Jangan Biarkan Futur !



Kadang-kadang, kita merasa diri kita kuat. Kuat daripada segala ancaman daripada anasir-anasir luar, walaupun kita belum merasainya. Kemudian, kita mula berasa yakin, yakin untuk menempuhi apa yang ada di luar sana.

Tapi, kita berani berkata sebegitu kerana kita masih berada di zon yang selesa. Zon yang sentiasa memberi dan menyuap tarbiyah kepada kita. Lantas, kita merasa sangat aman, kerana iman kita sentiasa diambil berat, sentiasa berusaha digagahkan oleh sekeliling.

Tapi, bila sekali kita diuji, mana persepsi kita yang dahulunya mengatakan kita gagah dan sebagainya? 

Happiness

Ingin saya khususkan di sini, kita yang mendapat tarbiyah dengan bi'ah di tempat kita. Suasana yang begitu terjaga dalam bi'ah kita, suasana Quran, suasana solat jemaah, suasana tasmi' harian dan suasana kosong tanpa hiburan yang me'lagho'kan, cukup menjaga iman dan hubungan kita dengan Quran. Tapi, bila diuji dengan dunia luar sahaja walaupun sekejap, iman kita bergolek-bergolek seperti jatuh tangga.

Bila di luar susah sekali menjaga solat jemaah, susah sekali mengelak diri daripada hiburan yang me'lagho'kan,  dan kita semakin-semakin jauh amalan kita sewaktu di bi'ah yang selesa dahulu. Lalu, kita leka melayan perasaan yang inginkan keseronokan, dan melupakan tanggungjawab kita yang sewajarnya. Lantas kita, 

FUTUR.

Semangat kita bersama Quran tiba-tiba hilang. Masa kita bersama Quran tiba-tiba berkurang. Kita mula merungut tidak tahan dengan segala bagai hiburan di rumah. Kita lantas membiarkan iman kita rapuh. Rapuh dan semakin rapuh. Kita biarkan masa kita, kita isi dengan pelbagai perkara yang tidak bermanfaat. Kita biarkan syaitan mempermainkan iman kita. Kita biar mereka bersorakan, bertepuk tangan melihat kita meninggalkan amanah kita. Kita biar, dan biar. Kita biar dan menunggu hari kita balik ke bi'ah solehah yang selalu memebelai-belai iman kita.

Eh, Allah lihat kita sewaktu kita kuat sahajakah?

A Muslim’s Prison

Tidak bukan?

Fikirlah, apa nasib kita jika Allah tiba-tiba menarik nyawa kita ketika sewaktu kita membiar-biarkan sahaja iman kita futur tersebut. Nauzubillah ! Tapi, Allah betul-betul penyayangkan ? Buktinya, sampai sekarang Allah masih biarkan kita yang membiarkan sahaja iman kita futur ini.

Jangan biarkan, kita ada jalan!

" Katakanlah wahai-wahai hamba-hambaKu yang melampau batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah berputus asa daripada rahmat Allah. Sesunggunya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. Dan kembalilah kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepada-Nya, sebelum datang azab kepada kamu azab kemudian kamu tidak dapat ditolong "

Az-Zumar : 53-53

Rasa terpujuk tak bila baca ayat Allah ?

Jangan risau, selagi Allah memberikan kita masa, kita masih mempunyai ruang untuk memperbaiki diri kita. Tak seharusnya kita yang KUAT dan GAGAH ini, membiarkan iman kita futur. 

Kita, perlu memaksa diri kita supaya bangkit daripada kefuturan. Kalau dulu apa yang selalu membelai dan menjaga iman kita adalah tazkirah-tazkirah yang bermanfaat, kita cari dan usaha dapatkannya. Dunia kita yang serba canggih sekarang, terlampau banyak laman-laman web yang berunsurkan tazkirah dan sebagainya. Dan kalau dulu kita perlukan usrah dan sahabat-sahabat yang sentiasa menegur, kita cari mereka. Luahkan isi hati kita yang terbuku, agar mereka dapat juga memecahkan aura-aura kefuturan kita. Kalau dulu kita kuat kerana masa-masa kita dengan Quran yang mengagahkan kita, paksa diri kita untuk bersama dengannya. Letakkan target. Kalau perlu, tutup pintu dan paksakan diri kita bermujahadah! InsyaAllah, walaupun kita tidak ikhlas pada awalnya, Allah ada untuk mengikhlaskan diri kita semula. Dia kan, Maha Penyayang?  Dan paling penting, doakan kesejahteraan iman kita. Agar kita tidak menjadi orang yang bodoh, membiarkan sahaja diri kita futur. Doa dengan bersungguh-sungguh, Dia sentiasa mendengar.

Age

Banyakkan bersabar untuk buat amalan-amalan sunat, tambah solat Rawatib, Qiamulail, baca Quran, hadir majlis ilmu, puasa sunat, berzikir, dan banyak lagi. Kerana dengan amalan sunat, Allah akan mencintai hamba-Nya, seperti yang disebut dalam hadith Rasulullah. Dan sambungan hadith tersebut, apabila Allah mecintai hamba-Nya, berolehlah hamba-Nya itu tangan, kaki, mulut dan seluruh anggota badan yang sepenuhnya dikawal Allah. Jika dia berbuat silap, lantas Allah menegurnya, dengan cara-Nya yang tersendiri. Subhanallah. Tidakkah kita ingin menjadi golongan tersebut?

Mujahadahlah dengan sabar. Kadang-kadang kita perlu paksakan iman kita untuk datang bersama-sama kita. Dan yang paling penting, jangan biarkan sahaja iman kita terus futur. Jangan biarkan sang-sang syaitan bersorakan melihat amalan kita yang semakin lama makin merosot.

Ayuh, kita doakan 'kesihatan' iman kita..

" Dan mintalah dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya solat itu berat kecuali untuk orang yang khusyu"

Al-Baqarah :45


Doakan supaya kita sentiasa berupaya untuk menjaga iman kita. Kerana keseluruhan amal kita akan dinilai di akhirat nanti. Sedangkan 10 sahabat yang telah dijanjikan syurga pun, tidak putus-putus melakukan amal kebajikan, inikan pula kita? Yang langsung tidak ada jaminan daripada Allah. Masih ingatkah kita akan kata-kata Umar al-Khattab?

" Aku bimbang jika aku berhat pada waktu siang, aku meninggalkan urusan aku dengan manusia, dan jika aku berehat pada waktu malam, aku meninggalkan urusan aku dengan Allah "

MasyaAllah. Tak sanggup sekali untuk kita membandingkan kita dengan dirinya. Teramat jauh. Maka apakah kedudukan kita di sisi Allah ?

Muahasabah.

Hidup ini bukan selamanya.

Is your record sufficient?

* Wawa.. Seriously, sangat bimbang dengan keadaan iman di rumah. Ditujukan khas untuk diri sendiri, tapi kalau ada yang membaca, sama-sama kita ambil manfaat. Huhu. 

T__T



The heart turner
Submitted by Mema

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi