Real Niha'ie

Bismillah.

Minggu ni lagi sekali berperang dengan exam. Lain sungguh exam dulu dengan exam sekarang. Dulu exam siap boleh tidur dengan lena cukup lima jam. Tapi sekarang, seminggu sebelum exam pun dah tak cukup lena dan kurang lima jam. Kalaulah usaha macam ni dulu time SPM.. Ceh jangan nak bajet sangat ah. HAHA.

Hanya budak Medic je tahu dan faham macam mana perasaannya bila dah nak habis setahun belajar semua benda ni. Biarlah tinggal 5 tahun lagi pun, yang penting hati saya tetap berbunga-bunga. Satu tahun teori bakal meninggalkan diri. Babababai. Dan penting jugak niha'ie kali ni sebab 10 hari lagi nak balik Malaysia. Huray huray. Entah kenapa tak sabar sangat. Mungkin sebab ada bergunung-gunung ombak duri dalam jiwa kot. Ada cerita yang tak tahu nak dikongsi dengan siapa. Ada hati yang pening dengan naluri.

And those who was seen dancing were thought to be insane by those who cannot hear the music.

Kalau tak tahu situasi orang, tak payahlah nak menggagak dan menilai hidup seseorang tu. Ada beberapa point dalam hidup seseorang yang mungkin kalau kamu tahu, kamu tak mintak untuk menjadi dia.

Moga terus thabbat hingga ke akhirnya.

28/7/13 Histology
30/7/13 Is'af Awwali
1/8/13 Biochemistry
..................
4/8/13 Malaysia

Banyak Medic ajar saya. Ajar untuk tak terus putus asa. Ajar untuk kuat menguatkan. Ajar untuk tak buat kerja sambil lewa. Ajar untuk sayang masa. Ajar untuk tak leka. Ajar supaya sucikan hati. Ajar untuk selalu mintak dengan Dia. Ajar ikut qudwah yang ada. Dan pelbagai ajar-ajar lagi.

Buat yang membaca, doakan kami. Bukan senang nak menghadam segala bendas ni. Sakit otak jugak dibuatnya. Tidur pun tak cukup. Allahumma yassir.

Ramadhan berbaki 12 hari. Sudah berapa peratus taqwa yang sudah berjaya ditawan? Hari tu kata hadafnya la'allakum tattaqun. Malam ni 17 Ramadhan. Jangan lupa doa yang Rasulullah ajar Aisyah. Jangan lupa qiyam. Urusan dunia jangan lupa diniatkan kepada Allah.

Bubai. Regulation of Enzymes dah jeles dengan wazakkir.



Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi