Wednesday, June 6, 2012

Taraddud. Tolong !

     Walaupun keputusan Yayasan Terengganu yang sebenar-benarnya belum keluar, tapi  rasa nak tulis cepat-cepat entry ni.

      Masa Yayasan Terengganu call dan mintak keputusan yang sangat mengejut tempoh hari, hanya Allah je tahu macam mana perasaan. Dah la time tu tinggal satu paper English lagi yang belum siap untuk exam, fikiran yang baru saje nak tenang, jadi tak tenang balik. Padahal time tu tertidur masa study, nasib baik terkejut YT call. Masa dia tanya nak ke tak, langsung tak fikir, tiba-tiba mulut terbuka dan kata, NAK. Teringat pulak, time tu dah bagitahu orang lain, takkan keluar Darul Quran, konon la. Sebabnya, MARA tak dapat, dan kalau dapat Yayasan Terengganu pun, KPT belum isi lagi, dan KPT pun dah tutup. Tak tahu macam mana, ada peluang lagi dan terus satu family hunga ke Kuala Lumpur ibu negara Malaysia untuk siapkan borang KPT yang teramatlah banyak.

     Dan nak dijadikan cerita, ceh. Malam tu siap ada sandiwara ke drama yang ntah pape. Surat isytihar peperangan la. Ya Allah, sangat matang. Dan sebab sandiwara yang tak boleh nak lupa tu jugak la, menerbitkan sandiwara lain. Memang berkolah-kolah air mata tumpah malam tu, sampai tak sedar tertidur atas kedua-dua phone. Dan pagi tu, sangat terbeliak mata bila tengok dah pukul 5 pagi, sedangkan sebelum tertidur tu, ayah dah bagitahu  yang beliau akan sampai dalam pukul 2. Tengok phone, masyaAllah 30 missed calls!. Terus bangun dan bersiap ke masjid. Dan setelah menghadapi ujian bermacam rupa. Dan paling teruk Perhimpunan Belia sampai satu keluarga boleh berpecah. Mak hilang, battery pun condemn. Dan paling mengaharukan, mak mintak tolong polis chargekan phone. Masa call, mak macam nak menangis sebab kaki melecet. Terharu sungguh. Dengan Kak Irah yang tak kurang hebat mulutnya, akhirnya selamat la borang KPT sampai ke tempat yang sepatutnya. Tu tak cerita lagi kisah perang dan genjatan senjata.

     Tapi, memang fikir panjang jugak untuk tinggalkan Darul Quran kalau dapat Yayasan Terengganu. Memangla dah khatam, tapi kat dQ ni, bukan Quran saja yang nak dikejar. Paling ringkas, dQ ni memang tempat mencari redha Allah. Memang lah redha Allah tu boleh cari kat mana-mana je, tapi bi'ah tu sangat penting. Rasulullah pun ada mengingatkan ummatnya supaya keluar daripada bi'ah yang tidak dapat mendidik kita. Dan aku dapati, bi'ah kat dQ, sangatlah special. Memang kat mana-mana pun, takkan jumpa bi'ah yang sama dengan dQ.

    DQ, mengajar banyak ilmu al-Quran. Kalau aku stay dQ pun, masih berpeluang untuk ambil sanad dengan Sheikhul Azhar kat sini. Sheikh-sheikh yang sangat banyak ilmunya, namun tak digunakan dengan sebaiknya oleh student dQ, ni kata mantan ustaz tasmi', Ustaz Faez Mohtar. Dan ada jugak cita-cita nak pulunkan diri untuk dapat syahadah, kalau berezekilah. Dan, boleh je, nak beli buku dan kitab bermanfaat dan menelaahnya kat dQ. InsyaAllah banyak ilmu yang boleh dapat lagi kalau betul-betul usaha sungguh-sungguh.




  Dan satu hal lagi, bimbang sangat, kalau keluarlah dQ ni, tak dapat cari pengganti untuk kawan-kawan sekarang. Bukan senang nak hidup dalam kalangan pencari-pencari Allah ni. Ukhuwah kat sini pulak, walau tak lama pun diikat, rasa macam dah serasi. Mungkin sebab Quran sendiri. Walaupun dekat Imtiaz dulu pun hafal Quran, kat dQ ni semua orang sangat menfokuskan Quran. Kalau kat Imtiaz dulu, lebih ramai yang menfokuskan subjek-subjek yang sebelas dan sembilan tu. Tapi, insyaAllah, istimewanya sahabat itu dalam doa sahabatnya yang lain ^__^

Tapi kalau pergi Jordan.

    InsyaAllah dapat lawat tempat bersejarah kat sana yang sangat bermakna. Bumi yang juga menjadi jejak nabi-nabi dan sahabat-sahabat ini, dapat memberi banyak ibrah. Memandangkan jaraknya yang dekat sekali dnegan Makkah, nak buat umrah pun, naik bas je.

     Dan, orang kata, budak-budak medic kat sini, walaupun medic, tetap boleh top up ilmu agama. Ilmu tafsir, hadith, Quran dan sebagainya i.Allah boleh ditimba kat sini. Dan orang cakap jugak, biasa je kalau budak-budak JUST lawat Yarmouk, al-Bayyt, Mut'ah sebab nak timba ilmu.

     Dan, kat sini insyaAllah kalau habis, 6 tahun. Dq, setahun setengah, then sambung UIA. Banyak benda boleh belajar dari 6 tahun. Walaupun kat UIA boleh belajar lagi, tapi ada kak ni sorang kata, ia tak sama...

      Kat sini, i.Allah confirm dah dengan medic. Kalau kat UIA, tak score untuk matrik, boleh je kena tendang dari medic.

Persepsi orang pulak bermacam rupa. Biasalah, kalau budak-budak dQ tu, memanglah suruh stay dQ je. Tapi ada jugak yang positif, fikir apa yang terbaik. Tapi kalau keluarga, memang lah nak suruh ke sana. Jumpa je keluarga ayah, terus tanya bila nak pergi, padahal bendanya bukannya confirm lagi. Sampai ke saudara yang berbau bacang saje pun, sibuk tanya, 'Mana doktornya?'. Uncle pulak sampai sudi nak taja sekeluarga pergi Jordan. Fuh, memang lah orang sangat pandang dengan overseas ni kan? Ingat UIA tak cukup hebat ke? Ish3.

 So, keputusannya.

Sudah tentu, istikharah ^__^




Buat apa nak pening-pening fikir, Allah kan ada.

Teringat pesan Along Kak Nada. Masa tu, baru sudah solat dan pening-pening fikir pasal masa depan.

" Camne cik, perkembangannya?"

" Entahla long, camne kita nak tau jawapan istikharah kita?, dari dulu acik istikharah,  tapi takdelah nak mimpi ke ape"

" Tak semestinya mimpi tu jawapan daripada Allah. Acik tak percaya Allah akan jawab bila kita minta kat Dia kah ? Teruskan istikharah. Selalunya gerak hati tu lebih memandu kita. Bila kita rasa tenang je bila ambil keputusan tu, tu lah jawapan daripada istikharah. Bila Allah mudahkan je jalan kita ke arahnya, mungkin tu lah yang Allah nak tunjukkan jawapan kepada kita. Pilih jalan yang Allah permudahkan. Jangan kusut-kusut. Tenang je. InsyaAllah, satu hari nanti Allah akan tunjukkan. Istiqamah ye! "

Pesan along tu membuatkan aku meletakkan pengharapan sepenuhnya kepada Dia. Dan jugak, membunuh firasatku yang selamanya menginginkan mimpi. Kalau nak syura pun, masing-masing kadang lihat sebelah mata. Tak lihat sebelah yang satu lagi. Biarlah Allah je yang mebuat keputusan. InsyaAllah satu hari nanti, jalan ini akan dipermudahkan-Nya. Amin..


Bantu aku memilih Allah..


Buat sahabat yang membaca, tolong doakan. Doakan yang terbaik :)


No comments:

Post a Comment