D314 yang mentarbiyahkan ~

Bismillah.

Kebelakangan ni, asyik duk menulis cerita hidup je. Maybe terlampau terkesan kot, dengan apa yang terjadi dan akan terjadi sehari dua ni. Seriously, darul Quran bukan tempat yang mudah untuk dipadamkan daripada ingatan. Sungguh!

D314.

Tempat yang meninggalkan sangat amat banyak memori dan kebanyakan memori tercipta di sini. Selain tempat kedua, masjid darul Quran dan merangkap tempat ketiga, D309. Cerita pasal dQ, memang tempat yang terlampau banyak membina peribadi dan jati diri, tak boleh diistilahkan dengan kata-kata sekalipun. Alhamdulillah, Allah yang sangat penyayang itu telah menghadiahkan darul Quran buat saya.

Bilik ni, tempat aku bermalam dari terangnya siang dan gelapnya malam. Acece, bermadah. Tempat menghaiskan masa dengan room-mate terchenta, Siti Amira Faihah [ Mira ], Asmaa' Majdan [ Mokdang ] dan kenangan silam, Siti Nurul Farhanah [ Pana ] dan penziarah-penziarah tetap, Nur Amira [ Mirayam / Mirae ] Afifah hasbi [ Poh ] Rumaisa' [ Mecak ] Hazwani [ Kembar ] jdan jugak yang lain-lain.

Bilik yang sangat penuh kenangan, tempat perubatan Islam yang paling terkenal. Sampaikan segala macam ustaz yang dah masuk dalam bilik ni, sekaligus saya juga mendapat barakah daripada ustaz-ustaz tersebut kerana sentiasa memilih katil saya untuk duduk. Terima kasih ustaz. Bilik yang menyaksikan kisah-kisah sedih dan seram, yang agak tak dapat difikirkan akal. Sekaligus, kami mendapat ibrah tentang betapa manusia, boleh menjadi sekejam itu, juga betapa benarnya ayat Allah. Betapa, Allah telah menurunkan ayat-ayat-Nya itu sebagai syifaa'. Dan, terkesan dengan ujian yang Allah berikan kepada orang yang hanya mampu memikulnya. Orang yang betul-betul dipilih-Nya. Serius, saya takkan dapat menanggung ujian sehebat tu. Allah jugak telah ajar untuk jadi bomoh sementara di bilik ni. Walaupun tanpa ilmu, kadang-kadang, apa yang dibuat tu, menjadi jugak. :p

I ask for your love
Submitted by ctamyna

Bilik yang selalu berasap-asap. Yang selalu mengeluarkan aroma yang menusuk hidung sampaikan orang yang tengah basuh dekat bilik basuh pun tersentak dengan bau-bau tersebut. Dan jugak, ya, saya adalah satu-satunya pelajar yang berani bawak toaster masuk ke asrama dQ walaupun tahu benda tu adalah prohibited sama sekali di kawasan  barakah ni. Tapi, di sini jugaklah saya belajar untuk jadi lebih pemurah. Jadi lebih redha untuk berkorban sesama sahabat. Walaupun bendanya nampak kecil, tapi memang bab makanan ni sangat mengajar saya erti memberi. Bak kata seorang sahabat, apa yang kita beri makan dekat orang lain, akan menjadi, darah dagingnya. Dengan darah dagingtu, lengkapnya ciptaan satu tubuh tu. Ok bayangkan dengan tubuh tu, dia buat bermacam amal kebajikan. Dah berapa banyak pahala kita dapat kat situ ? Sumpah! Tak pernah fikir semua ni.

Bilik ni jugak menjadi saksi, saksi berapa banyak orang dah yang tumpahkan air mata kat bilik ni. Tapi kalau nak kira ramai tu takdelah, cuma, selalu kot. Tapi dengan tumpahan-tumpahan air mata ni jugaklah, saya belajar erti untuk menerima dengan redha segala apa yang Allah dah bagi. Dan belajar macam mana cara untuk mencedok hikmah daripada setiap peristiwa yang terjadi. Allah bagi, semua yang terbaik. Dan kadang-kadang termotivasi dengan sahabat-sahabat yang sangat tabah mengharungi dugaan-dugaan yang bermacam rupa. Sampai kadang, diri sendiri yang tumpahkan air mata sebab terharu tengok sahabat sendiri yang sangat QAWWIY !

Juga, dewan makan dan tempat selalunya orang berkunjung. Alhamdulillah, tetamu datang bawak rahmat ^__^. Selalu je, Mokdang bawak makanan banyak-banyak, jemput semua orang masuk bilik dan menjamu selera. Jugak, Mira, pakar sayur-sayuran yang selalu buat perkara yang selalu tidak disangkakan tapi last sekali perkara tu, sangat bermanfaat. Sirap selasih. Suquick nenas selasih. Telur goreng. Telur rebus. Dan tak kurang jugak, Mirayam yang selalu bawak makanan yang sangat berkhasiat untuk dijamu bersama. Sahabat, korang memang mengajar erti memberi [ sekali lagi ] dan jugak mengajar macam mana nak hidup dengan kreatif.

Why do you concerned yourself for other creatures?

Dan tak lupa perkara-perkara pelik lain yang menjadikan bilik ni sebuah kawasan yang sangat ditumpu. Yang selalu kedengaran bunyi jam yang sangat mebingitkan. Dan kadang-kadang jadi ampaian. Memang tak pelik tapi kalau dah orang lain pun menumpang sama, tak ke pelik ? Bilik yang selalu menurunkan hujan selain hujan daripada kangit yang diurunkan Allah. Tapi, biasanya air hujan yang musta'mal. Haha. Kesian orang duduk kat padang tu. Tapi alhamdulillah takde lagi setakat ni yang madi hujan musta'mal tu.


Pape pun, bilik ni sangat-sangat-sangat meninggalkan kenangan yang amat-amat-amat bermakna sepanjang proses pentarbiyahan di darul Quran JAKIM. Terima kasih sangat untuk sahabat-sahabat yang sudi mebuat segala apa perkara yang pelik di bilik tersebut, kerana yang pelik tulah bermakna. Nanti, dapat bilik baru, janganlah lupa bilik ni ye. Termasuklah, jangan lupakan kenangan-kenangan yang kita sama-sama cipta di situ. Acece. 


Nanti cari-carilah bilik pengganti untuk bilik ni. Sebab keadaan ni memang memeriahkan sangat-sangat. Toaster tu, buatlah sebagai alat untuk kalian merindukan saya ye :p Bau roti tu ingatlah saya. Ngeh3.


Doakan la saya boleh ziarah D314 masa Ramadhan nanti. Teringin sangat iktikaf kat masjid dQ masa Ramadhan ^__^. Mesti gempak. Lepas kursus tu, break kot sebulan.

Yang pasti,

Saya akan rindukan D314.

Kenangan-kenangan kebanyakannya di situ.

:)

Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi