Muhasabah sang Da'ie

Bismillah.

Selalunya saya tak kesah apa yang orang nak nilai saya. Sebab bagi saya saya kenal diri saya lebih dari orang lain kenal saya. Betul lah. Tapi sometimes, ada certain perkara yang kita tak nampak. Dan kadang-kadang kita tak sangka kita dinilai sebegitu rupa. Kadang-kadang, mereka menilai tersalah faham. Kadang-kadang, kita ada penjelasan yang terbaik untuk apa yang telah mereka nilai tentang kita.



Muhasabah Kepimpinan

Walaupun istilah pemangku nampak sangat simple, tapi yang jelasnya tak simple langsung. Saya tahulah, saya bukan pemimpin yang baik. Tapi setelah dibagi sedikit amanah yang tak seberapa, maka saya teruskan je. Saya kira saya sudah mencuba sehabis baik. Buat meeting. Follow up exco. Buat beberapa program untuk akhawat. Even program kadang-kadang tak dapat sambutan pun, tapi saya teruskan je. Sebab saya ingat Allah tu tak tengok hasil kan.

“Maka dengan rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlakulah lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri daripadamu. Kerana itu, maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu.” 3:159

Tapi rupanya saya lupa tentang perkara yang sepatutnya saya tak lupa. Betullah, time meeting saya memang suka percepatkan dengan perkara yang dah ada. Sebab sayangkan masa. Banyak lagi perkara nak buat dengan masa tu. 

Tapi sentap jugak bila dapat komen,

"Perlu open untuk terima pendapat orang lain"

"Kurang memahami"

Wallaweeh. That was so so so unexpected. Tak sangka saya ni sekejam begitu rupa. Haha. 

Teringat dulu kata-kata Abang Long IQRaC waktu first manusia satu dalam sejuta tu menggunakan mic di Auditorium. 

"Berdirinya ana di depan antum semua, dan pabila ana menyatakan persediaan ana untuk menggalas amanah yang telah ditaklifkan, beerti ana telah bersedia untuk mempamerkan satu persatu kelemahan dan kekurangan ana kepada antum semua. Ana akan berada di atas ini, merancang dan melaksana, maka antum di bawah menilai setiap gerak kerja yang ana lakukan"

Betul, berada di atas itu memang memudahkan orang lain memandang kelemahan kita.

Maka ubahlah diri, tatkala kelemahan diteguri.

Muhasabah Dakwah

Di satu sudut, kelihatan sekumpulan manusia berkobar-kobar melaungkan seruan dakwah. Menyatakan kewajipan berdakwah tatkala sudah menerima syahadatain. Maka mereka menyebarkan keharuman dakwah tersebut ke sekeliling. Tetapi tiba di satu titik, mereka berhenti. Kemudian landasan yang sudah dibersihkan di bahagian belakang tersebut tiba-tiba kotor di pertengahannya. Mengapa?

Semua orang nak jadi baik. Fitrah manusia sendiri menyintai kebaikan. Tapi kadang-kadang kita syok melakukan kebaikan diri sendiri dan 'kelompok kita' sahaja. Tapi meninggalkan mereka yang jauh memerlukan tarbiyah yang telah menggunung kita dapati itu. Kemudian kita kata, mereka tidak HENDAK! Kita sibuk menghantar mesej buat ukhti-ukhti fillah, tentang khabar iman, tentang mutaba'ah amal, tapi kita lupa tentang manusia di sebelah kita cuma menginginkan sedikit rasa daripada nikmat iman itu.

Muhasabahlah da'ie, jangan pentingkan diri sendiri.



"Jangan tinggalkan orang lain tanpa tarbiyah"

"Bergaul dengan semua orang"

"Masuk syurga sama-sama"

Mula-mula dapat komen ni, tak faham lah jugak. Tapi bila dah dibandingkan dengan cik Adibah di sebelah, kita serupa! 

Tak sangka, ada mereka yang menilai kami sebegitu. 

Tapi, perkara tu memang hakikat. Bukannya senang nak jumpa sahabat-sahabat Syari'ah yang lain, sedangkan saya nun jauh di sana di Tibb. Kalau bertembung tengah jalan pun, cukuplah sekadar lambaian, ataupun salam. Balik rumah pun, mana ada nak ziarah diorang. Bila jumpa pun, kadang-kadang tak rasa rapat pun.

Kemudian kena tembak lagi. Da'ie, rendahkan ego. Tipulah kalau saya cakap yang saya tak terfikir langsung pasal mereka. Tapi saya tak tahu nak cari jalan penyelesaian yang macam mana. Nak approach susah, nak bergaul pun jarang, nak sharing pun, lagilah tak dah jumpa pun tak. Maka saya nampak tarbiyah tu melalui program je. Persoalannya, memadai ke?

Sibuknya kita bertalaqi sana sini, berdiskusi itu berdikusi ini, tapi hal macam ni, kita buat sambil lewa. Salute orang yang boleh go on dengan sesape je. Hebatlah. Masih belajar nak jadi macam tu. 

Bukan kita dah cukup tarbiyah, bukan kita dah hebat. Cuma kita nampak apa yang tak kena sikit. Mungkin tak kena kita diorang nampak jugak kan? Kalau semua orang nak tunggu perfect dulu baru nak dakwah, tak wujud lah kot dakwah atas muka bumi ni kan. Islah nafsak, wad'u ghairak.

Muhasabah Hati

Dulu saya faham, dalam nak berurusan dengan syabab, kena jaga tatasusila betul-betul. Dah dilatih pun dengan segala macam perisai waktu kat dQ dulu. Dulu, saya rasa takde punlah masalah hati ni, alhamdulillah, maklumlah, penjagaannya MACAM NI .

Men are from mars women are from venus

First sekali saya dapat komen orang cakap saya syadid dan susah berurusan. Sebelum naik kepimpinan. Tiba-tiba sorang ni bagitahu saya.

"Akak ada dengar orang cakap awak syadid"

"Huhh. Anjaddd?"

"Tapi akak tak kesah pun tu. Cuma akak nak pesanlah, jangan hilangkan perwatakan awak yang tu"

Garu kepala. Lagilah tak faham.

"Sebab ramai dulu yang macam tu. Tapi disebabkan orang cakap dalam bekerja tak payah syadid, diorang terus buang 100% perwatakan tu. Tapi yang penting, awak BUAT KERJA"

Setelah beberapa bulan berlalu, saya ingatkan dah takkan ada la orang cakap saya lagu tu kan. Rasa dah bukan main friendly dah dengan segala macam smiley tersebut. Tapi tetibe ada lagi rupanya orang komen kata susah nak berurusan. Tapi alhamdulillah, saya syukur dengar tu. Tak sangka rupanya nilai tu masih ada ye.

Tatkala Talhah berjumpa Aisyah dan berbual dengannya. Tatkala itu jugalah Rasulullah yang melihat merasa cemburu maka diturunkan ayat "Fasalhunna min wara'i hijab". Sedangkan Talhah yang begitu kental imannya itu, jatuh hati dengan Aisyah, inikan kita pula manusia biasa nak berhubung dengan gender yang berbeza tanpa sebarang perisai.

Bagi saya, cukuplah pergaulan itu bagi perkara yang perlu. Kerja dan segala bagai. Tu lah konsep saya pegang selama ni. Tapi tak tahulah pulak nak kena rapatkan ukhuwah supaya lebih senang dan mudah dalam nak berkomunikasi. Ke macam mana? Entahlah, tak faham sebenarnya walaupun benda ni dah diulang beribu kali. 



Saya rasa takdelah sampai nak lari dari syabab Melayu sampai terjatuh lumpur dan segala bagai. Alhamdulillah takde lagi setakat ni. Hehe. Jatuh lumpur hari tu time nak pi exam Chemistry waktu SEM 1 hari tu adalah. HIHI. Tak tahu, komunikasi macam mana yang diorang ni nak? =.=

Tu pun, saya rasa dah terlebih consider. Dah le syabab Amman ni terlampau aktif cakap pasal kawen. Ni pun pening. Tak ke banyak lagi benda lain yang boleh cakap? Kalau nak kawen tu, kawen je lah, yang duk laung dalam status beribu-ribu kali tu kenapa. Eish, meluat kekadang. Ops, maaf. 






Kebetulan terbaca page ni. Hehe. Bukannya senang nak buka kitab Arab ni. Dah le banyak jugak yang tak faham vocabs nye. Tak payah lah nak cakap hebat ke hape oke. Warning tu. Tapi seriyesli sangat terkesan dengan kata-kata ni. Memang kena tikam dalam-dalam la.

Kekuatan itu sangat perlu kan. Banyak jugaklah saya berdepan dengan masalah yang tak pernah saya tefikir pun akan hadir. Rasa macam kena tembak-tembak sampai berlubang dada pun ada. Balik Malaysia ni rasa macam nak pergi mengadu setiap detik yang terjadi dekat orang-orang terdekat. Siapla korang. Kadang-kadang rasa pening semacam. Nak nanges pun ada. Ceh, nanges lagi. 


Alhamdulillah, sekeliling saya masih ada orang yang menguatkan. Hukhuk. Korang memang betullah hadiah dari langit untuk saya. Ya Allah, terima kaseh. Walaupun saya ni bukan jenis orang yang appreciate sesuatu bahkan orang yang tak pandai mengeksperesikan perasaan kecuali perasaan CUAK, tapi kadang tu saya berbakat jugaklah buat ayat dalam senyap. HAHA. Seriyes kadang-kadang tengok muka korang, tenang, lega. Sebab saya tahu saya tak sorang-sorang kan. Masih ada orang yang nak dengar cerita walaupun cerita tu memang entah pape. HUHU. Syukrang kathir! Ada tak perkataan yang kurang sikit gelinya dari 'sayang'? Tau kan saya alergik bab-bab geli ni? 

:')

17 days. 



Comments

  1. banyak refleks diri balik bila ulang-ulang baca surat layang tu. fikir solusi dan praktikalnye.banyak lagi yang sey terlepas pandang atau mungkin sedar tapi cuba menidakkan. syidosh punye surat paling panjang sekali lepas tuan pres.
    takpe syidosh, hidup kena sentiasa sedia tempuh pengalaman dan cabaran baru, baru WOW !

    terfikir jugak siapa pemilik tulisan-tulisan tu. :)

    syidosh makin 'asall dan tak lama lagi tak mustahil syidosh mampu bertukar menjadi dr dan kakak senior yang paling sweet antara 6 orang budak kiut dan tak allergic dengann perkataan tu.haha

    ReplyDelete
  2. betul, banyak refleks diri. perlu open menerima kritikan.

    saya punye lagi sikit dari tuan pres? hesh tak leh jadi, dibosh punye tu paling panjang tau tak? *eh yeke? tapi takpe, orang y sentiasa dekat di sisi tak payah pakai surat2 pun. haha. paras 'asal makin bertambah. jangan muntah kemanisan.

    tak kot. atas talian boleh lah suwit. jumpe HAREM la. HAHA.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi