Gembira yang memilukan.



Bismillah.

Semalam, masa Najwa call kata dia dah dapat call daripada YT, dah berkurang sikit keyakinan untuk dapat YT. Tapi pagi ni, tiba-tiba YT call ayah suruh pergi ambil surat tawaran dekat bangunan Yayasan. Dan, termaktublah, aku dapat YT dengan cara yang sangat mengejut. Dan juga, sangat cepat. Ingatkan sempat lagi masuk dQ hari Ahad ni. Tapi nampaknya, memang takde rezeki untuk kembali ke dQ semula.

Memang kalau nak diikutkan perasaan, sangat sedih nak meninggalkan bumi barakah, Darul Quran. Tapi, insyaAllah, inilah sebaik-baik keputusan. Keputusan daripada istikharah, insyaAllah tak salah. Walaupun kadang-kadang hati tak tetap, sekejap Jordan, sekejap Darul Quran, tapi lepas semua yang dah pun berlaku, Allah telah kuatkan hati ini untuk pilih Jordan.

Apa yang Dia buat ni, terkandung hikmah yang tak terkira.





Mula-mula, Allah pilih masuk dQ, walaupun hakikatnya, dekat Imtiaz dah habis hafal 30 juzu'. Dan lepas tu pulak, Allah telah takdirkan jugak dapat ustaz-ustaz tasmi' yang sangat hebat, yang ilmunya, menggunung! Sampaikan masa first-first, stress sangat-sangat dengan Ustaz Faez sebab tak boleh ikut tajwid yang dia ajar. Tapi dalam sakit-sakit tu jugak, Allah telah permudahkan sedikit demi sesikit, sehinggalah dapat betulkan bacaan sampailah beliau puas hati. Lepas tu, Allah gantikan pulak dengan Ustaz Rasul. Walaupun ustaz tak share banyak sangat ilmu macam Ustaz Faez share, tapi hikmahnya ustaz bagi tasmi' banyak-banyak. Dan lebih berhikmah lagi, bila Ustaz Rasul nak pindah masa SEM 2. Ustaz perlukan seorang yang kalau boleh khatam jugak dengan beliau. Dan sebab tu jugaklah, time orang lain semua dah berhenti tasmi', untuk iadah exam nanti, aku dengan kuasa maksima cubalah jugak meghabiskan 30 juzu' minggu tu. Dan alhamdulillah, Allah sangat penyayang memudahkan segalanya.

Lepas seminggu tasmi' tambahan, masa nak balik, tiket bas pulak tertunda sampai pukul 9.00 malam. Dan sebab tu, boleh ikut pergi kenduri Kak Amirah Shaha. Mungkin Allah nak bagi outing yang last saya dengan sahabat-sahabat. Pastu, resah pulak tak boleh nak check out. Kalau tak, kena duduk aras 3 dengan budak Diploma. Memang confirm tak boleh check out sebab last tarikh check out hari Jumaat. Rupanya, Allah memang dah plan segalanya perfectly. Tak payah nak check out, sebab takkan check in pun. Dan alhamdulillah jugak, tukar bilik untuk SEM 2 ni. Bolehlah dipadamkan segala kenangan-kenangan tu acece, berjiwo la pulak. Barang-barang pun dah siap packing habis, nanti balik sana, boleh terus angkut je semua.

Moment of hardship

Sahabat-sahabat pulak, antara asbab yang utama untuk tak tinggalkan dQ. DQ memang mengajarkan erti ukhuwwah kerana Allah, yang sebelum ni tak pernah aku nak faham. Setakat sebut boleh. Uhhubukki fillah dan sebagainya, tapi, dekat dQ barulah faham sebab apa, bila kita sayang seseorang, kena sebut Uhhubuki Fillah. Sahabat, dengan erti kata lain, seorang yang boleh mendekatkan diri kita dengan Allah. Alhamdulillah, di dQ, aku telah menemui orang-orang yang layak digelar seorang sahabat. Ukhuwwah yang mengajar erti bersabar, erti memberi, erti tadhiyyah yang memang takkan lupa sampai bila-bila. Walaupun kena tinggalkan mereka, aku percaya ini keputusan Yang Maha Mengetahui. Teringat kata-kata Imam Ghazali,

" Indahnya ukhuwwah itu bukan pada manisnya pertemuan dan tutur kata, tapi istimewanya doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain."



Kalau benar ikatan ukhuwwah ini kerana Allah, maka insyaAllah ia takkan berakhir di sini. Aku percaya akan hari berkumpulnya kita semua, hari orang yang berkasih-sayang kerana Allah akan mendapat naungan arasy-Nya nanti. Dan dearest sahabat, saya sangat berharap kita akan menjadi salah seorang yang mendapat naungan-Nya nanti. Amin.

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal salih)."

Jangan lupa doakan saya ye. Saya tahu, nanti bi'ah saya tak akan jadi seperti bi'ah Darul Quran yang sangat menjaga. Doakan walau bi'ah saya tak sehebat Darul Quran, tapi saya dapat jaga diri dan iman saya ye. Sangat-sangat memerlukan doa kalian. Doakan jugak saya akan beroleh sahabat-sahabat seperti kalian. Sahabat yang selalu mengingatkan saya ketika alpa dan tersilap. Tolong, tolong doakan !



Apa yang saya dapat di dQ, bukan sedikit. Sangaaaaaaaaat banyak. Banyak sangat benda yang baru belajar. 

Tapi, sampai sekarang, alhamdulillah, walaupun sedih, tapi rasanya boleh terima semua ni. Maybe sebab dah banyak sangat kut menangis sebelum ni. Haha. Tapi, sejujurnya, dapat terima sebab yakin ini jawapan daripada Istikharah. Yakin dengan istikharah. Yakin ini bukan keputusan siapa-siapa, bahkan keputusan Dia, Yang Maha Mengetahui. Walaupun agak takut untuk keluar dari bi'ah yang sentiasa menjaga, tapi yakinlah selagi Dia sentiasa ada bersama, kat mana-mana pun, boleh take care iman yang senipis kulit bawang ni.

Dengan penuh pengharapan, saya berdoa agar penghijrahan ke bumi anbiya' bakal membawa seribu makna, membawa diri yang lebih dekat dengan Ilahi, mengutip ilmu-ilmu, dan membuat transformasi diri ke arah kebaikan. 

Ya Allah, bantu aku menjaga iman yang sangat tidak seberapa ini.


Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi