal segala perkara yang sewaktu dengannya.

Pesannya, jangan kerana kerja, persatuan, dan sebagainya, terabai akademik. Jangan rasa terlampau seronok buat kerja, sampaikan hilang seronok study. Dan kalau rasa tak mampu, jangan terima amanah yang besar. Jangan.

Ujian kali ini, benar-benar mengajar aku untuk bertindak lebih matang. Untuk buat kerja seseriyesnya.

Mungkin, Allah sedang memanggil manggil aku. Sedang memanggil mungkin jiwa yang telah hilang dek kerana kelalaian, kelekaan yang telah aku buat selama ini. Allah mahu ingatkan aku, bahawa tindakan aku selama ini sungguh silap, dan kalau aku tidak betulkan sekarang, mungkin akan banyak lagi kesilapan yang akan bakal aku lakukan kelak.

Moga aku bukan jenis manusia yang disebut Allah di dalam al-Quran, setelah Allah menghapuskan ujian, dia akan kembali kufur dan lupa bahawa dia sudah bersungguh meminta pertolongan Allah sebelum ini.

Dua

Doa aku, moga ada peluang untuk aku pergi menghadap Dia cuti sem ini. Moga ada peluang untuk aku berdoa sendiri di hadapan Kaabah, memohon kepadaNya peluang, untuk sekelian kalinya. Moga Allah permudahkan,  dan sudi membuka kepada aku, peluang yang kedua. Moga ada saatnya aku bertemu lailatul Qadr di Ramadhan yang mulia, supaya berkesempatan juga untuk aku berdoa supaya dia permudahkan urusan ini, dan menguatkan lagi iman terhadapNya. 

Aku percaya, bahawa kuasa doa itu bukan sedikit impaknya.

Aku yakin, masih ada sinar buat aku. Mungkin mereka yang lain tidak akan faham situasi diri, ye lah kasut kita lain lain. Nak cuba masuk kasut aku pun tak boleh kan. Macam mana juga aku, tak memahami semua urusan dan ujian orang lain. Cuma aku minta, jangan persoalkan. Jangan patahkan semangat. Tolong, biarkan aku. Saat ini, aku tak suka diganggu. 

Kalau inilah jalannya untuk aku kutip lagi bekal taqwa yang masih belum cukup, kuatkanlah aku ya Allah.

Destination

Dan demi Allah, demi mak, demi ayah, demi keluarga yang lain, demi sahabat, aku akan kentalkan diri untuk terus berjuang di medan ini. Tempuh ujian semampu aku, dan habiskan yang berbaki ini bersungguh sungguh. InsyaAllah, kentalkan diri menghadapi mungkin banyak perkara yang aku perlu korbankan. Ya, kita tak sama. Aku cukup mengerti hal itu, dan aku akan cuba sedaya upaya untuk menghadapi situasi ini. Dan jangan lupa juga, tolong doakan diri ini.

Aku janji itu. JANJI.



2 comments:

  1. bitaufiq dik.
    semoga terus kuat. =)

    ReplyDelete
  2. Kuatkn smngat! Fokus stdy! Bktikn apa yg kau tulis tu trgmbar dlm batang tubuhmu. Aku doakn kau moga trus kuat dn teguh mnghdapi liku2 khidupan dn aku doakn kau moga brtmu dgnNya di rumahNya kelak insyaAllah. Amin.

    ReplyDelete