Imtihan Darul Quran

Bismillah.

Alhamdulillah, imtihan untuk student dQ Persijilan Tahfiz DQ-UIAM. Dan salah seorang candidatenya adalah aku. Dan alhamdulillah, semuanya macam baik-baik saja. Tinggal kena masuk dQ 24 haribulan ni dan lepas tu dapat result, i.Allah. Acece, cakap macam cool.


Dan imtihan dQ, sangat menakjubkan! Masa first masuk dQ pun, dah diedarkan kalendar imtihan dQ. Ini mungkin jugak disebabkan sistem perwakilan I.Q.Rac yang sememangnya patut dibanggakan kerana ia sangat tersusun rapi. Memang kalah la kalau dekat Imtiaz dulu, nak exam esok, baru bagitahu esok ada Imtihan Quran. Dan selalunya, akan kecoh kelas dengan pengumuman "Oi, esok Syafawi" dan kemudian, adalah tangan yang gatal tulis kat whiteboard notis tu. Masa tahu tu, ala apala sangat. Budak-budak Imtiaz buat-buat cool je termasuklah saya. Sebab, result Quran mana ada nak tayang kat semua orang. Kadang pun,  bertuahlah kalau ustazah bagi markah tu.

Biasanya, kalau exam pun, markah Syafawi bukan setakat tak letak dalam list exam tu, tapi kadang tak tahu pun. Tahriri? Kadang masa akhir tahun, jumpalah kertas tahriri masa nak kemas-kemas barang kat belakang. Tapi, saya tak nafikanlah, Imtiaz lebih menfokuskan kepada akademik tu sendiri, bukan macam dQ, nama pun Darul Quran. Pape pun, Imtiaz pun banyak melahirkan Huffaz walaupun sistemnya hafazan takdelah sistematik macam dQ.

Masa nak Imtihan, masyaAllah. Memang kagum sangat. Walaupun selama ni saya memang dah biasa dengan suasana Quran, tapi seriously, saya tak pernah berdepan dengan suasana Quran yang SEPERTI INI. Masa seminggu sebelum exam, rata-rata dah berhenti tasmi' sebab semua dah focus untuk iadah. Dan ada jugak yang sebulan sebelum exam, dah pun berhenti untuk iadah. Masa weekend exam tu, memang ramai sangat yang duk bertapa kat masjid. dari pagi sampai malam. Turun ke asrama pun, untuk makan je. Siap dengan berus gigi dan ubat gigi. Nasib baik tak angkut tuala dan alat mandi, mandi kat tandas masjid. Tapi memang sangat struggle, qailullah pun dalam masjid.

Masa tu jugaklah, tersentuh bila tengok ramai yang mencucurkan air mata sebab al-Quran. Dan lebih terharu, bukan nangis sebab exam tu, tapi sedih bila rasa tak boleh commit dengan al-Quran sepenuhnya. Tapi tak dinafikan la, ada takut sikit-sikit tu. Tapi, saya memang sangat terharu sebab nampak ramai sangat menangis pasal Quran. Sampai rasa macam nak menangis jugak bila tengok mereka struggle dengan Quran sangat-sangat. Kat Imtiaz dulu, memang la hafal, tapi seriously, takde rasa feel macam kat dQ ni. Kat dQ, rasa semua memang nak ingat betul-betul al-Quran. Ruh Quran, memang sentiasa.

Untuk syafawi, seminggu sebelum exam, dah ada nama dan giliran sorang-sorang tampal kat pintu panel. Ketahuilah, situasi ni memang sangat lain ye. Kalau dekat Imtiaz, ingat lagi. Ustazah akan umum hari tu ada syafawi, pastu ustazah pinjam sehelai kertas. Kitorang pun, jeling-jeling dengan harapan sorang akan bangun dan hulur kertas kat ustazah. Kadang, seluk bawah meja ambil sehelai kertas yang entah sape punya kemudian bagi kat ustazah. Ustazah pun koyak-koyakkan jadi kecik-kecik pastu tulis nombor 1-7. Pastu ustazah panggil, kitorang pun bangun serentak, dan kemudian kertas senget-senget tu lah jadi nombor giliran. Dan startlah sesi tebuk-menebuk.




Kat dQ, masa hari exam tu, kena bawak IC dengan slip. Gaya macam SPM. Pagi tu, semua macam terketar-ketar pergi ke blok akademik, dan tunggu lah turn sorang-sorang. Satu persatu, dan bermacam ragam bila dah keluar dari bilik panel tu. Memang macam-macam ragam. Ada yang gembira dan tak kurang pulak yang menangis. Saya memang sangat terharu tengok aksi-aksi ni. Orang lain, mungkin tak pernah, tapi saya terbanding-bandingkan situasi ni dengan dekat Imtiaz dulu.

Result ni pulak, sapa yang tak lepas, kena dur. Ini mungkin dilema budak dQ dan kesakitannya. Kena dur dan kena iadah dalam SEM 2. Di saat orang lain tengah tasmi' banyak-banyak, kita kena iadah dan kena tebuk balik. Dan lagi sedih kalau tak lepas, kena buang. Tapi setakat ni memang tak ada orang yang kena. Doa, doa, supaya tak seorang pun yang kena dur untuk SEM 1 ni, aminnnnnnnnnnnnnnnnnnn....

Bila orang cakap pasal exam, pasal Quran, pasal masyi.




Semua tu memang penting. Sangat penting. Tapi untuk student dQ, kalau nak masyikan 30 juzu' al-Quran tu dalam masa setahun setengah sedangkan baru hafal, memang perlukan mujahadah yang sangat tinggi. Sedangkan saya sendiri, dah duduk Imtiaz 5 tahun! Tak masyi-masyi lagi. Tapi tulah, masa kat Imtiaz, tak pandai nak guna masa betul-betul.

Bila saya tengok student dQ yang betul-betul bermujahadah dengan al-Quran, saya teringat student Imtiaz. Kat sini, orang hafal Quran kerana memang nak hafal, tapi kat sana, orang hafal Quran sebab silibus Imtiaz memang ada hafalan Quran. Dan, kesedaran tu akan timbul sedikit demi sedikit masa proses menghafal tu sendiri, bukan macam student dQ yang datang dQ memang bermotifkan untuk hafal Quran.

Dan betapa berbeza, orang yang memang nak hafal Quran dengan orang kena hafal Quran.



Ada yang dah khatam hafal kat sekolah lama, tapi bila time kat dQ, kena hafal balik. Saya takut kawan-kawan saya yang kat luar tu, yang tak masuk dQ, lupa Quran lepas keluar Imtiaz. Cabaran di luar sana memang sangat amat banyak. Lebih lagi bila dah disibukkan dengan dunia universiti dan kena belajar berbagai-bagai benda baru dekat IPT. Masa untuk commit dengan Quran, semakin berkurang, tak sama macam dulu kat Imtiaz. Memang sibuk. Sangat sibuk. Tapi, bila kita dah mula hafal Quran, mula pegang Quran, nak-nak bila dah habis 30 juzu' selamanya lah kita kena berusaha untuk ingat al-Quran. Ya, kita bukan seperti Abdullah ibn Mas'ud dulu yang satu huruf daripada Quran tu pun dia tak lupa. tapi, kita still kena berusaha selagi kita terdaya. Walaupun hadith yang membincangkan pasal balasan orang yang melupakan Quran sekat akhirat adalah dhaif, tapi pasti ada benarnya walau sedikit para sahabat nabi dahulu. Kat mana pun kita berada, ingat, kita masih berstatus Huffaz. Bukan bila keluar Imtiaz, kita jadi orang biasa. Buatlah sikit-sikit, i.Allah sikit pun, Allah kira. Pesanan untuk diri sendiri jugak. Huhu.

Bagi saya, memang agak susah untuk student dQ masyi. Tapi, nak seribu daya kan ? Kalau kuat bermujahadah, selalu mintak dengan Allah, tak mustahil boleh masyi dari orang yang pernah hafal. Tapi, memang kena sangat-sangat kuat. Bukan senang, setahun setengah nak mengingat al-Quran yang setebal tu. Rasulullah pun, 23 tahun proses penurunan al-Quran tu, dan satu hikmahnya, Allah nak mudahkan penghafalan tu.


So, jangan stress-stress. Memang adatlah tu bila lupa. Kan Nabi dah bersumpah demi Allah, al-Quran tu lebih liar daripada unta. Sebab apa Nabi kata lebih liar dari unta? Sebab zaman dulu, kalau seseorang tu hilang unta, dia akan ambil masa paling kurang sebulan untuk jumpa balik unta tu. Cantik kan, kiasan Nabi kita yang ummiy? Cuma, apa yang Allah nak tengok, sekuat mana mujahadah dan usaha kita untuk ingat al-Quran tu. Dan apa yang Allah buat, memang confirm ada hikmah. Jangan pulak tiba-tiba merasa tak layak jadi Huffaz la, salah pilih tempat la. Sebab ini semua Allah punya plan, Dia yang hantar ke tempat barakah ni, dan kita hanya tinggal untuk ikut dengan bersungguh-sungguh plan Dia. Apa pun yang Dia nak bagi, itu Dia punya kehendak. Bersyukurlah sebab antara yang ramai-ramai, Dia pilih kita.

Alhamdulillah. ^__^






Comments

  1. post yg bgtu brmkna,,,syukran syidah ats pringtan yg dbrikn...sngt2 trsntuh,,dn bgi smngt kt dri ni..duk kt iqt saingan kuat sngat,,,huk3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untungla 0rang dh menuntut di IQT. mmg b0leh c0mmit la dgn Quran. ^^ Well, d0akan bekas penuntut dQ ni supaya b0leh c0mmit dgn Quran jugak. *Takut sebenarnya. Seriyes.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi