A Tribute

Bismillah.

Hari ni, walaupun terlambat dah beberapa jam, jam Malaysia dan juga jam Jordan, tapi still sempat rasanya nak buat beberapa wish. Wish yang simple, Happy Birthday, atau dengan bahasa ibunda, Selamat Hari Lahir, atau dengan Bahasa Arab, Sanah Helwah. Tapi yang menjadikan wish ini hari ni begitu special adalah kerana ia di dedicated untuk MOK saya, Zainab binti Ali.

Ada kek ni.

Cheese-cake


Walaupun hiasannya agak pelik sebab takde tiub aising. Ni pun reka je guna plastic bag then sumbat qisytah yang digaul dengan pewarna ke dalanya. Oh, texture tak penting kan, rasa tu penting. Tadi bagi kawan-kawan diorang cakap sedap. Kekeke.

Tapi yang paling penting, seriously kalau bukan birthday mak takkan lah Syidah buat kek segala macam tengah musim exam ni. So to conclude, yang penting niat yang ikhlas :D

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;

Sepertimana cerita dongeng Hindustan bila lalu bintang diorang akan buat wish.

Nak ucap terima kasih sangat-sangat-sangat kat mak sebab terlampau banyak sangat berjasa dalam hidup ni. Terlampau banyak, tak boleh nak list. Nanti kalau list mungkin boleh diharamkan oleh Blogger untuk buat post lagi sebab banyak sangat.

Pastu nak mintak maaf jugak atas segala kesilapan yang telah dilakukan. Ni pun terlampau banyak kalau nak dilistkan. Nanti tak tidur satu malam kalau listkan semua.

When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.



Sangat bersyukur kerana dapat mak yang sangat concern dengan anak-anaknya, dan sangat sabar. Betullah Allah kata ujian tu ditimpakan kepada seseorang yang hanya dapat menanggung ujian tersebut. Sebab saya rasa kalau jadi mak, saya sendiri takkan dapat tanggung ujian yang telah Allah timpakan kepada mak saya. Alhamdulillah, Allah memilih untuk menghadiahkan ujian yang sebegitu kepada mak sebab Dia tahu mak mampu tanggung ujian-ujian tersebut.

Semenjak pemergian ke Jordan, dan sejak akhir-akhir ni, semakin banyak nampaknya Allah bagi mak ujian. Sehinggakan saya yang mendengar jadi speechless, sebab dah tak tahu nak cakap apa.

"Syidah, syidah ada simpan duit banyak-banyak kat atas?"

"Entah mak, tak ingat, kenapa?"

"Baru ni ada orang masuk...."

"Ada orang masuk? Mencuri ke?"

Dari tadi duk berSkype dengan mak tapi baru lepas 15 minit, mak baru bagitahu. Nampak dia sebenarnya tak nak bagitahu. Tahu je mak nampak agak tension. Muka nampak kusut. Ye lah, Kak Irah dah pergi Sarawak, pastu balik tetiba ada orang masuk rumah sampai hilang semua rantai dan segala bagai termasuk duit. Seha pulak dengan perangainya yang tak sudah, tak berubah langsung.

Mak buat muqadimmah :

"Lepas bukak buku amalan baru lepas Nisfu Syaaban tu, makin banyak ujian-ujian yang Allah beri"

Saya tahu mak saya bukan orang yang lembik. Dia sangat kuat. Sangat-sangat. Masa tengah Skype dengar je suara Seha marah-marah duk merapu macam-macam. AllahuAllah, kuatnya mak. Masih mampu hidupkan suasana ajak dia solat berjemaah, masih mampu panggil dia mengaji, masih kutip baju-baju dia, masih kemas bilik dia yang berselerakan, masih boleh nasihat, masih sediakan air penawar untuk dia, masih sanggup travel malam-malam dan masih yang bermacam. Dan dalam tu, masih sempat suruh saya berdoa untuk kesembuhan dia. Itulah ibu yang saya kenal, kuatnya bukan kepalang.

Lepas mak cerita macam-macam, katanya tunggu komen dari saya.

Senyap je siap echo-echo-echo. Over. Tapi seriously waktu tu speechless. Selama ni saya yang mengadu macam-macam. Exam lah. Hilang barang lah. Ujian macam kene jentik lalat, tapi meraungnya lebih dari harimau. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Last sekali,

"Mak tahu pasal Dr Mursi mak?"

"Tahu sikit-sikit, dia kena tangkap dah kan?"

"Haah. Dia kena tangkap dah, kagum sangat dengar cerita dia"

Saya pun mulalah bercerita dari A-Z tentang Dr Mursi. Tentang kecekalan dan semangat dia untuk membangun sebuah negara yang disebut Anis Matta sebagai tulang belakang Islam. Sebab saya tahu mak saya boleh interpret  sendiri berdasarkan cerita tu.

quranicquotes:

Whosoever chooses to follow guidance, follows it for his own good; whosoever goes astray, goes astray to his own loss. (al-Isra’ 17:15)

i follow back ! xox.

"Orang kuat tu memang ujian dia besar kan mak?"

"Dan ketahuilah kamu bahawa sesungguhnya harta-harta kamu dan anak-anak kamu adalah fitnah (ujian). Dan sesungguhnya Allah di sisiNya balasan yang sangat besar." (Al-Anfal : 28)

Betullah, Allah sebut anak-anak itu sebagai ujian kan. Kadang-kadang Allah anugerahkan anak yang cemerlang segala benda tapi lemah akhirat, ada yang lemah dunia tapi hebat akhirat, ada yang lemah keduanya ada yang cemerlang keduanya. Ada yang buat senang hati. Ada yang buat sakit hati. Maka semuanya adalah ujian.

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan" (Tahrim 66:6)

Tapi Allah juga berpesan, untuk sentiasa menjaga ahli keluarga dari panasnya api neraka. Beerti whatever it takes, macam mana pun sekali anak tersebut, maka wajiblah untuk sentiasa membawa mereka ke jalan Allah, untuk dijauhi mereka dari api neraka, untuk membawa mereka ke syurga.

Dan bersabarlah dalam medidik mereka, kerana Allah juga berpesan :

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (az-Zumar: 10)

Sebab setiap dari apa usaha dan titik peluh untuk medidik anak, besar nilainya di sisi Allah, ganjaran sabar yang sungguh luar biasa iaitu tidak terkira.

“Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin. Sesungguhnya setiap urusan baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberikan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur, dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar. Maka kebaikan baginya” (Riwayat Muslim)

Apabila kita menjadi seorang mu'min, ketahuilah tiada sebab untuk kita mengeluh kerana setiap urusan kita adalah urusan yang ajaib. 





Happy Birthday mak yang hebat. Bangga sangat. Lagi 25 hari, Malaysia menanti. Terima kasih untuk segalanya yang countless. Tunggu the real birthday present. Maklumlah dah ada duit sendiri. HIHI.




Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi