Elak Ikhtilat ~ Versi dQ

Bismillah..

Sekali lagi, entry baru. Entry yang tak pernah terfikir pun nak tulis. Tapi bila my dearest sis suruh kongsi di sini lepas cerita kat dia, [baru tadi] maka terciptalah entry ni.

Apa yang nak kongsi kat sini ? Nama dah ikhtilat kan ? Kat mana-mana pun, orang akan cakap macam-macam pasal ikhtilat. Bermacam-macam cara menangani, tapi, kat dQ, bagi saya ada sistem yang sangat efektif untuk elak ikhtilat. Walaupun hakikatnya, gerak kerja memang memaksa kami ( banin dan banat ) untuk berhubung.

Masa masuk dQ, memang rasa macam tak percaya kalau dQ boleh ubah semua orang untuk contact antara banin dan banat tanpa keperluan yang mendesak. Tapi, bila duduk kat sini dalam sebulan, logik je dQ menghapuskan amalan-amalan ni sebab bila seorang tu terlibat dalam situasi ni, rasa malu dengan bi'ah dQ yang sangat-sangat menjaga.

Honestly, masa kat dQ, saya hanya kenal budak-budak IKB dulu, tu pun sangat amat jarang untuk 'terlihat', lepas tu, budak Imtiaz lain kut, yang dah kenal dari dulu, pastu Presiden I.Q.Rac sendiri dan juga ketua biro saya, biro akademik. Dan seorang dua yang berkebetulan. Tu pun, memang susah sangat nak ingat muka.

Kalau gerak kerja, memang memaksa banin dan banat untuk berhubung. Maklumlah, I.Q.Rac memang sangat suka buat program-program yang alhamdulillah, sangat bermanfaat. First tahu yang banin banat kena contact, terkejutlah jugak, ala-ala hilang respect gitu. Heh. Tapi, bila tahu syarat-syarat untuk bercontact mak aih, lagi lah terkejut ye.

Sins

Mungkin benda ni, hanya diamalkan di dQ, tapi patut diusulkan untuk diamalkan kat tempat lain jugak.

Untuk mesej :

1. Bahasa pengantaraan yang kena guna adalah 'ana' dan 'ustaz/ustazah'. Bagi saya, penggunaan ni memang patut sebab bila orang panggil kita sebegitu, kita akan terasa 'aneh' kalau mesej selain kerja.

2. Tak boleh guna smiley. Dan jugak, tak boleh letak titik lebih dari sekali. ( contoh, Salam ustaz... )

3. Ni memang syarat wajib, tak boleh mesej selain daripada kerja.

4. Ketua biro akan cek semua mesej masa weekend.

5. Masa. Tak boleh mesej lepas pukul 12 malam even untuk urusan yang penting. Dan, hanya dibolehkan mesej lepas Subuh sahaja.

6. Kadang-kadang ada urusan kerja yang sangat banyak sampai tak boleh guna mesej. Jadi, kena call. Sebelum call, kena mintak izin dulu dengan banin tu. Dan kena mintak peneman sorang, pakai loud speaker.

Untuk meeting :

1. Sebelum meeting, kena Solat Hajat. Mintak Allah jaga hati, dan permudahkan segalanya.

2. Sebelum masuk meeting jugak, kena siap dengan wudhu'. Sebab wudhu' benteng kita dari syaitan kan ?

3. Masa meeting, ada jarak antara banin dengan banat, tapi saya tak berapa pasti jarak tu. Sebab tak pernah lagi masuk meeting biro atau program.

4. Of course kena tundukkan pandangan.

5. Banyakkan istighfar dan kalau perlu buat Solat Taubat.

O Ever Living One, O Self- Sustaining One, by Your mercy do I ask for Your support in setting all my affairs right. Do not leave me to my soul for so much as the blink of an eye.


Sangat menarik kan?

Mula-mula masa beloved Amirah KA bagitahu, memang rasa macam tak percaya. Boleh ke buat semua ni? Tapi, semua nilah yang membantu program dQ bergerak secara sangat smooth dan boleh dikatakan, tanpa ikhtilat. Hati pun terjaga, nak kenal banin pun susah, inikan pula nak bermesej dan sewaktu dengannya.

Sebab apa?

Wiqayah khairun minal Ilaj. Biarlah orang kata kita kuno ke apa sebab nak ikut syarat-syarat ni. Tapi, semua nilah yang membantu student dQ, untuk terus menjaga hati. Jaga, sebab hati kita nak letak benda yang mulia, Quran. Takkan benda yang mulia tu kita nak letak dekat tempat yang kotor? Nak ke benda yang mulia, bercampur dengan benda yang kotor?

"Dan tidak bercampur antara yang Haq dengan yang Bathil, Dan kamu menyembunyikan yang Haq sedang kamu menegrtahui" Al-Quran, al-Baqarah.

Walaupun bukan Quran pun, kita semua yang berstatus pelajar, yang sedang menuntut ilmu, memang memerlukan hati yang suci untuk diisi dengan benda yang mulia iaitu ilmu. Memang, kita tak mampu memilik hati yang perfect dan suci-murni, tapi kita perlu berusaha ke arah itu.

" Aku berjumpa guruku untuk bertanyakan hafalan aku yang rosak,
Maka jawab guruku, tinggalkanlah maksiat,
Kerana ilmu itu nur (cahaya),
Dan cahaya tidak akan dihidayahkan kepada orang yang berbuat maksiat"

~ Syair Imam Syafie Rahimahullah



Sama-sama kita, koreksi diri, muhasabah diri. Apa khabar ikhtilat kita dengan banin/banat sekarang? Kalau terjaga, alhamdulillah. Kalau masih bermasalah, istighfar, sama-sama kita berdoa untuk Allah memberikan petunjuk, untuk kita selalu mendapat jalan untuk sentiasa bermujahadah, menguatkan diri, untuk meninggalkan segala maksiat kepada-Nya. Bukan senang nak berubah, tapi tak mustahil. Dan percayalah, bila kita dah nekad dan tinggalkan semua ni, hati akan terasa lapang, dan cool, sebab mungkin Allah dengan sifat kepemurahan-Nya itu, akan memadam sedikit demi sedikit titik hitam di hati kita. Amin. ! Mulakan dengan sedikit, beransur-ansur, sehinggalah kita dapat tinggalkan sepenuhnya.

Sekadar berkongsi, peringatan untuk diri sendiri, dan juga yang sudi membaca.

I.Allah, mari kita ubah paradigma kita.

Mari, kita menjadi, pemuda-pemudi Islam yang dengan kita dalam agama ini, Islam boleh berbangga dengan apa yang kita lakukan.

Takbir !

^__^




Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi