A Typical Dream

Bismillah.

"Besar nanti nak jadi apa ?"

"Besar nanti saya nak jadi Doktor cikgu. Nak tolong orang sakit, ramai. Nak tolong keluarga. Hari tu atuk saya sakit takde sapa nak tolong."

Jawapan si kanak-kanak sekolah rendah. Ataupun yang Islamis sikit.

"Saya nak jadi doktor yang hafal Quran cikgu. Nanti kalau orang datamg klinik saya saya nak pasang Quran"

Ataupun lagi.

"Nanti nak jadi Doktor, sebab income banyak, orang pandang tinggi, habis degree je pun dah dapat Doktor"

Cita-cita ingin menjadi seorang doktor yang berjaya, sangat tipikal. Sangat. Bukan senang jumpa budak kecik cakap cita-cita nak jadi seorang ustaz ustazah yang ada PhD ke. Dah siap main doktor-doktor ambik ubat pensil mekanikal buat cucuk cucuk kawan berlakon, ambik pemadam buat antiseptic. Oh, typical.

Sebab apa mindset manusia terlampau terjebak dengan cita-cita menjadi seorang doktor? Semua orang dipengaruh. Dan semua orang yang ambik Medic akan terus dipandang tinggi. Bila mana sebut je dekat orang Arab ni 'Tibb' dengan lidah perlu sampai makhrajnya terus keluar 'MasyaALLAH... Syaturah enti'. Dalam hati ada macam-macam nak explain kat orang yang kagum sangat tu.

hijabiz:

Choose only Allah <3 
and you shall be safe :) 

Tak salah bercita-cita menjadi seorang doktor. Baik pun. Sebab akan menjadi pendorong semangat untuk terus berusaha dan usaha, sebab nak layak ambik Medic pun bukan senang.

Tapi janganlah ingat, pasang angan-angan tu, semudah menjalani Medic sendiri. Baru jadi student Medic tahun 2, tapi hati rasa melodak-lodak dengan material medic yang masyaALLAH, wallaweh. Tak, bukanlah katanya terlampau susah sampai kata tak tidur 5 hari sebelum exam ataupun telan Nescafe sampai 10 paket ataupun tak jumpa katil 2 minggu ataupun stay maktabah sampai siren maktabah Pakcik tu dengar setiap hari [take a deep breath] Entah, tekanan yang sangat tetiba ni sangat mengajar erti pengorbanan diri yang tak pernah nak sangka pun, pengorbanan seorang Medical student yang baru mengenal kehidupan Medic. Dan untuk simpulakn menjadi satu kata-kata, Medic ni, : SUSAH.



First and foremost, jangan pasang cita-cita menjadi seorang doktor sebab rasa diri dah cemerlang sangat dalam akademik. Tak semestinya dapat straight A tu, maka dah termaktub dah, jurusan yang akan kita pilih adalah, perubatan. Jurusan yang kita pilih dalam masa satu saat je hari tu lepas terima biasiswa or dapat surat sambung ke hape, akan mencorakkan kehidupan bertahun tahun akan datang. Jangan pilih sebab family, atau sebab pandangan orang, ataupun sebab rasa diri memang bijak sangat.

Dulu, memang mindset ni cakap, nak Medic. Ya, cita-cita typical. Nak Medic, nak belajar jugak ilmu lain dan so so so on. Pernah jugak tanya sebenarnya tanya pada diri, kau minat apa sebenarnya. Maka tika itu jawab diri,

"Aku rasa aku memang minat bab agama and so on tu, tapi takkan la aku nak ambik agama kot..."

DUSH. Ya Allah dahsyat rupanya manusia ni. Dah kau dapat straight yang banyak belok tu, dah rasa bijak sangat? Ouch. Sheikh Yusuf al-Qardhawi padahal ada menyebut, suapaya perbanyakkan golongan bijak pandai untuk belajar bidang agama, dan Sheikh sendiri pun, tak pernah tak menjadi pelajar terbaik dalam mana-mana kedudukannya dalam sekolah etc.

Ya, aku kagum dengan mereka yang walaupun result memang sangat flying colors tapi tetap tak pilih cita-cita yang typical dan tetap berpegang pada minat dan kecenderungan.

So Syidah, kau nak kata yang kau menyesal la ni ambik Medic ?

Eh TAK. Walaupun sesekali bisikan tu datang jugak. Ya, seronok belajar, seronok jugak hadam material tu, tapi time exam masyaAllah, Allah je faham macam mana keriuk keriuk sakit nak ingat semua benda tu. Al-Quran tu benarlah mukjizat, walaupun tak faham semua tapi still lagi boleh hafal, sedangkan Medic ni walaupun faham tapi tak semestinya boleh ingat.

Ya, memang pun, dari sekolah lagi memang suka agama. Tapi disebabkan dapat Medic, serius rasa taknak tinggal. Sebab apa ? Sebab ramai sangat orang yang nak. Plus tak tahu keadaan Medic tu itself.

Walaupun sakit belajar Medic ni, kena stay up selalu malam-malam, baca lebih daripada orang, nanti lepas grad jadi HO bukannya tak sibuk, lepas tu jadi doktor biasa pulak and dalam masa yang sama sambung specialist ingat best ke takde masa nak luangkan untuk diri ?

Dengan segala kelemahan yang ada dalam dunia Medic ni, aku cuba untuk take it as an opportunity. Walaupun sekadar budak Medic dua tahun jagung, tapi sebenarnya aku dah belajar banyak dengan Medic, even dalam proses belajar tu, aku hadap kesakitan yang agak sukar jugak. [okay, 'aku' activated]

Firstly, dan paling penting, aku belajar untuk letakkan tawakkal hundred percent kat Allah. Tipulah kan boleh sampai darjat 100 percent. Tapi aku tak pernah la pulak dalam mana-mana exam letakkan tawakkal macam kat Medic ni. Aku sungguh belajar untuk tutup buku dan segala material dengan keadaaan hanya Allah tempat aku bertaut, penyelamat aku, semata-matanya. Sebab even aku dah berusaha sedemikian keras untuk nak hadap satu exam, aku tetap rasa something lost, yang mana membuatkan aku cukup pening. Setiap hari exam, aku keluar rumah dengan al-Fatihah, daki tangga dengan 'wa man yataqillah', sebelum boldkan jawapan 'bismillahi tawakaltu alallah' berulang sampai orang tu cakap, IBDA'I. Aku cuba hayati dan fahamkan setiap apa yang aku baca. Supaya meresapnya ke hati, bukan ke lidah.

Aku belajar untuk jadi pengurus masa yang hyperactive sungguh. Aku belajar untuk kurangkan masa rehat. Aky belajar jugak masa rehat aku itu bukan tidur semata, tapi pada solat malam yang bukan sekadar meberi rehat, malah memberi kekuatan untuk menghadapi perkara yang akan datang. Masa, adalah perkara yang paling aku sayang secukupnya sekarang.

 Aku belajar jugak untuk bergantung dengan manusia, bergantung dengan family, dengan kawan-kawan dan lain-lain. Aku belajar untuk memudahkan urusan orang, kerana aku percaya Allah akan memudahkan semula urusan aku. Aku belajar untuk menjadi manusia yang berguna untuk orang (ni mai mana pulak ni dengan Medic?). Dan banyak lagilah.

Al-Ma’arij ayat 19-21 “Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan, ia berkeluh kesah. Dan apabila mendapat kebaikan dia jadi kikir”

Mungkin benar, aku yang dimaksudkan Allah dalam ayat diatas. Cepat sangat mengeluh. Kejap sangat lap air mata. Tapi dalam ayat seterusnya Allah menyambung :

Kecuali, orang-orang yang mengerjakan salat. Yang mereka itu tetap mengerjakan salatnya. Dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bagian tertentu. Bagi orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mau meminta)." (Al-Ma'aarij: 22-25).

I am in need of whatever good You bestow me

Istighfarlah. Ingatkan diri tentang perjalanan dunia yang tak panjang. Biar berpenat lelah, asal nanti dapat rehat yang abadi di sana. Lagi penat kita membuat kebajikan, mungkin lagi beerti dan bermakna hidup kita. Mungkin lagi bermanfaat kita bagi orang lain. Tunai di akhirat, lagi syok.

Pesannya buat yang ambik Medic, jangan sesekali rasa bahawa kita tak layak berada di landasan sekarang. Allah dah bukak peluang untuk tempuh, jangan undur. Tapi sebelum ambik, fikirlah berulang kali, kenapa, bagaimana, dan sebagainya. Kita boleh, cuma kita perlu lebih bijak dalam mengurus dan belajar.

Dunia ni memang masih ketandusan doktor yang faham Islam. Masih mencari golongan yang mampu melaksanakan hukum. Selain kepada pesakit yang perlu diingatkan sentiasa tentang ALLAH ketika sakitnya, tak kurang jugak doktor yang sungguh sambil lewa tentang hal berkaitan fiqh perubatan dan jugak urusan akhirat yang kini makin dilupakannya. 

Rasyidah, move on. Maju terus !

-Mat Salleh sebelah ni ketawa masyaALLAH, pening >.<- i="">
Doha International Airport.

Comments

  1. alhamdulillah, thanks atas hammasahnya~
    rasa semangat balik! barakallah fiki ^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi