Dear Sis..

Bismillahirahmanirrahim ^__^

Assalamualaikum w.b.t. Salam sayang fillah, insyaAllah.

      Buat adik-adik Imtiaz Kuala Berang yang sangat dikasihi. Apa khabar iman? Gaya tulis surat tak formal pulak. Takde pape pun, cuma rasa macam lama sangat lost contact kan? Alumni tempoh hari pun tak pergi. Nak cakap-cakap kat depan musolla, lagilah tak kesampaian. Ni je kot boleh buat, tu pun kalau sudi bacalah.

     Camne sekolah sekarang? Mesti lagi hebat dan mantop kan? Dengar cerita tahun ni ada sistem merit. Betulkah? Wah, tepuk tangan sikit :p

      Selama ni, saya tengok perkembangan korang melalui laman sosial, facebook. Tu je kot yang mampu. Takdelah pantau lebih-lebih, cuma tengok-tengok, jeling-jeling, agak-agak.

Dik,

Pernah dengar tak kata-kata ni ?



Percaya ke tak ?

Ala, saya yakin je yang korang ni memang arif bab-bab ni. Cuma kak nak peringatkanlah. Memang kadang-kadang kita gagal nak bermujahadah melawan nafsu. Tapi, insyaAllah, kalau korang bersungguh-sungguh bermujahadah, Allah akan tolong. Maksud saya, Allah akan tolong korang melupakan si dia. Memang bukan senang, tapi cuba, cubalah.

" Tidakkah kamu memerhatikan golongan yang menjadikan nafsunya sebagai tuhannya? Dan Kami sesatkan pengetahuan mereka, Kami akhirkan pendengaran dan Kami jadikan di dalam dada mereka tertutup. Siapa lagi yang akan memberi hidayah selain Allah? Dan tidak kamu mengambil pengajaran?" Al-Quran


Persiapkanlah diri adik-adik sesolehah yang mungkin, sebab jodoh kita adalah cerminan bagi diri kita sendiri. Memang la sangat awal nak memikirkan benda ni, tapi, apa yang kita buat sekarang, memberi kesan dan mencorakkan hidup kita pada masa hadapan.

Dik,

     Tak terasa ke bila kita lalai bercontact-contact dengan banin, kita makin jauh daripada Allah? Saya tahu sebab saya sendiri pernah mengalami benda yang sama. Kesannya, hati kita makin jauh dari hidayah Allah, sebab kita sibuk memikirkan ciptaan-Nya, bukan Khaliqnya. Walau kita suka, dan teringat-ingat kat orang tu, jauh beza dengan kita layan mereka. Bila layan, kita semakin dan semakin teringatkannya. Ingatkah kita tentang tujuan kita yang sebenarnya di dunia? Kita diciptakan, untuk beribadat kepada Allah. Bukan untuk mengejar cinta yang tidak mendatangkan cinta kepada Allah. Rugi kita dik, terpesona dengan hidup yang sementara ni, terpesona, dan kemudian akhirat dicicirkan.

When we pray

      Malulah kita pada Allah, sebab Dia tak pernah sesaat meninggalkan kita. Tak pernah lupa menghadiahkan oksigen untuk kita terus bernafas. Dari sekecil-kecil nikmat, hingga sebesar-besarnya. Malulah kita, untuk berbuat maksiat, dengan nikmat yang Allah berikan. Analoginya, seseorang memberikan kita makanan, kemudian kita menyapu makanan itu di mukanya. Adilkah kita ?

" Dan kami memberikan apa yang kamu minta. Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu selalu zalim ( meminta akan perkara yang tiudak sepatutnya ) dan kufur (tidak bersyukur)" Al-Quran

Dik,

     Jangan jadi perosak bagi pemuda generasi harapan ini. Kalau bukan kita, penghafal al-Quran, yang membentuk masyarakat di luar, siapa lagi? Kalau kita yang dikelilingi bi'ah al-Quran pun terpedaya dengan tipu daya syaitan ini, yang di luar sana tu, siapa lagi yang mahu memperingatkan mereka? Jangan kufur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita. Dia yang telah memudahkan agama ini kepada kita.

" Dan berjihadlah kerana Allah dengan sesunguh-sungguh jihad. Dia yang memilih kamu dan menjadikan kamu di dalam agama ini tiada kepayahan. Agama bapamu, Ibrahim." al-Quran


Tak takut ke kalau dekat akhirat nanti, kita yang sewajarnya mendidik mereka yang bermacam-macam jenis, menegtahui tapi tak memahami, memahami tidak mahu mengikuti dan tidak menegtahui langsung. Kita, kena bersyukur Allah telah tempatkan kita di bumi Imtiaz, tempat yang sesuai untuk kita mendidik diri, mengutip bekal iman. Cabaran di luar sana, terlampau hebat.

Nak kongsi satu video ni..



Dik,

Jaga Quran, pegang Quran baik-baik sekarang. Selepas ni keluar Imtiaz, memang susah kita nak commit dengan Quran. Sedangkan, kita dah ambil amanah Allah untuk menghafalnya. Dan selamanya, kita kena berusaha untuk pegang al-Quran itu selagi kita boleh. Hafal al-Quran bukan di Imtiaz, sebab bukan Imtiaz yang bagi kita amanah untuk pegang al-Quran. Tapi, Allah yang telah memilih kita. Selalulah kita berdoa, kita tak jadi golongan yang menjadi fitnah untuk huffaz. Quran dihafal, tapi tidak diamal. Jangan nanti, orang akan letak persepsi pada Huffaz rendah, sebab tengok akhlak kita. WaiyyazubiLlah, nauzubiLlah.. Jangan ingat dengan Quran yang kita hafal sekarang, boleh jaga kita sepenuhnya. Sebaliknya, jangan hafal saja, tadabbur, dan amal. InsyaAllah, Allah akan mudahkan para pencariNya.

"Sesungguhnya Kami telah beri amanah kepada langit, bumi dan gunung, mreka enggan memikulnya, dan kami telah beri amanah itu kepada manusia. Sesungguhnya mereka itu zalim lagi jahil" al-Quran

Dik,

Berbalas-balas komentar dengan banin di laman facebook tu, tak manis untuk kita. Kita, hamalatul Quran, pembawa al-Quran. Mungkin, ada yang memerhati gelagat kita, dan tidak bersangka baik terhadap kita. Ini juga, menambahkan titik hitam di hati kita. Tipulah kalau kata, kita tak pernah teringat komen-komen manis tu masa kita solat kan? Syaitan-syaitan berpusu-pusu nak menggoda golongan kita dik. Kita kena kuat! Mujahadah! Bukan senang, tapi nanti, Allah akan bayar cash atas usaha kita di akhirat nanti! I.Allah! Agenda Yahudi yang mecipta facebook dan segala bagai untuk pengaruhi hati kita. Maka kita pandai, mengislamkan facebook tu. Siapa lagi kalau bukan KITA?

Ya Rabb

Saya pesan ni, supaya, kita tak tersasar jauh dari jalan yang sepatutnya dik. Jangan rosakkan amal kita dengan benda yang lagho dan mensiakan ni. Saya pun apa kurangnya, tak lepas dari melakukan dosa. Namakan manusia? Tapi, sebab tulah manusia diciptakan, untuk saling memperingati sesama insan, kan? Sama-sama kita doakan keteguhan iman kita, supaya Allah sentiasa menghidayahkannya, memberi peluang untuk kita mengubahnya ke arah yang lebih baik. Moga Allah redha dengan amalan kita.

Terima kasih sudi baca sehingga ke akhirnya. ^__^

Satu lagi, jangan berubah secara mengejut tau, sebab boleh jadi jiwa kita terkejut dan kembali pada yang lebih teruk. Berubah sikit-sikit, keep on du'a, insyaAllah Allah akan tolong mereka yang nakkan cinta Dia. InsyaAllah.

Shift your paradigm !

Uhibbukunna fillah i.Allah ^__^






Comments

  1. assalam.. shukran kaq syidah ats nsihat yg tlh dbrikan.. inshaa ALLAH, sy akn cube b'ubh.. =] shukran skli lg kaq syidah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam ^__^

      Ala ape la sangat,. Syukran jugak sudi baca :)

      InsyaAllah, kita same2 berubah ke arah kebaikan ye !

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi