Hadiah Dari Langit

Bismillah.



4 hari lagi, maka Ramadhan yang ditunggu-tunggu semua akan tiba tak lama lagi. Semenjak Mark Zuckerberg menubuhkan laman sosial MukaBuku, semakin meriah saat-saat Ramadhan mula memunculkan diri, semakin ramai orang aware tentang berapa hari lagi nak masuk Ramadhan, sebab ramai sangat orang buat countdown dan status bermacam rupa. Tapi ramalan saya Mark akan dapat bonus extra lagi daripada Malaysians nanti ketika di Aiidilfitri.

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."

(Surah al-Baqarah 2:183)

Tahun ini, tahun pertama ber-Ramadhan di negara orang, meninggalkan negara sendiri dengan jarak beribu-ribu kilometer. Tak pernah terbayang pun. Alhamdulillah, boleh merasa Ramadhan di bumi Syam Jordan. Kalau Ramadhan di Malaysia kadang-kadang rasa rutin setiap hari sama. Istimewanya terawih mak ayah sudi pergi Majid Kristal sebab nak cari imam import walaupun tak dapat nak pergi Masjid Putih yang lagi best. Ramadhan di Malaysia yang penuh dengan bazar-bazar walaupun hakikat sebenar bulan Ramadhan adalah bulan melawan nafsu makan. Kami di Malaysia dengan seronoknya menjadikan bulan Ramadhan, bulan mempromosi makanan, ditambah pula dengan ketuk-gendang Ramadhan dll yang disiarkan di televisyen semasa. Bila orang azan terus sumbat segala makanan sampai tersekat dekat pylorus pastu makanan sesak turun ke duodenum. Pastu mulalah fundus yang mengandungi oksigen mengembang tolak lung masa terawih. =.=

muslimagnet:

Sleep Less, Pray More | Ramadhan is coming!
musliMagnet tumblr | @musliMagnet | Facebook

Saya diberitahu di Jordan ada kuih Ketoyap. Eh, macam ketayap je. Betul ke? Tapi jauh lah kan dengan Malaysia yang segala rempah dah disalut ke ayam tu. Jadinya tak sabar nak tengok suasana di sini, katanya lebih meriah daripada Aidilfitri.

Teringat kata-kata Dr Rayyan baru-baru ni. Ramadhan tu umpama tetamu yang teramatlah kita nantikan. Umpama nabi di kalangan manusia, maka untuk menjadi sentiasa dekat dengan Allah ketika Ramadhan itu sudah semestinya.

 Kata Kak Liza pula, Ramadhan bulan bonus, bulan training. Bulan yang telah Allah khususkan untuk train diri kita untuk mengumpul taqwa dengan ganjaran bonus yang telah Allah tawarkan. Tak kesah lah kalau orang cakap kita hipokrit ke apa time Ramadhan, sebab Ramadhan memang bulan untuk kita berlebih-lebih, agar di hujung nanti bolehlah kita meraih taqwa itu. Teringat jugak kalam Dr Rayyan, benar iman manusia itu akan turun naik, tabi'i manusia memang akan ada masanya untuk keadaan imannya tak statik. Cuma iman kita apabila turun, jangan turun mendadak. Untuk ia swing swing di bawah pohon beringin itu adalah satu tabi'i. Sebab tu dalam Quran cakap, bila dibacakan ayat Allah, bergetar hati orang mu'min. Ada timing dia. So, maybe masa Ramadhan, angle swinging lagi besar sebab kita iman kita duduk tinggi.

Maka saya berkata, saya wajar berlari mengejar-ngejar taqwa untuk Ramadhan kali ni. Allah telah buka peluang untung sekelian kalinya untuk sambut Ramadhan. Allah tambah lagi peluang untuk sambut Ramadhan  di bumi ni. Tak tahulah kalau saya tak ambik peluang betapa ruginya.

Tahun ini, bakal menyaksikan puasa di musim soifi tatkala matahari terik berada di atas kepala dek tiada awan yang sudi menutup bahang matahari. Juga bakal menyaksikan pemergian bayu-bayu segar angin yang melawan teriknya matahari tersebut. Epithelium cell sudah semsetinya berusaha lebih keras lagi untuk memastikan oesophagus sentiasa basah dek kerana puasa yang berjam-jam. Start pukul 3.00 pagi, dekat pukul 8 lebih baru berakhir. Istilah Histology dan Biochem juga semakin aktif menyambungkan neurons di dalam otak. Juga ada tanggungjawab yang saya sendiri belajar untuk 'meretikan' diri sendiri menjadi pemangku buat seketika, walaupun saya ni entah pape, tapi saya harus berusaha!



Dengan liku-liku ini, saya harap saya tidak lupa niat yang selalu mesti dijaga, hati yang mengatakan TIDAK kepada titik hitam, solat yang diminta untuk diperbaiki, dikhusyu'kan, juga meminta untuk ditambah sunatnya, dan lagi Quran yang meminta bukan sekadar untuk dibaca malah ditadarus ( ditadabbur dan ditajwidkan ), dan tak lupa zikir yang meminta juga untuk ditambah. Qiam juga meminta-minta supaya dirinya tak dilupakan walaupun Subuh sungguh awal memunculkan diri.

Kemudian, tangan yang meminta-minta dipanjangkan untuk memberi, amanah yang diminta untuk dijaga dan dilaksanakan, keluarga di Malaysia yang juga meminta untuk dirindu dan dicaknakan, amal baik yang semakinlah perlu dilakukan tanpa perlu berkira, dan sahabat-sahabat meminta untuk dijaga ukhuwahnya.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: "Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan!  Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan!  Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka - daripada memasukinya". Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan)." Sahih Muslim.




Mohon cikgu BM dan orang sastera jangan dibacanya tulisan ini.


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Bulan Ramadhan, bulan yang telah Allah buka jalan seluas-luasnya untuk hamba-Nya beramal. Allah bagi bonus, Allah sedia Lailatul Qadr, Allah buat peraturan. Di saat syaitan telah dibelenggu, jangan nafsu kita menjadi pengganti bagi syaitan. Jangan menyangka hidup kita lama, dan berterusan menyiakan peluang yang diberi Allah.

Eh jom kita makan sedap sedap dulu sebelum sampai Ramadhan untuk kita kawal sepenuhnya nafsu!

 Mengambil semangat-semangat ahli Badar untuk menyalakan obor persediaan yang maksima. Marhaban ya Ramadhan :))))))


“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, akan diampunkan dosanya yang terdahulu.”  (Hadis riwayat Bukhari)

Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi